Sunday 30 December 2012

Musim Exam



Tiket bas balik kelantan dah beli, sudah berapa lama tak balik kampung halaman,, rindu dengan buminya.. Subhanallah..
2/1/2012 dah start exam- first paper.. study week ni terasa sgt compact,, kadang-kadang bersama kawan-kawan tenangkan fikiran dengan berkumpul bersama, gurau senda, berkongsi cerita,, teringat waktu di Matrik dulu..rindunya,, moga kalian tabah menghadapi imtihan dunia ini..

Tuesday 27 November 2012

Sahabat



Aku sayang sahabatku,

Kerana merekalah yang selalu mengingatkan aku ketika aku leka.. 
Agar aku sedar bahawa hidup ini hanyalah sementara.

Merekalah yang membuatkan aku menangis,
Agar aku dapat mengetahui bahawa hidup ini tak selalunya indah.

Merekalah yang membuatkan aku gelak ketawa,
Agar aku bersyukur kerana kebahagiaan itu tidak selalunya hadir.
Merekalah yang membuatkan aku marah, 
Agar aku belajar erti kesabaran kerana marah itu bukan jalan penyelesaiannya.
Mereka amat bermakna bagi driku..
Dan aku akan selalu memutarkan filem memori agar aku sedar,
Sahabat itu bukan untuk dimiliki.

Tetapi untuk dikongsi agar persahabatan itu menjadi indah,
Ukhwah kerana Allah itu sangat indah dan membahagiakan..

Thanks for be my friends~
-Nur Farhana MN-

Sunday 25 November 2012

Catatan Kecil Seorang Pengembara




Dalam hidupku..
Banyak tempat yang aku jelajahi,
Tetapi, tak sebanyak Pengembara.
Aku banyak memerhati dari berbicara,
Betapa indahnya ciptaan Illahi..

Bila diriku melihat ragam manusia,
Aku akan tersenyum..
Diriku mudah untuk jatuh cinta,
Jatuh cinta pada Hamba Allah yang gerak gerinya, bicaranya, pandangannya semata-mata kerana Allah..

Aku masih tetap bermusafir,
Mencari kasih Illahi pada HambaNya.

Semalam aku menaiki train,
Aku melihat seorang ibu bersama dua orang anak lelakinya.
Kanak-kanak itu tidak henti bergurau senda antara satu sama lain..
Aku masih memerhati gelagat mereka sambil tersenyum..
Indahnya pertalian mereka..
Dalam mereka bergurau senda,
Tanagn si abang tidak semena-mena hinggap di wajah adiknya,,
Si abang terkedu kerana dia tidak sengaja,,
Adiknya terus menahan kesakitan,,
Tapi tiada sedikit suara pun yang keluar dari bibinya..
Si ibu melihat anaknya yang kecil itu terus mengusap lembut wajah anaknya yang terdiam kesakitan,,
Terselah pada wajah si abang perasaan bersalah..
Dia terus memukul wajahnya sendiri,
Ibunya hanya melihat tanpa menghiraukannya,
Tetapi tangan si ibu tidak henti megusap wajah anaknya yang kesakitan itu,,
Si adik mengangkat wajahnya sambil tersenyum..
Dia memandang wajah abangnya,,
Si abang tidak henti memukul wajahnya sendiri,,
Si adik menarik tangan abangnya menjauhi muka..
Dia menggosok wajah abangnya sambil melemparkan senyuman,,
Aku terharu melihat mereka berdua,,
Tiba-tiba si adik menampar wajah abangnya..
Si ibu terkejut,,
Dan mereka bertiga ketawa gembira bersama-sama..
*adiknya bergurau( mereka berdua masih kecil)sweetnya

Tiba-tiba, disebalik senyumanku itu,
Aku terasa kelopak mataku seolah-olah berat,,
Berat menanggung air jernih yang mahu keluar.
Aku mengucap syukur kepada Allah tanpa henti..
Betapa indahnya,jika mereka juga menganggapMu sebagai Tuhan mereka..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Sesungguhnya, Hidayah itu milik Allah..
Aku hanya mampu melemparkan senyuman pada si ibu.

