Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah,, aku memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada Pemilik Cinta..Allahu..
Engkau memberikan aku nikmatMu tanpa henti, sebaliknya, aku sentiasa leka dari nikmat yang Engkau berikan kepadaku. Sedang aku membilang butiran tasbih,, air mata aku mengalir, kerna penyesalanku dari kesilapan yang sentiasa ku ulangi...Ampunilah dosa hambaMu ini ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang..
Ya Allah..tiada lagi tempat untukku meluahkan segala isi hatiku ini, selain hanya kepadaMu, setiap hembusan nafasku adalah tanda cinta kepadaMu. Aku tidak mahu, walaupun sedetik dalam hidupku, aku alpa dariMu..aku mohon ya Allah..
aku punyai ramai sahabat,mungkin kerna banyak tempat aku berhijrah, bukan tempat tinggal yang aku berpindah randah,,tapi,, Sekolah menjadi pilihanku.. dari satu sekolah pergi kesatu sekolah..dan disitulah juga aku mengenalimu wahai sahabat..mengenali akan ragam kehidupan, mengenali ragam manusia yang bergelar 'SAHABAT'..
dan.. inilah sahaja yang aku mampu wahai sahabat,, mengulangi detik lalu, mustahil bagiku.. tapi.. mengimbau secebis kenangan kau dan aku, itu yang termampu bagiku..
hanya mencari dan menyimpan photo sahabat dari laman2 sesawang, itu yang aku lakukan..
terima kasih kepada sahabat-sahabat..aku sayang kalian ♥
wahh!!terharu saya baca ni..thanks nor sbb jd sahabat saya...miss u so muchh
ReplyDelete