Saturday 14 January 2012

Apabila hidayah Allah menyapa hambanya

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

'oleh kerana hidayah itu jatuh ke hati, maka kurniaan Allah itu adalah dalam bentuk rasa hati yang mendalam; ia berupa ilham dan pengukuhan rasa. dalam tafsir ad-Durrul Mantsur, Iman Sayuti menaqalkan penjelasan Ibn Abbas apabila menafsirkan maksud " Tunjukilah kami jalan yang lurus" sebagai bermaksud: Allah mencampakkan rasa hati agar memilih agama Islam ( jalan hidup beragama) yang sebenar..'
-dipetik dari majalah Q&A-

Alhamdulillah,,x mampu ku luahkan rasa kesyukuran ini..hanya titisan air mata tanda kesyukuran yang dapat menggantikannya,,, Ya Allah..Engkaulah yang Maha Memberi Petunjuk. hanya Engkaulah yang boleh memberi petunjuk atau hidayah kepada sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki.. 
Dalam Al-Quran, Allah berfirman:

"Sesungguhnya Engkau (wahai Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada sesiapa yang Engkau sayangi tetapi Allah jualah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki."
-Al-Qasas: 56-

Subhanallah..sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa.. hari ini, aku lihat sendiri dengan mataku, Nur Hidayah yang disambut oleh hamba-hambaMu.. ketika itu, tiada yang dapat ku ungkapkan hanya butir-butir tasbih yang dapat ku membilang.. Tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat permata hati,,bergembiralah kalian,, kerna Hidaya Allah telah menyapamu..ia bukan sering menyapamu, bahkan mungkin hanya sekali,,dan hargailah peluang itu,,,


"...Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu...." 
-surah 24; an-Nur; ayat 35-

"Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus."
-surah 24; an-Nur; ayat 46-


'Kuatkanlah hati. Kuatkan semangat. Berbanyaklah berdoa kepada Allah agar ditetapkan hati untuk melalui jalanNya ini. Bukan calang-calang orang yang terpilih untuk memiliki HidayahNya. Bersyukurlah jika kita di antara insan-insan yang terpilih untuk kembali kepadaNya.'
pesanan dari ukhti Syauqah wardah


Sesungguhnya, biar kita hilang 'seseorang' atau 'sesuatu' demi Allah. Daripada demi 'seseorang' & 'sesuatu' kita kehilangan Allah. Nauzubillah.


No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi tinggalkan comment anda disini ^^

ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com