Sunday 4 March 2012

Inilah sahaja yang aku mampu wahai sahabat



Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah,, aku memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada Pemilik Cinta..Allahu..

Engkau memberikan aku nikmatMu tanpa henti, sebaliknya, aku sentiasa leka dari nikmat yang Engkau berikan kepadaku. Sedang aku membilang butiran tasbih,, air mata aku mengalir, kerna penyesalanku dari kesilapan yang sentiasa ku ulangi...Ampunilah dosa hambaMu ini ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang..


Ya Allah..tiada lagi tempat untukku meluahkan segala isi hatiku ini, selain hanya kepadaMu, setiap hembusan nafasku adalah tanda cinta kepadaMu. Aku tidak mahu, walaupun sedetik dalam hidupku, aku alpa dariMu..aku mohon ya Allah..

aku punyai ramai sahabat,mungkin kerna banyak tempat aku berhijrah, bukan tempat tinggal yang aku berpindah randah,,tapi,, Sekolah menjadi pilihanku.. dari satu sekolah pergi kesatu sekolah..dan disitulah juga aku mengenalimu wahai sahabat..mengenali akan ragam kehidupan, mengenali ragam manusia yang bergelar 'SAHABAT'..

Dalam hidupku, Sahabat memang terkesan dalam jiwaku,, bicaranya, senyumannya, langkahnya,,pandangannya..aku melihat dengan teliti, tapi bukan untuk berwaspasa,,menghargai kurnian sahabat dalam hidupku.. walaupun ada juga sahabat yang 'tersalah langkah', membuatkan hidupku hujan ditengah hari,,tapi,, aku terimanya, kerna aku tahu janji Allah pasti berlaku,, ' Pelangi sesudah hujan'.. aku menyayangi mereka kerana Allah.. aku tidak mahu apa-apa balasan dari sahabat..tapi aku perlu, bila saat aku menadah tangan kepada Pemilik Cinta, ada nama sahabat yang aku doakan, kerna aku tahu, Allah tak akan mensia-siakannya,,


 terkadang aku bersedih, bukan kerana luka yang dulunya sahabat pernah ukir pada jiwaku, tapi.. luka itu kian pudar..aku merindui gelak tawa sahabat, ku merindui suara tegasnya, aku merindui cubitannya,, kerna, tanpa itu.. aku semakin lalai, semakin jauh dengan Allah,yang berlaku tanpa aku sedari..aku takut ya Allah..


dan.. inilah sahaja yang aku mampu wahai sahabat,, mengulangi detik lalu, mustahil bagiku.. tapi.. mengimbau secebis kenangan kau dan aku, itu yang termampu bagiku..
hanya mencari dan menyimpan photo sahabat dari laman2 sesawang, itu yang aku lakukan..







terima kasih kepada sahabat-sahabat..aku sayang kalian 

1 comment:

  1. wahh!!terharu saya baca ni..thanks nor sbb jd sahabat saya...miss u so muchh

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan comment anda disini ^^

ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com