Sunday 24 February 2013

Puisi Hatiku




Wahai langit malam ,
Sudikah engkau mendengar lagi puisi hatiku,
Puisi luahan jiwaku,

Wahai angin malam,
Inginkah engkau menyelimuti jiwaku ketika ini,
Supaya luka dijiwaku terubat,

Wahai Bintang malam, 
Ingin sekali aku mahu engkau hiburkan jiwaku ketika ini,
Rentak kelipanmu,
membuatkan senyuman terukir indah dibibirku..

Duhai Rembulan,
Wajahmu cukup indah untuk ku selami,
Membuatkan aku sedar,
Betapa besarnya kuasa Sang Pencipta..
Membuatkan aku rebah sujud kepadaNya,
Tanda tunduk mengalah,
Aku hamba yang lemah lagi hina dihadapanNya..

Maafkan aku wahai Pemilik Cinta,
Seringkali aku tersasar dari arus ombak,
Aku tidak berniat Wahai kekasih hatiku,
Apa yang kudambakan hanya menikmati cinta denganMu,,

Aku pasrah, aku redha,
Siapalah diriku ini,
Seorang HambaMu yang tidak lekang dari membuat dosa..

Tapi, aku tidak mahu,
Kerana itu,
Aku semakin jauh dariMu,
Wahai pemilik Hati ini..

Walau seringkali aku rebah tersungkur,
Akan ku kuatkan tubuhku untuk bangun,

Biarlah aku dipandang hina dihadapan MakhlukMu,
Tapi tidak bagiMu,,

Ya Allah, Engkau yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Tuntunlah hatiku ini,
Supaya aku sentiasa dalam RahmatMu..
Bersama kasih sayangMu,
Wahai Tuhan Semesta Alam..



Draft-Sunday, March 18, 2012
10:53 PM 
NUR FARHANA MOHD NAZIR

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi tinggalkan comment anda disini ^^

ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com