Thursday 22 August 2013

Melawan Nafsu

Assalamualaikum dan salam aidilfitri( mcm dah lmbat jer) hehe, x pe lah.. yg pasti kita sekarang ni dalam bulan syawal.. dah puasa 6 ke?? (Ambe?? Hehe, in progress) moga sempat.

Pejam celik pejam celik, tup2 dah nak balik U dah. Ini bermkna,masa untuk goyang kaki dah x ada..masa untuk berkemas mental dan fizikal meninggalkan tabiat drumah sudah bermula..huhu

Dan Alhamdulillah, time bln pose aritu dpt khatam Al-quran( time sblm ni susah nk khatam2.. hehe) smngt yang baru. Dan time bulan pose aritu jgk my ma n abah balik dgn slmt dr mengerjakan umrah.

Dan dalam sepanjang cuti sem ni, banyak belajar dari ujian, terutama ujian hati( perasaan amarah, lagha, dan sewaktu dgnnya) dan bila kita diuji dan kita cuba hadapi dan melepasi dgn jayanya, seolah2 perasaan yg hidup dalam jiwa kita, sentiasa mengingtkan diri kita kepada Allah itu semakin kuat.

Banyak lagi yang perlu perbaiki diri. Dan kita selaku manusia yang lemah dan tidak dapat lari dari sifat lalai, lupa dan alpa.. sentiasalah memuhasabah diri. Kerna dgn cara itu, iman kita yg sntiasa ada pasang surutnya ini, dapat kita tingkatkan.. lawan nafsu, lawan hasutan syaitan.. ( admin kn, lau ada bisikan2 'halus' yg berbisik.. admin terus menjerit, yarrrghhhhh.... hey syaitan durjana. Jgn kau pernah hasut diri ini.. ALLAHUAKBAR!)

Pe2 pun melawan nafsu bukanlah perkara yang mudah, dan perangi nafsu itu merupakan jihad.

Nafsu sebagai highway syaitan.

Sebagian orang bijak berkata, “Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya.” [Imam Al-Ghazali, Muksyafah al-Qulb, h. 17]

tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang membinasakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga perkara yang menyelamatkan, iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”

Setiap orang mempunyai keinginan untuk membuat kejahatan atau kita lebih kenal ia sebagai hawa nafsu. Ia merupakan musuh utama anak adam dari syaitan. Dengan ini kekuatan syaitan itu terletak pada hawa nafsu. Hawa nafsu selalu mengajak manusia kepada melakukan kemungkaran dan meninggalkan kebaikan, dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti akan binasa.

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi tinggalkan comment anda disini ^^

ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com