Saturday, 19 May 2012

Wanita Memakai Selipar Bersama Stokin


Wanita memakai selipar bersama stokin nampak AWKWARD PADA PANDANGAN MASYARAKAT??? :)

kpd muslimat yg pernah mghadapi situasi sedemikian;
1. jgn rasa benci/marah pada mrk, krn mungkin dia jahil, tidak tahu.
2. jelaskan mengenai aurat dgn hemah dan hikmah sebagaimana method yg Nabi Muhammad SAW ajarkan.

inshaallah mrk akan faham tentang pemakaian stokin yg sebenarnya satu KEWAJIBAN bukan KEHENDAK MASING2,, :).. Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam .. muslimah, its not a bad thing to cover your aurat fully, you showed your love towards Allah if you do so..

Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].
Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].
copy dari : Doodle Dakwah
 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=235111679935878&set=o.245276678825476&type=1&ref=nf
(sumber: http://www.mykhilafah.com/fikih-muslimah/1273-aurat-wanita-muslimah-menurut-syarak )

3 comments:

  1. hihi...baru ja tadi pakai selipar dgn stokin, sbum nie xpernah pun,..tapi xda rasa malu..sbb bagi saya xperlu rasa malu kan kalau kita tutup aurat..^^ apa pun entry yg menarik..

    ReplyDelete
  2. btul 2,,x perlu rasa malu, selagi apa yang kita buat 2 x langgar syariat islam kn..terima kasih..sama2lah kita menjaga Hak Allah,,

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan comment anda disini ^^

ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com