Tuesday 27 November 2012

Sahabat



Aku sayang sahabatku,

Kerana merekalah yang selalu mengingatkan aku ketika aku leka.. 
Agar aku sedar bahawa hidup ini hanyalah sementara.

Merekalah yang membuatkan aku menangis,
Agar aku dapat mengetahui bahawa hidup ini tak selalunya indah.

Merekalah yang membuatkan aku gelak ketawa,
Agar aku bersyukur kerana kebahagiaan itu tidak selalunya hadir.
Merekalah yang membuatkan aku marah, 
Agar aku belajar erti kesabaran kerana marah itu bukan jalan penyelesaiannya.
Mereka amat bermakna bagi driku..
Dan aku akan selalu memutarkan filem memori agar aku sedar,
Sahabat itu bukan untuk dimiliki.

Tetapi untuk dikongsi agar persahabatan itu menjadi indah,
Ukhwah kerana Allah itu sangat indah dan membahagiakan..

Thanks for be my friends~
-Nur Farhana MN-

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi tinggalkan comment anda disini ^^

ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com