Saturday 2 March 2013

Cerita Itu Antara Aku dan Dirimu

Cerita itu sangat bermakna,
Kerna cerita itu terukir antara aku dan dirimu,
Entah bila cerita itu lesap,
Yang pasti, cerita itu berlaku..
Yang kurasa seperti semalam cerita itu bermula..

Aku cuba menarik hela nafas yang panjang,
Tetapi, nafasku disentak akan cerita itu.
Mungkinkah aku masih berharap, 
Tapi, yang pasti cerita itu sudah berlalu..



Hari-hari yang kurasa, cerita itu bersamaku,
Segar dalam ingatan dan perjalananku,
Berdamping seiring denganku,

Tapi...
Bila ku toleh padanya,,
Cerita itu lesap..
Entah kemana ia menghilang,
Aku lihat disekelililngku..
Yang ada hanyalah bukan cerita itu..



Aku cuba mencari,,
Tapi, bila aku berhenti,,
Yang aku lihat dan rasa..
Ruang yang kosong bersama deruan angin yang menyapa,,
Membelai lembut tubuhku..


Bila aku membuka mata, Aku mula menyedari bahawa Cerita Itu tidak lagi bermakna..aku menerima kenyataan itu,, dan hati aku semakin hangat bersama Cerita Cinta yang tak pernah pudar yang sentiasa tertanam kukuh dalam diriku,,Yang ku harapkan, Bukan insan yang dapat memberikan cintanya padaku, cukuplah cintanya diberikan kepada Yang maha Esa, kerna aku akn merasa tempias Cinta itu darinya,, yang menerima diriku kerana Cintanya Pada Yang Satu..Allah.. Kerna aku selamanya tidak akan pernah sempurna..dan aku selalu berusaha untuk jadi yang terbaik. Itulah persiapanku..

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi tinggalkan comment anda disini ^^

ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com