Friday 3 February 2012

Doa Paling Iblis Geruni.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Muhammad bin Wasi’ mengatakan bahawa pada suatu hari ketika beliau dalam perjalanan ke masjid, Tiba-tiba, iblis muncul dihadapannya dan berkata

“Wahai anak Wasi’ engkau kenalkah aku?”

Beliau menjawab “ Siapa engkau ini?”

Ujar iblis, “Aku iblis”.


"Engkau mahu apa?", Tanya Muhammad.

Iblis menjawab sambil merayu “Engkau jangan ajarkan kepada sesiapa pun doa itu dan aku berjanji tidak akan menganggumu."


Muhammad bin Wasi’ menjawab dengan tegas “ Demi Allah aku tidak akan halang sesiapa pun untuk mempelajarinya dan engkau buatlah apa yang engkau hendak buat.
Tahukah sahabat-sahabat doa apakah yang Muhammad bin Wasi’ bacakan tiap-tiap pagi hingga iblis begitu gerun mendengarnya?

اللهُمَّ إنَّكَ سَلَطْتَ عَلَيْنَا عَدُوًّ بَصِيْرًا بِعُيُوْنِنَا, يَرَانَا هُوَ وَقَبِيْلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا نَرَاهُمْ أَللهُمَّ فأَيِسَهُ مِنَّا كَمَا أَيَسَتْهُ مِنْ رَحْمَتِكَ،وَقَنَّطْهُ مِنَّا كَمَا قَنَّطْتَهُ مِنْ عَفْوِكَ، وَبَاعِدْ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُ، كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ رَحْمَتِكَ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيْر Maksudnya: Wahai Allah engkau telah mentakdirkan kepada kami menghadapi musuh yang sangat arif tentang kelemahan kami. Ia dan sekutu-sekutunya melihat kami dan kami tidak melihat mereka. Ya Allah engkau jadikanlah ia berputus asa untuk menggoda kami sepertimana ia berputus asa dari rahmatmu, haramkanlah ia bagi kami, sebagaimana engkau mengharamkan ia dari mendapat keampunanmu. Jauhkanlah kami darinya sebagaimana engkau jauhkan dia dari rahmatmu. Sesungguhnya engkau berkuasa melakukan apa sahaja.

Amalkan pada tiap-tiap pagi. Insyaallah, kita tidak akan diganggu iblis laknatullah. Moga kita semua dijauhkan dari tipu daya iblis laknatullah. Selamat beramal (^^,).

Rasululullah SAW bersabda; "Doa adalah senjata orang mukmin."

Dalam kesempatan lain, baginda bersabda; "Doa adalah inti ibadah."


Dengan doa & zikir, insyaAllah seorang mukmin akan mendapatkan cinta Tuhannya, terhindar daripada pelbagai gangguan jahat & imannya semakin kuat. Dengan doa & zikir, hati menjadi hidup, tenang & bahagia.

Allahu 'alam.

sumber : Para PencintaMu

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi tinggalkan comment anda disini ^^

ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com