Aku berhenti antara persimpangan landasan train,
Menunggu perjalanan yang seterusnya.
Bola mataku tidak henti-henti mencari..
Tiba-tiba pandanganku terhenti pada satu tubuh yang membuatkan hatiku tertunduk malu,
Wanita itu memakai pakaian yang serba hitam,
Wajahnya yang nan indah dilindungi oleh sehelai kain hitam.
Disampingnya, suaminya menemani,
Aku melihat wajah sang suami itu,
Subhanallah.. Bercahaya..
Aku melihat mereka berdua..
Alhamdulillah..
KasihMu, RahmatMu terzahir pada hambaMu.
Engkau telah memberikannya kepada mereka.

Dan aku masih tetap berjalan bermusafir,,
Mencari kasihMu pada hambaMu,
Kerna itu, aku merasakan seolah-olah aku berada dekat denganMu, Ya Allah..


24 NOV 2012- KTM NILAI
-Catatan Kecil Seorang Pengembara
  Nur Farhana Mohd Nazir

Nota Buat Diri

kata orang, hidayah tidak datang sendiri, tapi dgn usaha.. benarlah,, bahkan ia selalu hadir dalam diri kita bila kita cuba untuk mendekati Pencipta Yang Maha Agung, Allah.. dan mungkin kita akan dapat merasai kehadirannya, ataupun sebaliknya..

selalu ataupun kadang-kadang kita mersakan diri kita dah lakukan yang terbaik, walhal.. usaha itu tidak dipandang disisi Allah,,, na'uzubillah.. moga kita jauh dari itu semua.. lakukanlah sesuatu dalam hidupmu untuk mendapatkan keredhaan Allah.. tolonglah wahai hati,, jika dirimu tundukkan hatimu itu untuk mendapatkan keredhaan Allah semata-mata, pengakhiran atau hasilnya,, kita akan merasakan seolah-olah diri kita dibaluti dengan satu ketenangan yang tidak dapat dihuraikan,, itulah Rahmat Allah,,

nota kaki: diri ini sedang berusaha untuk bersihkan jiwa dari permainan dunia yang kotor,, 

*“Pujuk Pada Hati, Jangan Lama Bersedih Kerana Allah Masih Tetap Bersama Dengan Kita.” ^_^

Tuesday 20 November 2012

Short Film akan Datang

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah,,, moga nafas yang menghembus ini dapat memperjuangkan Islam,, moga Allah permudahkan urusan kami untuk menghasilkan short film dakwah,, moga usaha yang tidak seberapa ini dapat dimanfaatkan oleh ramai orang.. doakan moga ia berjalan lancar..

'English Discussion Group'

sempat lagi snap
kul 8-10 mlm tadi kls BI Madam K..ada group discussion's test.. group nor dpt task 'the way to improve english language profiency of student'.. hoho.. dalam group nor ada 4 org dan nor sorang2nya perempuan dalam group 2,,, menakutkan,,apa2 pun terima kasih kepada 3 org jejaka coz saling bantu membantu,, i'm feeling well.. dalam gambar tu bukan group nor, but classmate yg comel2..

Monday 19 November 2012

No TITTLE

My wallpaper phone
hoho...bila boring,,cam ni lah jadinya,,,kelas kul 8-10 mlm ni. ada test speaking( group discussion).. ari ni ada pc fair and book store kat PKP,,, nak p..mgkin esk kot..

Tidak akan aku lupakan


M1T6a&b at Physics Lab

tinggal kenangan.. penuh memori tercipta dikala menimba ilmu di Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng.. Terima kasih kepada sahabat semua.. sekarang dah beralih bidang,,kenangan belajar dalam bidang sains jadi sejarah dalam hidup. tidak dapat lupakan pengalaman yang bermakna,,


at Chemistry Lab




Terima Kasih

me n my friends(quran multimedia 1st year-1st sem)
at Family Day FPQS


terima kasih kerana mengisi ruang hidup nor dan menjadiknnya indah,,,
Cinta yang terindah, 
bilamana kehangatan Cinta seorang hamba kepada Penciptanya,,
terima kasih kerana selalu mengingatkan nor kepada Allah..

