Saturday 31 December 2011

bisikan hatiku



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

"Ya Allah Ya Tuhanku, pilihkan daku suami yang soleh, dia meminangku dan mengahwiniku serta jadikanlah dia sahabatku di dunia dan di syurga kelak."

letakkan Allah sebagai penentu masa depan anda yang mutlak.
jangan biarkan sedetikpun keputusan yang dibuat itu datang dari kita sendiri...
minta selalu petunjuk daripada Allah supaya Dia yang menentukan keputusan yang bakal kita buat.. ♥

selamat pengantin baru

Assalamualaikum..tahniah diucapkan kepada sahabat2 na sekalian,,selamat pengantin baru,, hari ni buka2 profil kawan,,,x disangka,, terlihat photo wedding..so sweet..selamat pengantin baru ayu,,,na x tau pun pasal majlis 2,,pe2 pun mga bahagia dunia akhirat,, dan kepada kawan2 na yg lain, mgkin na x tahu,, selamat pengantin baru diucapkan yg telah bergelar suami isteri....'20' coming soon,,,huh, x disangka,,bulan 2 ni, dah masuk umur 20 thn..haaaa...dah tua...by the way, i want to struggle in my study to achieve the success,, chayok2! i have 3 day for finish all my assignment n cover all my subject..

Tuesday 20 December 2011

kata-kata hikmah



Apabila muncul d hati perasaan aman slps melakukan dosa atau maksiat,ia merupakan tanda bahawa hatinya tlh m'jadi sarang syaitan.apabila ia tertawa maka hilanglah rasa dukacitanya dan ia berada dlm keadaan senang hati b'maksiat kpd allah


-tanbihul ghofilin-




Apabila melihat org jahil,anggaplah dia lbh mulia drpd kita kerana mrk membuat dosa dlm kejahilan,sdgkan kita membuat dosa dlm keadaan mengetahui.


-imam ghazali-

Sunday 18 December 2011

ku merinduiMu..

Saat Cinta Terluah
Hanya Kau Yang Miliki
Dalam aku mengharungi rentas masa kehidupan yang berliku, Engkau berikanlah kekuatan kepadaku untuk aku terus melangkah kearah RahmatMu... saat terkenang liku-liku yang lalu, hanya air mata yang dapatku luahkan kepadaMu...hanya setinggi-tinggi kesyukuran yang dapatku panjatkan kepadaMu.. Alhamdulillah-terima kasih ya ALLAH-

Saturday 17 December 2011

English's project

-thanks alia n izan my group's member-
bertukus lumus menyiapkan project BI.. 'multi-function bag'.. inilah rupanya prototype kitorang.. izan n alia satu group dengan na.. malam ni nk siapkan brochure..esk nak siapkan bahan presentation..tadi ternmpak kain smbhyang hajar...rindu sama ma....ye la.. kain sembahyang hajar  sama sebiji dengan kain sembahyang ma punya... group kitorang group yang ke-5...hope x ada mslah nnt,,


Terasa jauh..

Ya ALLAH, trasa jauh diriku ini dariMu..aku cuba berlari kepadaMu dengan sepantas sedaya imanku,,tapi dalam aku berlari,, kadang-kadang aku terjatuh terhantuk,tergelincir,,kadang2 nafas terasa sesak dengan keadaan sekeliling,,, tapi,, aku tetap teruskan langkahku kepadaMu,,walaupun kadang-kadang ada jiwa yang menghalangku... Ya ALLAH,,Engkau pimpinlah imanku dengan RahmatMu,,aku pasti,, dan aku yakin ,,aku pasti akan sampai...

kadang-kadang imanku lemah kerna kalah dengan nafsuku sendiri,,ya Allah, x bermakna aku kalah, aku sebenarnya sengaja mengingkarimu, tapi aku  hanya kalah sementara dengan nafsuku ..kerna aku insan yang lemah,,insan yang selalu alpa..dan aku amat memerlukan pimpinan dariMu, agar imanku sentiasa diatas landasan RahmatMu..aku amat memerlukan Dirimu, YA RAHMAN, YA RAHIM-

Friday 16 December 2011

Tak tido ker??

nak nangis rasa..huuuwaaaaa... kena siapkn assignment,,apa macam ni...nmpknya, x tido la malam ni...chayok2!... esk tutor bio,,pastu kena hantar physics lab report..berusaha!

