Thursday 24 November 2016

Nafas Baru


Sambil menghirup secawan coklat panas, kepala aku ligat memikirkan sesuatu, mungkin lebih tepat dengan perkataan mengimbau. "Alhamdulillah, yey.. aku dah graduated".. hatiku separuh menjerit. Tetiba jiwaku rasa sebak dan sesak, dan aku tak dapat nak membendung lagi air mata yang akhirnya jatuh jua.

Keluarnya aku dari dewan, aku kuatkan jua langkahku, aku tahu aku tidak kuat untuk melangkah. Mataku hanya tertumpu kepada sahabatku sahaja, sedangkan mata-mata lain melilau pandangan mereka mencari family masing-masing.



Aku tahu, dan aku sedar bahawa selangkah aku keluar dari dewan tiada siapa yang menungguku bahkan menanti-nanti kehadiranku. aku hanya mampu fokus kepada kelibat sahabatku sahaja. Sehinggalah ada yang menepuk bahunya,, "Aishah!!" separuh terkejut sahabatku itu. Rupa-rupanya abang sulungnya yang menyapa. Setengah jam juga kami mencari-cari keluarga aishah, disebabkan telefon tidak bersama kami, jadi kami menghadapi masalah untuk menjejak kedudukan familynya.

Terik mentari makin meninggi, dan aku mula rasa berpeluh dan mukaku rasa hangat dan perit. Sempat juga hatiku mengeluh "huhu,,, habislah lepas ni,, sunburn teruk muka nnt, dah lah muka tak cerah mana, makin gelap la jawabnya.."

semasa aku sibuk bersalam dengan saudara maranya, sempat aku menoleh belakang, dan aku tertunduk malu dan segan,, "Nah bunga untuk aishah.. Tahniah aishah" kakaknya memberi sejambak bunga yang terisi dalamnya penuh dengan coklat-coklat. "kenapalah aku ada dekat sini, aku ni menyibuk jer!!" rasa nak lari dari situasi tu. Tak lama lepas tu, kakaknya tadi memanggilku dan menghulurkan sejambak bunga yang dalamnya penuh dengan coklat-coklat, aku rasa macam nak nangis, lepastu aku ucap terima kasih, dan dia terus peluk dan berbisik kepadaku,"Tahniah farhana!!"



Bukan satu bunga yang aku dapat, bukan dua tapi tiga jambak. terharu yang amat. Dua jamabak dari family aisah, satu dari pensyarahku. Terima Kaih semua..

Sesampainya aku dibilik, aku terus menelefon abah, " Abah..... Terima Kaih atas segala-galanya,," Air mataku mula jatuh dan aku tidak tahu kenapa ia makin deras. "Tahniah!! abah bukan tak nak pergi, tapi kalau abah cerita, semua akan nangis pulak.." Aku tahu, dan aku redha, kerana kesihatan ayahku yang tidak mengizinkannya untuk datang melihat anak bongsunya ini menerima segulung ijazah diatas pentas. Aku akui itu. Dan walaupun jiwaku sedih, tapi aku cuba untuk kuat, kuat untuk ibu bapaku... dan kejayaan ini adalah khas buat mereka berdua.

Segulung ijazah ini bukan titik noktahku, insyaALLAH aku akn terus melangkah selagi aku masih punya kekuatan itu, bukan pangkat yang aku kejar, tetapi sumbangan ilmu itu yang menjadi cita-citaku. 

Sempat seorang sahabatku menceriakan suasana, "Nanti kalau ana dah sambung master 'bakal zauj' nanti susahlah nak masuk minang ana." "kenapa pulak mcm tu???" aku kehairanan. "yelah, ana kan master, lainlah kalau bakal zauj tu lebih dari ana.." Aku tersenyum.. Aku ni, master pun belum tentu lepas, ni baru je register.



Sejujurnya, dalam memilih teman hidup, aku langsung tidak memandang kepada ketinggian, rupa, pangkat dan harta. tapi cukuplah dengan agamanya yang dapat membahagiakan aku. tidak kisah jika ia adalah seorang pengembala kambing sekalipun, yang dia dan keluarganya dapat menerima kekurangan dan kelebihanku. yang betul-betul ikhlas untuk jadikan aku suri hatinya...

Keesokan harinya, setibanya aishah dirumah setelah sehari bersama keluarganya di KL, Aishah sempat berbisik kepadaku yang maknya berkenan dengan aku untuk dijadikan anak angkat, mak dia kata aku pandai melayan orang tua.. huhu, aku tidaklah berapa pandai sebenarnya, banyak lagi yang aku perlu belajar, tetapi aku cuba utk terapkan apa yang ayah dan ibuku ajar kepadaku..
Alhamdulillah, jika itu yang dirasakan dan diperkatakan oleh beliau. Katanya lagi, "kalaulah abang hang tu tak ada calon lagi, mak nak je calonkan dia dengan abang hang.." Huhu, aku hanya mampu diam dan tersengih shj,, terkedu sebenarnya.

Apa-apa pun terima kasih aishah sekeluarga sebab layan farhana macam sebahagian keluarga kalian.

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi tinggalkan comment anda disini ^^

ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com