Alhamdulillah,,, TERIMA KASIH YA ALLAH~

miss my mum n dad

rindu yg teramat kepada ma dan abah..doa nor selalu mengiringi ma dan abah.. moga ma dan abah selalu berada dalam kesihatan yang baik.. i luv u

Sunday 18 November 2012

curently

apa khabar kalian?? lama sudah x update blog ni,, sebenarnya farhana busy sgt,, tugasan dari lecturer,,,hoho.. nak dekat dah final exam,, so,,smkin sibuk la,, doakan farhana ye,,moga dipermudahkan segla urusan,, insyaAllah jika berkesempatan lagi nak update pasal short film yang crew production  farhana ditugaskan,,*cipta short film

Sunday 14 October 2012

lagu waktu kecik dulu







Memancar sang suria
menyinar cahayanya 
begitulah berseri 
wajah ummi ku sayang 
Aku sayang ummi 
ummi ku sayang ummi 
sayang sayang ummi 
ummi ku sayang

Walaupun ummi letih
mengasuh kami ini
namun masih tersenyum
menyejukkan hati
Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang


Bila pulang sekolah
ummi sambut kami
sembahyang sama ummi
alhamdulillah
Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang


Ummi ku sayang kaulah serikandi
berkorban selalu untuk kami
ummi ku sayang kau ibu mithali
semoga ALLAH kan berkati
Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang


Memancar sang suria
menyinar cahaya nya
begitulah berseri
wajah ummi ku sayang
Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Tajuk Nasyid : Ummiku Sayang
Artis : Soutus Sofwa




haaaa....(separuh menjerit) dalam tgh berusrah tadi, tetiba phone kakak usrah berbunyi...(ringtone lagu Ummiku Sayang)...lagu 2 time umur 5 tahun kot,,, selalu nyanyi dgn Nurul Ain Mohd Nazir time naik kete nak balik kg(klntan).. time radio kereta abah rosak, kami berdualah yang jadi radio,,kalau tetiba senyap 2..tidolah mknanya kmi kat tmpt duduk blkng 2,,,terima kasih ma dan abah coz jadi pendengar setia nyanyian anakmu ni,,(macam manalah suara kmi time 2,,,msti comel kan... huhu ^_^ sayang ma dan abah ♥

Sunday 30 September 2012

My Heart are Silent To That Person


my heart are SILENT to that Person,
my words nothing MEANS for that Person..
I do not know what HAPPENED to me,

p/s: May Allah open the eyes of my heart in order to understand what the truth

My Favorite Words Today



“If a man truly wants you to be his loving wife, he will come to your parents amidst all the obstacles. Know that he will not be afraid whether he has enough wealth or materialistic things, because he is a man of deen, coming to marry his queen.“
-Sister Samah Sohail

Group Work

Me, Aishah, G-ah n Solehah..we are working together,,Alhamdulillah,, we are able to complete the Arabic assignments(construct 10 sentences with 15 words each sentence)..n hanya perlu type with computer..Alhamdulillah kerana Allah permudahkan urusan kami.. n masih ada assignment yang berbaki yang masih perlu kami siapkan ..



esok ada PROGRAM MAHABBAH QM 2012.. n seawal 7.30 am kami perlu menunggu bas untuk ke tempat tersebut... pakaian(warna biru, tdung hitam).. smoga program esok berjalan lancar..

Saturday 29 September 2012

I like 'Sepia'

ligat kepala mencari tajuk entry untuk dikongsikan dalam blog kesayangan  ni..akhirnya ada juga idea untuk dikongsi bersama..

kul 8-10 pm tadi ada kelas bahasa arab,,dan macam biasa, kitaorang akan habis awal pada waktu yang ditetapkan disebabkan kelas dimulakan awal pada waktunya.(kelas Ustazah Akmal je la) . dan seperti malam-malam yang lain(minggu kuliah) lepas kelas kitaorang akan tunggu bas untuk pulang ke 'Sutera Indah'(SI) kolej kediaman kitaorang,.. biasalah Bas SI limit bil nya,, n then, paling lewat.. time waktu malam la, ana paling suka bila naik Bas.. bila nak balik je ke SI pada waktu malam, ana akan cari tempak duduk yang kat tepi tingkap..hehe, biasalah... apa yang dibuat setiap kali duduk kat situ,, mata ni akan meluru ke luar tingkap(almaklum la tingkap x blh nk buka, so pandangan sahaja dapat menembusi tingkap tu...),, waktu itulah ana akan guna untuk release stress(relax minda), tengok permandangan sekeliling kampus pada waktu malam yang dihiasi dengan derekan lampu jalan(warna ala2 sepia gitu)..so beautiful..bila dah sedar je, ala,,, dah kena turun,, dah sampai SI rupanya.. T_T


USIM

USIM


ok la..dah lari tajuk lak,,hehe.. ^_^ tadi lepas turun dari bas,,sempat berkongsi-kongsi nasihat dengan kawan-kawan, afifah n fauziah,,

"bila duk kat U ni, kita kena betul-betul jaga diri kita,,yang penting kekalkan 'pakaian' yang kita pakai sekarang ni, moga dijauhkan dari jadi seperti sesetengah orang yang sekali pandang, kita dah x kenal dirinya, dulu dan kini sgt berbeza,,"

hiasan semata-mata-not at USIM-

ni pun hiasan juga-not at USIM-

hiasan-not at USIM-


p/s: moga Allah istiqamahkan hati ini(tetap IMAN) agar sentiasa berada diatas jalanNya..

