Sunday 29 January 2012

Random

Bismillahirrahmanirrahim...Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.. semalam selamat sampai di kolej matrikulasi dari bercuti di rumah selama seminggu,,esok merupakan hari yang penting---- Exam! time cuti ari 2, banyak sgt na dapat untuk diri,,tapi masih banyk lagi kata tanya.. insyaAllah,,lepas habis exam nnt,, na nk p jumpa ustazah,,moga ustazah Nawal dapat membantu..

dalam minggu cuti hari 2, sempat lagi merancang dengan kak aini, nnt lepas habis blajar bulan 4 ni, kitaorg nk p bekerja( pengajar) @ insyaAllah.. na nak p pondok lagi.. rindu sgt dengan kak amal kat sana.. kak aini bagitahu, dia pun nk ikut na p pondok jgk...katanya nk menimba ilmu.. suka sgt.. Moga Allah permudahkan segala urusan..


baru je sampai, dah rasa rindu sama ma abah..Moga mereka diberikan kesihatan yang cukup untuk mereka melakukan ibadah..ameen.. 

ma abah..nor sayang ma dn abah..maafkan nor yang selalu melukai hati ma dan abah,, nor hanyalah seorg insan yang lemah, yg tidak lekang drpd melakukan kslpn.. impian nor hanyalah ingin melihat ma dan abah menutup mata dalam senyuman kasih Illahi..moga Allah merahmati kita,, ameen..

Saturday 14 January 2012

Apabila hidayah Allah menyapa hambanya

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

'oleh kerana hidayah itu jatuh ke hati, maka kurniaan Allah itu adalah dalam bentuk rasa hati yang mendalam; ia berupa ilham dan pengukuhan rasa. dalam tafsir ad-Durrul Mantsur, Iman Sayuti menaqalkan penjelasan Ibn Abbas apabila menafsirkan maksud " Tunjukilah kami jalan yang lurus" sebagai bermaksud: Allah mencampakkan rasa hati agar memilih agama Islam ( jalan hidup beragama) yang sebenar..'
-dipetik dari majalah Q&A-

Alhamdulillah,,x mampu ku luahkan rasa kesyukuran ini..hanya titisan air mata tanda kesyukuran yang dapat menggantikannya,,, Ya Allah..Engkaulah yang Maha Memberi Petunjuk. hanya Engkaulah yang boleh memberi petunjuk atau hidayah kepada sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki.. 
Dalam Al-Quran, Allah berfirman:

"Sesungguhnya Engkau (wahai Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada sesiapa yang Engkau sayangi tetapi Allah jualah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki."
-Al-Qasas: 56-

Subhanallah..sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa.. hari ini, aku lihat sendiri dengan mataku, Nur Hidayah yang disambut oleh hamba-hambaMu.. ketika itu, tiada yang dapat ku ungkapkan hanya butir-butir tasbih yang dapat ku membilang.. Tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat permata hati,,bergembiralah kalian,, kerna Hidaya Allah telah menyapamu..ia bukan sering menyapamu, bahkan mungkin hanya sekali,,dan hargailah peluang itu,,,


"...Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu...." 
-surah 24; an-Nur; ayat 35-

"Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus."
-surah 24; an-Nur; ayat 46-


'Kuatkanlah hati. Kuatkan semangat. Berbanyaklah berdoa kepada Allah agar ditetapkan hati untuk melalui jalanNya ini. Bukan calang-calang orang yang terpilih untuk memiliki HidayahNya. Bersyukurlah jika kita di antara insan-insan yang terpilih untuk kembali kepadaNya.'
pesanan dari ukhti Syauqah wardah


Sesungguhnya, biar kita hilang 'seseorang' atau 'sesuatu' demi Allah. Daripada demi 'seseorang' & 'sesuatu' kita kehilangan Allah. Nauzubillah.


Wednesday 4 January 2012

HUJAN DIBUMI GOPENG

hujan di bumi gopeng, perak..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

sempat snapshoot dari jendela hostel.. bila hujan2 macam ni, teringat pula kat ma n abah...takut pun ada, teringat akan ujianNya.. kita x dapat nak duga bila ujian Allah tu akn turun kepada kita,, dalam hati,,banyak berzikir~tenang hati..balik kelas kul 4 tadi, x sampai setengah jam sampai di bilik,,awan dah mula mendung,,begitu sarat sekali awan menanggung air..lastly..hujan ------> hujan lebat,,skung dah surut...time to solat...insyaAllah,,jika ada pluang lagi,,nk kongsi bersama Tuing-tuing~Assalamualaikum,

Random

esok kuiz chemistry,,reaction kinetics untill introduction to organic chemistry...doakan ye,,

markah kuiz chemistry sem 2:

  • 20%
  • 70%
  • 90%
  • ???( huhu,,takut,hope dpt above 90%)

eh2,,tetiba lak karang essay,,haha,,time to chemistry la..

masalahnya x baca abis lagi..tuing2~ key la...time to sleep...hoho..sambil study lam mimpi..

Monday 2 January 2012

Random


assignment chemistry kali ini...huhu,,kena cari 1 soalan chemistry yg berkaitan dengn tajuk yg diajar,,and then, submit...x boleh ambik past year question, even question in any matriculation book..hoho.. esk kul 4 ada quiz math(exam kecik)...macam mana ni,,,mata dah semakin membesar rasanya,,x tido lgsung lg ari ni... tido la jap..bngun awal la..huhu..

p/s: jgn buat kerja last minute ye,,, kalau nk cbran... cubalah..ada berani! kalau x jdlah mcm ni..tuing2~

carta hati


“Mencintai seseorang bukanlah apa-apa. Dicintai seseorang adalah sesuatu. Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti. Tapi, dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya."

teringat pula akn peristiwa2 yg lalu..sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,, banyak yang telah diberi oleh-Nya dalam hidupku,,menyedari akan hakikat dunia yang sebenarnya..dan kini, diriku sedar dah telah realize akn matlamat hidupku, Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil .. Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba NYa ..

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”

Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya …


“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu
yang memberatkan punggungmu?
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain
dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8)


kerna kini ku sedari, dalam 'Carta Hati'ku, yang Teratas adalah Allah...

Sunday 1 January 2012

tahun baru..

nape la malam ni, cam x  best je rasa, mgkin sbb berdua org je lam bilik ni,,yg lain balik cuti...ni la rutin harian,,luang masa bersama blog,, by the way, walaupun fb ada,,i'm not feeling well..so ..just luangkan masa bersama blog..next week,,beratur quiz menunggu..hohoho..so, that's right reason, why i'm not go for holiday..

Tazkirah.. Sedikit renungan dari kata2 Ibnu Mas'ud:"Perkara yg sangat kukesali apabila terbenamnya matahari(berlalunya masa),adalah usiaku semakin meningkat namun amalanku tak juga bertambah."... Namun kita pula berbeza, kita menunggu masa itu berlalu dgn menghitung detiknya, seakan amalan sudah banyak dikumpulkan dunia. Langsung tiada perasaan bimbang memikirkan berlalunya masa,tanda semakin dekat ajal kematian kita..

Al-Imam As -Syafie dalam syairnya ada menyebut :
✿◠‿◠♥ "sesiapa yang tidak merasai pahitnya belajar akan menderita kehinaan kerana jahil sepanjang hayat."
✿◠‿◠♥"sesiapa yang mengabaikan pembelajaran ketika muda,maka takbirlah empat kali(sebagai tanda dia sudah mati)"
ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com