Tuesday 7 February 2012

bicara hati



Assalamualaikum sahabat semua..ana sihat sahaja ketika ini..tapi apa khabar pula iman sahabat2?..harap kita selaku hamba yang lemah ini sentiasa memperbaharuinya…jangan biarkan ia kusam dek perilaku kita tanpa disedari…
Pernahkah sahabat mencintai seseorang..benar apa kata sahabat,,cinta illahi yang kita wajib utamakan.. Tapi apakan daya, diri ini yang lemah dan baru sahaja belajar terbang di dunia luar tanpa kawalan ibu bapa mahupun guru… disinilah iman diuji dikala terkapai-kapai dalam arus ragam duniawi…

ingatlah sahabat,kita bukan selamanya didunia ini, bukan dunia titik noktah kita.. tidakkah sahabat lupa, kita masih ada satu destinasi yg wajib dituju oleh setiap manusia, tidak kira manusia itu sendiri sedar ataupun tidak sedar..

kejarlah keredhaan Allah..kerana itu yang pasti..insyaAllah, jika itu yang kita kejar,setiap perjalanan kita tidak akan lari dari landasan yang benar..

jika hadir perasaan cinta itu, serahkan ia kepada Allah, cintailah Allah yang utama, kemudian labuhkanlah cinta itu dengan cara yang betul, jangan sesekali sahabat2 termakan oleh pujukan rayuan nafsu,

ya ALLAH, ya Rahman, Ya Rahim..aku hambaMu yang lemah,,dan aku tidak mmpu berjln dgn diri sendirinya.. tiada tempat yang dapat ku untuk meminta,selain hanya kepadaMu ya ALLAH..Engkau pimpinlah hati-hati kami dalam meraih cintaMu ya ALLAH..ameen

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi tinggalkan comment anda disini ^^

ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com