Thursday 27 September 2012

My cute friends ^_^

Geng Quran Dan Multimedia-BQB3-

 malam ini ditemani dengan assignment arabic language..dan dikesempatan ini,let me introduce my sweetest friends.. seated from left are Kak Siti,Solehah,Fathin, Afiyah, Me(^_^), Taqia, Faz, Najah, Nabila( class REP -girl-), Afifa. standing from the back of the right side are Afifah, Comsoul, Halim, Khairi, Fazwan, Hafiz, Ayadi, D, G(class REP -boy-), Aishah. comel-comel kan mereka,, InsyaAllah Akhlak-akhlak mereka semua baik-baik..that's why i love them because the ad-Deen that strongly placed inside their soul..


2 buah kamus Arab menjadi rujukan..


rasa cam tak cukup je ag,,InsyaAllah,,ada rezeki lebih ’المورد’ jadi  kepunyaan..
teringin sgt,kerana harganya mahal cikit  dr kamus mu'jam arabi(RM95) RM100 lebih..

p/s: moga Allah permudahkan segala urusan yang baik..

Tuesday 25 September 2012

Rindu aku pada kalian


Bila anak mata merenung keluar jendela..
entah apa yang jadi tarikan..
mata melirik nun disana,
ditenung sejauh mungkin..
fikiran tidak sama sekali menggambarkannya,,entah berangan agaknya..
angan yang pasti mengungkap seribu satu rasa..

tiada kata yang keluar dari mulut,,
tapi, ketika itu..
sang hati petah berbicara..
tidak dapat ditangkap apa yang ingin disampaikan,,
entah ungkapan sedih, entah ungkapan gembira,
ataupun ungkapan rindu,,
yang pastinya, ungkapan itu adalah ungkapan syukur..
bicara hati seorang hamba kepada Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

apa yang pasti,,TERIMA KASIH WAHAI SAHABAT PERMATA HATIKU.. kerna engkau berada dalam hatiku..

nota hatiku: jagalah dirimu wahai teman permata hati..kerana ALLAH..

My Favorite Words Today


Monday 17 September 2012

In My Heart


Dear Future Spouse,
I don’t want much. I don’t need much.
All I need is someone to lead me to jannah.
All I need is someone that will help me fight this dunya and enter jannah.
All I need is someone who will bring me closer to the one who created me.
This is all I want and all I need

Friday 14 September 2012

Hadiah dari Allah




Assalamualaikum .. Moga Allah sentiasa merahmati kita dengan amalan-amalan yang kita lakukan untuk mendapatkan keredhaannya.. Semoga sahabat sekalian berada dalam kesihatan yang baik.

Alhamdulillah , setelah sekian lama menyepi, dapat juga ana menaip entry untuk dikongsikan bersama sahabat. Sahabat, sesungguhnya betapa rahsia atur perjalanan yang telah Allah tetapkan dalam hidup kita,Cuma kita hanya mampu merancang,berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah,, dan keputusannya,kita serahkan segalanya kepada Allah, kerna Allah Maha Mengetahui apa yang pantas buat kita,sebagai makhlukNya.

Alhamdulillah,saat ini baru diberi kesempatan untuk update blog..lama menyepi..

Ni Pintu Hadapan USIM, Bila Masuk Je Ke USIM, Kita Akan Mengadap Ke Kiblat ♥ ♥ ♥SUMBER PHOTO: Jawatankuasa Peralihan Perwakilan Pelajar

SubhanAllah,Allah MahaBesar..Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..

Allah telah meletakkan ana di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).persekitaran yang solehah, kawan-kawan yang baik,dan yang paling penting InsyaAllah, ana sentiasa diingatkan kepada Allah..ana mengambil kos Pengajian Quran Dengan Multimedia..

Saturday 19 May 2012

Allah Sedang Merancang Untuk HambaNya..

Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Yusuf, 12:87)

Kita merancang apa kan kita lakukan selepas ini,Kita merancang apa akan kita lakukan esok,
Kita merancang apa akan berlaku minggu depan,
Kita merancang akan bergraduasi beberapa tahun akan datang,
Sehinggalah kita merancang apa akan berlaku 10 tahun akan datang,
Adakah kita benar-benar pasti segalanya akan berlaku seperti yang dirancang?


Ketahuilah,
Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.
Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya.

Alhamdulillah, dalam kul 1.30 ptg tadi, nor pergi ke laman web :: Semakan Panggilan Menghadiri Temu Duga - Pendidikan ::  ....SLIP MENGHADIRI TEMU DUGA(untuk dibawa ke pusat temu duga).... Alhamdulillah!, hati separuh menjerit..terus berlari kearah ma.." ma nor dapat panggilan temuduga ckgu!".. "Alhamdulillah"ma.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
haha,,tersenyum sendirian.. tapi, apa-apa pun, Allah telah tetapkan semuanya, kita hanya mampu berusaha,,dan bila tiba kputusan, nor redha,, 29/5/2012 result MATRIKULASI akan keluar..dan disitu nanti Fasa II UPU akan dibuka, Fasa I dah tutup lama dah. time 2 je nor dapat baiki kos yang nor dah buat,,

ma dan abah nk sangat lihat nor jadi cikgu,,pray to me.. but i fear coz, i don't know much about the EDUCATION,  but i'm very interested in EDUCATION ,,start from now, i must reseach about it
i choose BIOLOGY course.

" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)

Redha dan terimalah setiap ketentuan Ilahi itu dengan hati yang terbuka dan yakinlah susunan Allah sentiasa yang terbaik buat kita semua.

Didalam setiap perancangan itu,sertakanlah dengan doa pada Allah. Redha lah apa yang berlaku andai ia tidak seperti yang dirancang. Terimalah setiap ketentuan Ilahi. Yakinlah, susunan Allah sentiasa yang terbaik buat hamba-hamabNya. Allah tidak akan mengatur sesuatu yang sia-sia, semuanya bersulam hikmah yang sangat halus dan sangat hebat!



doakan nor ye sahabat-sahabat,, i want to be a TEACHER ^_^

Wanita Memakai Selipar Bersama Stokin


Wanita memakai selipar bersama stokin nampak AWKWARD PADA PANDANGAN MASYARAKAT??? :)

kpd muslimat yg pernah mghadapi situasi sedemikian;
1. jgn rasa benci/marah pada mrk, krn mungkin dia jahil, tidak tahu.
2. jelaskan mengenai aurat dgn hemah dan hikmah sebagaimana method yg Nabi Muhammad SAW ajarkan.

inshaallah mrk akan faham tentang pemakaian stokin yg sebenarnya satu KEWAJIBAN bukan KEHENDAK MASING2,, :).. Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam .. muslimah, its not a bad thing to cover your aurat fully, you showed your love towards Allah if you do so..

Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].
Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].
copy dari : Doodle Dakwah
 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=235111679935878&set=o.245276678825476&type=1&ref=nf
(sumber: http://www.mykhilafah.com/fikih-muslimah/1273-aurat-wanita-muslimah-menurut-syarak )

Wednesday 16 May 2012

How to prevent doing bad deeds


Solat:Duduk antara dua sujud

perkongsian untuk sahabat..moga kita memahami dan menghyatinya..moga-moga kita dapat melakukan solat dengan terbaik dan khusyuk,,InsyaAllah~


Tuesday 15 May 2012

Titipan Buat Saudari Permata Hati


Perkara yang paling utama yang ku ingin dalam hidupku ialah..mencintai dan dicintai oleh Allah dan Rasulullah. Aku ingin menjadi anak yang solehah buat ibu bapaku,, aku sayang mereka.. mungkin aku tidak dapat berikan kepada mereka kepuasan didunia,,tapi aku janji,,aku tidak akan hampakan mereka untuk akhirat kelak..aku bukanlah yang terbaik dari yang baik,,bahkan aku lebih terbelakang dari mereka itu, tapi, aku sentiasa berusaha untuk menjadi Hamba Allah yang baik..Ya Allah, bantulah aku, hambaMu ini..



Aku bersyukur kepada Allah atas nikmat yang telah diberikan kepadaku yang tak mampu terhitung oleh ku.. aku bersyukur sekarang ini, kerna aku masih tetap bernafas dalam nikmat agama islamMu, ya Allah.. walaupun terkadang aku sering lupa kepadaMu, tapi peringatanMu tidak pernah sunyi dari bertandang dalam jiwaku,,dan aku menyambutnya dengan rendahnya hati.