Thursday 15 December 2011

Permulaan yang sangat memenatkan

Result PSPM1 dah lepas.. Alhamdulillah,,semuanya ada hikmah..so, diri ini x rebah tersungkur..tapi lihat dari satu sudut yg sangat dalam..(+ve), Allah Maha mengetahui..walaupun setiap hari bersengkang mata mengadap buku..moga Allah tidak mensiakannya,,yang lalu biarlah tetap berlalu..yang penting pesediaan untuk akan datang...kadang2, diri ini bermonolog sendiri,,"aku juga ingin berjaya seperti kawan-kawanku yang lain".. moga aku akan dapat menempuh hari yang mendatang...entah apa yang akan terjadi,,Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui,,aku hambanya yg lemah, hanya mampu untuk berusaha dan merancang.. moga ada pelangi disetiap sudut ruang hidupku...

Wednesday 14 December 2011

I'm Still Remember

Suka dan duka yg ditempuhi bersama...itulah sahabat.. 'friend',never lacking in my life diary.. i'm still remember  this memories..i'm gonna miss them so much..

Sunday 11 December 2011

Luang masa bersama laptop tersayang

siap semua assignment,mesti lah masa dengan laptop pulak... hari ni,,up date semua yang patut lam laptop... internet browser pun sume laju,, internet Explorer, mozila firefox n google chrome x lupa juga Opera...urm,,,lagi,,update antivirus,,smadav, avast n AVG..

Thursday 8 December 2011

Alhamdulillah

Terima kasih ya Allah...kerna aku masih diberi peluang untuk bernafas dalam Cintamu, walaupun seringkali aku nyaris tersungkur..
ana sayang Allah

Sunday 3 July 2011

Sakit Sebagai Ujian

Bismillahirrahmnirrahim..dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Assalamualaikum w.b.t..
ku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNya...kerana masih menyedarkan siapa aku sebenarnya,bahawa nyawa ini hanya pinjaman yang akan dikembalikan pada bila-bila masa sahaja kepada Pemiliknya...
ketika ini nafas yang berombak-ombak keluar dari rongga hidungku...terkadang batuk, terasa sakit bahagian dada,,,seluruh urat saraf terasa sakit,,nak berjalan pun susah,,,ya Allah..betapa beratnya ujian yang Engkau berikan kepadaku, tapi ia x seberat penderitaan Rasulullah...aku akui itu...bahagian belakangku terasa tercucuk-cucuk,,2 biji paracetamol telah menjadi habuanku..tapi,keaadaanya masih sama,,,x berdaya,,tapi aku kuatkan langkahku,,sentiasa membasahkan bibirku dengan zikir tasbih kepadaMu,,kerna itu penawar bagiku,,walaupun aku tidak mengetahui berapa lama tempoh ujian ini... aku yakin,,ujian yang Engkau berikan kepadaku kerna Engkau sayang kepadaku...kerna ia mengingatkan aku kepadaMu,,
ketika ini..aku merindui belaian lembut oleh ibuku,,,mengusap kepalaku ketika aku jatuh sakit,,tapi sekarang ia adalah bayangan yang sentiasa menjelma dibenakku..hidup sebagai perantau,menuntut ilmuMu ya Allah..aku pasrah..ya Allah, ya Rahman Ya Rahim,,aku tahu, Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,,orang disekelilingku mengambil berat tentangku,,walaupun ia hanya halwa mulut,,tapi ia sentiasa membuatkan aku sentiasa menarik nafas kesyukuran kepadaMu..bahawa Engkaulah penawar itu...

----------------------------------------------------------------
"Sabda Rasulullah SAW, ”Kondisi sehat dan kesempatan luang adalah dua nikmat yang Allah SWT berikan kepada manusia, namun sering mereka lupakan."
----------------------------------------------------------------------------------------




assignment...Subhanallah..Allahuakbar...kuatkan semangatku ya Allah...banyak yang belum aku siapkan...hanya kepadaMu diri ini berserah...

Tuesday 28 June 2011

Bila Hati Berbicara Tentang Cinta


bila hati ingin berbicara tentang cinta,
senyum kebahagiaan dilemparkan,
hati berbunga, seolah-olah kebahagian itu telah dimiliki...

apakah cinta sebenarnya..
cinta kepada siapa..
cinta kerana apa...
adakah cinta itu telah diselami..
adakah cinta itu cinta sejati..

bila diungkapkan 'CINTA'..
pertama-pertamanya cinta yang dibayangkan oleh kita..cinta makhluk.
kalau tidak cinta kepda sang kekasih,
cinta kepada sahabat,
tak pun cinta kepada keluarga...

sedarkah kita realiti cinta..
hakikat cinta..

cinta seorang hamba dan penciptanya..
itulah cinta yang tiada bandingnya..
--------------------------------------------------------------
ku berharap, bila ku mencinta seseorang,biarlah kerana Allah..dan begitu juga dengan siDia..mencintaiku kerana Allah
-----------------------------------------------------


ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com