Monday 6 February 2012

Fadhilat Selawat dan Kaifiat Selawat

entry kali ini ambil dari draft yg dah lama x d'completekan. entry kali ini sebenarnya untuk dimasukkan kedalam blog PoHoN HaTi .dan Alhamdulillah, diizinkan olh Allah, ana dapat completekn ia..


    Assalamualaikum hati-hati semua..pertama, senyumlah selebar-lebarnya pada diri sendiri..Bisikkan pada hati, Aku sedang dilamun Cinta..Cinta kepada  Pencipta..sungguh bahagia..

    Ya Allah, aku amat bersyukur kepadamu kerana Engkau masih lagi menghidupkan hati-hati ini dalam Rahmatmu,, ingin saja aku mengalirkan air mata kesyukuran kepadamu..tiada yang lebih indah, selain menikmati cinta denganMu Ya Allah..

    Admin harap kalian jagalah hati-hati kalian.. 'Admin selalu suruh jaga hati' kenapa ek? Ha…sebagaimana yang kita tahu hatilah yang menghidupkan jasad dengan izinNya kan.. So, kalau orang yang tiada hati macam mana pulak?.. Jawapannya ada pada kalian..'orang yang tiada hati seperti MAYAT HIDUP' betul ker?... Jangan kata begitu, sebenarnya mereka ini ada hati, hati mereka suci..tapi hati itu berada sangat jauh dalam diri mereka, sehinggakan mereka tidak menemui hati itu… so sebenarnya, semua  orang asalnya putih suci…"tapi mcm mana pulak ada orang yang 'tak baik'?"itu sebab mereka yang memandu hati mereka kearah itu… mereka sendirilah yang mencorakkan hati mereka… 

    Kali ni admin nak berkongsi tentang Fadhilat Selawat dan Kaifiat Selawat -Dipetik dari buku 'HIMPUNAN SELAWAT RASULULLAH'- Ustaz Lufti Bin Awang Man-Maahad Tahfiz Quran dan Qiraat, Pulai Chondong Kelantan.

    Fadhilat selawat

    Selawat ke atas junjungan Nabi saw amat besar fadhilat dan kebaikannya. Terdapat banyak hadith Rasulullah saw yang menyebut tentang kelebihan berselawat ini.

  1. Sabda Nabi saw:

  2. Maksudnya: "sesipa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah swt akan berselawat ke atasnya sepuluh kali".

  3. Sabda Nabi saw:

  4. Maksudnya: " orang yang paling utama bagiku di hari qiamat pada mendapat syafaat ialah mereka yang paling banyak berselawat ke atasku".

  5. Sabda Nabi saw:

  6. Maksudnya: " berselawatlah ke atasku pada malam jumaat dn harinya".






    Antara adab-adab berzikir dan berselawat yang diberi keutamaan ialah:

  7. Dilakukan dengan niat untuk mencapai keredhaan Allah swt.
  8. Dilakukan dalam keadaan suci dari hadas kecil atau hadas besar.
  9. Dilakukan dalam keadaan mengadap kiblat.
  10. Sebaik-baiknya dilakukan di masjid,surau atau tempat-tempat yang suci.
  11. Keadaan persekitaran yang sunyi membantu penghayatan zikir dan selawat.
  12. Mengucapkan lafaz zikir atau selawat dengan tepat dan difahami.
  13. Tidak menganggu orang lain.
  14. Tidak mendatangkan fitnah dan syak wasangka masyarakat.
  15. Sentiasa berperibadi mulia.


  16. Kaifiat selawat:

    Selawat ada beberapa cara atau kaifiat yang tertentu bg mndapatkan kesn dalam jiwa seseorang. Walau apa pun selawat boleh dibuat pada bila2 masa dn tidk terikat dgn masa dn tmpt. Namun sebagai seoarng yg ingin berjalan menuju Allah SWT semestinya selawat dilakukan dgn pnuh beradab. Dia juga perlu memilih msa yg paling baik untuk mncapai drjat yg tinggi disisi Allah SWT.

  17. Sabda Nabi SAW:

  18. Maksudnya: "sesiapa  yg berselawat ke atasku sekali(1x) nescaya Allah SWT akan berselawat ke atasnya sepuluh kali".

  19. Sabda Nabi SAW:

  20. Maksudnya:"sesiapa yang berselawat ke atasku diwaktu pagi sepuluh kali(10x) dan waktu ptg sepuluh kali(10x) akan mndapat syafaatku pd hari Qiamat".

  21. Sabda Nabi SAW:

  22. Maksudnya:"sesiapa yang berselawat keatsku pd hari jumaat seratus kali(100x) maka dia kembali di hari Qiamat bersamanya cahaya yang terang benderang seandainya diberikan kpd semua makhluk nescaya mendapat cahaya itu kesemuanya".

  23. Sabda Nabi SAW:

  24. Maksudnya:"sesiapa yang berselawat keatasku dua ratus kali(200x) pada hari jumaat maka Allah mengampun dosanya selama dua ratus tahun".

  25. Sabda Nabi SAW:

  26. Maksudnya:"sesiapa yang berselawat keatasku seribu kali(1000x) tiada mati dia sehingga dia digembirakan dengan (nikmat) syurga".


No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi tinggalkan comment anda disini ^^

ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com