Dalam aku merenung melihat langit nan luas terbentang, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar,, aku amat bersyukur kepadaMu, Wahai tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. aku bersyukur dengan apa yang telah Engkau tetapkn dalam hidupku.. terima kasih ya Allah..


Aku ingin sekali bisikkan ayat-ayatMu dalam jiwa hamba-hambaMu, moga mereka lena dalam CintaMu, Cinta Illahi..

Firman Allah s.w.t:
maksudnya:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.


Ya Allah, sedih sekali bila ku lihat bunga-bunga seusiaku, merendahkan diri rebah ke bumi, duri-durinya tidak lagi melindungi dirinya,, bahkan mereka lebih jauh cantik daripadai cantiknya permata.. Dan aku akui, semua makhluk ciptaanMu,adalah sempurna.. dan aku bersyukur dengan apa yang telah Engkau kurniakan kepadaku.. walaupun kelopak bungaku tidak semekar bunga-bunga yang lain, dan warnanya tidak menarik,,aku cuba perkuatkan duri disekeliling tubuhku,, kerna hanya bila waktu itu kan tiba, aku akan hanya benarkan yang halal bagiku untuk memetik diriku..



wahai sang bunga-bunga yang indahnya dirimu, mekarmu mempesonakan, harumanmu sungguh mengasyikkan.. budi pekertimu sangat lembut,terkadang engkau tegaskan dirimu mempertahankan hakmu,,bicaramu sungguh merdu bak buluh perindu,gerak-gerimu sungguh teratur, berwaspada pada yang melihat dirimu,,lirikan matamu bak tajamnya pedang,memerhati kebesaran Allah..



wahai saudari-saudariku, jagalah dirimu,,tidak ada sedikit kerugian bagimu bila engkau menjaga syariat islam yang telah digariskan keatasmu duhai saudari-saudariku yang hatinya sangat lembut bak sutera..terkadang aku iri hati melihat kecantikan dirimu,,dan pada masa yang sama aku menangis simpati kepadamu,,kerna engkau mempamer-pamerkan hiasan indahmu itu pada manusia yang rakus untuk mendapatkan madumu itu,,sedangkan engkau sepatutnya, melindunginya, menjaganya,,biar tiada siapa yang tahu betapa indahnya perhiasan pada dirimu,,



tidakkah engkau terasa malu wahai saudari yang ku sayangi,,hiasilah perasaan malu dalam jiwamu,, kerna engkaulah sebaik-baik wanita,, aku tahu, dalam dirimu masih ada lagi benih iman, tapi tidak engkau sirami ia dengan butir-butir Cinta Allah.. sehinggakan ia tidak lagi bercambah dalam jiwamu. Wahai saudari permata hati, belum terlambat lagi buat dirimu untuk menyiramkan benih itu agar ia tumbuh indah kukuh dalam dirimu.. dan dirimu mekar mewangi sebagai muslimah solehah..insyaAllah..

Wednesday 2 May 2012

Bawa Al-Quran Dalam Hati

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya."



 كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولاً مِّنكُمْ يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُم مَّا لَمْ تَكُونُواْ تَعْلَمُونَ
Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-hikmah (As Sunah), serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 151)

CINTA NAILAH AL-FARAFISHAH

Tamadhar, isteri mulia, Abdurrahman ibn 'Auf berkata kepada Usman ibn Affan Radiyallahu 'anhu, "Bersediakah engkau menikah dengan puteri pamanku, seorang gadis yang cantik, tubuhnya padat, pipinya lembut dan fikirannya cerdik?"

"Insya Allah", jawab Usman, "Siapakah dia?"

"Nailah binti al-Farafishah al-Kalbiyah"



Sesudah menikah, Usman bertanya pada Nailah, "Pastinya kau tidak suka melihat ketuaanku ini?"

Nailah tersenyum dan menunduk sambil berkata, "Saya termasuk wanita yang lebih suka memiliki suami lebih tua."

"Tapi aku telah jauh melampaui ketuaanku?"

Kembali Nailah tersenyum dan berkata, "Tapi masa mudamu sudah kau habiskan bersama Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Dan itu jauh lebih aku sukai dari segala-galanya."


