Sunday 3 July 2011

Sakit Sebagai Ujian

Bismillahirrahmnirrahim..dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Assalamualaikum w.b.t..
ku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNya...kerana masih menyedarkan siapa aku sebenarnya,bahawa nyawa ini hanya pinjaman yang akan dikembalikan pada bila-bila masa sahaja kepada Pemiliknya...
ketika ini nafas yang berombak-ombak keluar dari rongga hidungku...terkadang batuk, terasa sakit bahagian dada,,,seluruh urat saraf terasa sakit,,nak berjalan pun susah,,,ya Allah..betapa beratnya ujian yang Engkau berikan kepadaku, tapi ia x seberat penderitaan Rasulullah...aku akui itu...bahagian belakangku terasa tercucuk-cucuk,,2 biji paracetamol telah menjadi habuanku..tapi,keaadaanya masih sama,,,x berdaya,,tapi aku kuatkan langkahku,,sentiasa membasahkan bibirku dengan zikir tasbih kepadaMu,,kerna itu penawar bagiku,,walaupun aku tidak mengetahui berapa lama tempoh ujian ini... aku yakin,,ujian yang Engkau berikan kepadaku kerna Engkau sayang kepadaku...kerna ia mengingatkan aku kepadaMu,,
ketika ini..aku merindui belaian lembut oleh ibuku,,,mengusap kepalaku ketika aku jatuh sakit,,tapi sekarang ia adalah bayangan yang sentiasa menjelma dibenakku..hidup sebagai perantau,menuntut ilmuMu ya Allah..aku pasrah..ya Allah, ya Rahman Ya Rahim,,aku tahu, Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,,orang disekelilingku mengambil berat tentangku,,walaupun ia hanya halwa mulut,,tapi ia sentiasa membuatkan aku sentiasa menarik nafas kesyukuran kepadaMu..bahawa Engkaulah penawar itu...

----------------------------------------------------------------
"Sabda Rasulullah SAW, ”Kondisi sehat dan kesempatan luang adalah dua nikmat yang Allah SWT berikan kepada manusia, namun sering mereka lupakan."
----------------------------------------------------------------------------------------




assignment...Subhanallah..Allahuakbar...kuatkan semangatku ya Allah...banyak yang belum aku siapkan...hanya kepadaMu diri ini berserah...

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi tinggalkan comment anda disini ^^

ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com