Dia seorang wanita yang cantik dan akhlaknya,isteri Khlifah Uthman bin Affan.Seorang isteri yang ikhlas,setia dan taat pada suami.Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy,mempunyai ayah penganut agama nasrani namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu.Inidisebabkan kelebihan kecantikkan,kebijaksanaan,kefasihan lidahnya serta kematanganfikirannya.

Nailah hidup dirumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan.Ketika pengepungan selama 50 hari,rumah Khalifah Uthman,org yg tidak berengang daripadaKhalifah Uthman ialah Nailah.Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumahKhalifah dengan batu-batu dan panah.Tiga orang telah terbunuh.Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah,namun masih ada dua orang yg melanggar perintah itu.Muhammad binAbu Bakar yg mengetuai pembelotan itu.Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah danmemanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yg ikal.Khalifah menegurnya

"Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripadanyawaku".

Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah,yg penting baginya ketikaitu adalah melindungi suaminya.Kedua lelaki tersebut telah berada dihadapannya.Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya.Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut.Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar,dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jaritangan yang lain.Muhammad mencabut janggut Khalifah,memukul kepala dan menikamnya.Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup .Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah,badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah.Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak.

Sesudah pembunuhan itu,tidak seorg pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau.sehingga Nailah menghantar utusan kepada Jubair binHizam dan Huwaitib bin Abd Uzza.mereka tidak berani mengebumikannya di waktusiang.Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazahKhalifah.Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umatislam. Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi

"Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jikayang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggar perjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah".

Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut olehMuhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong. Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak danmematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya,

"Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?".

Lalu Nailah menjawab,

"Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".

Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nailah banyak mengubah sajak dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman.Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya.

~Ya Allah,jadikanlah hati hamba sekuat & seindah hati NAILAH AL-FARAFISHAH.Amin...~

Istiqamah


Monday 30 April 2012

Aku Berpesan Pada Diri


Aku Berpesan Pada Diri 

Hidup tidak selalu indah
Langit tidak selalu cerah
Suram malam tidak berbintang
Itulah lukisan alam

Begitu aturan Tuhan
Jadilah rumput yang lemah-lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
tak terusik dilanda badai

Dalam sukar hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaan-Nya

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
suburkanlah sifat sabar 
di dalam jiwamu
Usah mengharapkan kesenangan

Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
maafkan kesalahan insan
Begitu ajaran Tuhan
——————————————————–—————————
Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku, jangan di hatiku

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring
~LB~

Tuesday 17 April 2012

aku berserah kepada Allah

takut..esk 1st paper- English ..doakan nor ye,,,

hehe, sempat ag, snap n edit photo...
tapi,pe2 pun sempat lagi update blog,,, doakan nor..


"Tiadalah ssuatu urusan itu mudah, melainkn Engkau jadiknnya mudah,dan Engkaulah yg mnjdkn ksukaran itu mudah, apabila Engkau khndki..mudhknlh urusan ppriksaan kmi ya Allah..terangilh hati kami dgn chya ptnjukMu sbgmana Engkau mnerangi bumi dgn matahariMu slma-lmanya.."
allahumma amiin.
Slm imtihan..

Monday 16 April 2012

Pn. Dzulfaezah datang!

mesti tertanya, siapakah Pn. Dzulfaezah???? dia merupakan lecturer math kitorang (S1T2a), tapi hanya pada tahun 2010/2011..sekarang , beliau merupkan Tim. Pengarah di kolej matrikulasi P. Pinang. time ni study week.. (14/4/2012),, sanggup datang ke KMPk dari P.Pinang semata-mata untuk wish kepada kami untuk PSPM II..kami sayang Bonda kami~
insya Allah.. moga kami dapat buat yang terbaik!


nor x ada time ni, huhu, sedih,,masa ni, tengah berlari ke bilik, sebab tertinggal hadiah yang nak bagi kat Bonda. memang letih..sampai2 je,,,huhu,,diorang dah bergambar...


kek Bonda bawakkan siap belanja KFC lagi..
ni time pagi2 lagi,,sblm Bonda sampai..macam2 gelagat..

time ni, tengah lepaskan lelah,,huhu,,
baru sampai dari berlari pergi ambil hadiah yang tertinggal..
2 yang x ada lam gambar ni,,,
apa2 pun,,moga semua ini menjadi sweet memory.. gud luck kpd kengkawan..buat yang terbaik...

Tuesday 10 April 2012

Minggu last kuliah sesi 2011/2012



Assalamualaikum ..Alhamdulillah,aku bersyukur kepada Allah kerana atas segala nikmat yang dikurniakan olehnya.. Hari ni baru sempat update..photo kat bawah ni merupakan hari terakhir kuliah kitorang 6/4/2012,,



Tinggallah sebuah kenangan yang pernah ku ciptakan seketika dahulu bersama-sama sahabat..
2 tahun aku membawa diri di tanah gopeng,,dan disini, banyak pengalaman suka dan duka yang aku pelajari membuatkan aku semakin kenal dengan ragam manusia.. Trima kasih ku ucapkan kepada sahabat-sahabatku..aku sayang kalian kerana Allah..istiqamahlah dalam mencari keredhaan Allah.. Moga dirimu menemukan kebahagian yang hakiki, yang tiada bandingannya..

Keberangkatan kepulanganku dari tanah gopeng membuatkan air mataku jatuh dari kelopak mataku.. Bukan kerana sayang untukku meninggalkannya,,dan telah menjadi lumrah kehidupan, sesuatu dalam kehidupan kita, bila ia datang, dan ia akn kembali pada tempat asalnya..teteapi,,membuatkan aku takut akan liku-liku kehidupan yang akan ku tempuhi selepas ini,,, dalam hatiku, apa yang aku harapkan moga Allah mengistiqamahkan hatiku dalam mencari keredhaanNya..


Tuesday 27 March 2012

Agar bidadari cemburu kepadamu

Berdoa memohon kepada Allah dengan hati tertunduk dan dilinangi air mata kekhusyukan yang mendalam, berharapkan Allah memberi kekuatan untuk menjadi wanita solehah



Agar Bidadari Cemburu Padamu – Women of Heaven

Oleh : BroHamzah

Dedikasi buatmu Muslimah Solehah,
Untuk saudariku, yang telah berikrar setia dan menunaikan tugas mulia sebagai Muslimah
Bersabar menghadapi berbagai rintangan hidup
Yang sentiasa berupaya mewujudkan cita-cita mulia dan hanya mengharapkan keridhaan Allah SWT.



Akhlakmu begitu indah, sopan dan sejuk mata memandang
Tutur bicaramu tersusun atur mudah berkata-kata indah
Penampilanmu menepati syara dan malu menjadi pakaian utamamu
Perjalanan hidupmu dihiasi dengan perjuangan hakiki

Akhlakmu adalah perhiasan yang bersinar cerah menyinari alam ini.



Ketahuilah wahai saudariku muslimah solehah,
Tidak akan pernah kita temui kenikmatan hakiki tanpa perjuangan sejati, tidak pernah kita jumpai kebahagiaan tertinggi tanpa pengorbanan tiada henti. Apa yang kita persembahkan untuk meninggikan agama Allah tidak pernah sia-sia.
Ibarat cahaya, ia akan sentiasa menerangi,
Ibarat pohon rindang, ia akan menaungi,
Ibarat bunga mawar, ia sentiasa harum mewangi

Di mana jua ia berada, dia adalah muslimah sejati


Senyumanmu, akhlakmu, budi pekertimu, sahsiahmu adalah kekuatan, kemewahan dan kekayamu yang sebenar.
Jadilah dirimu yang sebenar sesuci fitrah insani, agar disayangi makhluk duniawi dan dirindui hati-hati yang mencintai Ilahi.
Agar Bidadari di syurga, mencemburui mu kerana mutiara berharga yang terpendam di dalam dirimu
Peliharalah dirimu dan perindahkanlah keperibadian mu
Agar dirimu menjadi wanita muslimah solehah yang sebenar.

Monday 26 March 2012

Tahajjud Cinta



Tidur aku dalam rahmatMu,
Tekad untukku bangun,
Bila mana ada hamba-hambaMu yang masih lena diulik buai mimpi,
Ingin aku sujud kepdaMu.

Tika dahi bertemu sejadah,
Aku bertahajjud kepadaMu,
Betapa indahNya CintaMu,
Tiada ungkapan yang dapat ku ungkapkan untuk menggambarkan rasa itu,

Apa yang ku harapkan,
Bila aku terjaga dari lena tidur,
Aku dapat sujud kepadaMu.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Engkau rahmatilah aku,
Pimpinlah hatiku supaya sentiasa aku didalam rahmatMu..

Betapa indahnya bertahajjud kepadaMu..
ALLAHU..

ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com