Showing posts with label bicara hati. Show all posts
Showing posts with label bicara hati. Show all posts

Sunday, 20 April 2014

Ujian Itu Membuatkan Aku Lebih Dekat Dengan Allah

 Bismillahirrahmanirrahim,,,
Setelah sekian lama diri ini tak menulis di ruangan blog ini,, dan dalam tempoh waktu itulah macam2 hal yang berlaku,, dan sehingga kehari ini dan saat ini, hembusan nafas dan deruan darah yang mengalir dalam tubuh ini tidak terucap rasa bersyukur akan segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepadaKu..

ketika ini pun, demam masih belum kebah sepenuhNya,, dan Aku mengucap Syukur KepadaMu Ya Allah, Engkau Datangkan Ujian kepadaku sejurus aku hampir-hampir lemas dengan lautan dunia..
dan Engkau Datangkan kepingan kayu untukku berpaut, walau aku kadang tenggelam timbul dengan pukulan ombak lautan,, tapi aku masih dapat berpaut pada kepingan kayu itu..

Ya Allah.. Janganlah pernah Engkau meninggalkan aku walau sesaat, bahkan sedetik waktu.. kerna aku tidak tahu hidupku tanpaMu pada waktu itu..
dan janganlah Engkau meletakkan kecintaan dalam hatiku selain hanya kepadaMu, walaupun hanya secebis rasa,,, kerana yang aku mahu hatiku hanya dipenuhi dengan CintaMu Ya Allah...

Tuesday, 8 October 2013

Maafkan Aku Teman.. Dan Terima Kasih Atas Segala-galanya.





Aku Sayang Mereka -_-
Entah kenapa aku rasa tersangat menyayangi mereka.
Dan entah bila rasa itu muncul dalam diriku..
yg aku sedar,
rasa itu sudah aku nikmati bersama mereka.
Aku amat perlukan mereka.
Menjadi pendengar setia setiap suka duka ku.
Bagiku, sudah cukup kebahgiaan itu,
bahkan walaupun aku trpksa menghadapi saat getir keseorangan..
aku rela.
Kerana mereka masih setia pnjdi pndngrku.
Dan kini aku sedar bahawa mereka sengsara mndengr keluhanku..
dan aku mengundur diri..
kerna aku syg mereka.
Aku x nk, krn msalahku,
mereka juga turut menderita.
Dan kini aku menderita bersendirian.
Bahkan lebih perit kurasa tanpa mereka berbnding masalah yg aku hadapi sblm ini.
Yg aku harap adalah shbt yg setia mnjadi pndgr ceritaku,
biarlah masalah itu aku tanggung sendirian..
dan aku sekarang bukanlah seperti aku yang dahulu..
aku perlukan waktu,,
untuk aku ubati hati yang lara..
untuk bisa kembali tersenyum,
meskipun senyuman itu adalah topeng belaka..
-anaHubbuLillah-

Friday, 4 October 2013

Itu Semua Bukan Milik Kita


Lirik Lagu Bukan Milik Kita - 6ixth Sense

Ditinggalkan, kehilangan
Bagian hidup kita
Tak usahlah kau tangisi takdir
Tak ada yang abadi di dunia ini
Semua pastikan kembali

Hidup ini sudah tertulis
Tenangkan jiwamu dan hatimu

Ikhlaskanlah, relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Ikhlaskanlah, relakanlah
Semua yang hidup pasti kan mati

Ikhlaskanlah, relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Ikhlaskanlah, relakanlah
Semua yang hidup pasti kan mati

Ikhlaskanlah, relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Ohhhh...
Semua yang hidup pasti kan mati

Hidup bukan milik kita
Hidup bukan milik kita
---------------------------------------------------------------------------

SubhanAllah, Alhamdulillah, AllahuAkbar..



Alhamdulillah.. Sungguh indah aturan Allah.. Hanya kita selaku hambanya yang lemah, terkadang tidak nampak apa hikmah disebalik semua itu..
Alhamdulillah,, Allah campakkan dalam diri ini satu perasaan tanggungjawab untuk membantu sahabat2 semua.


SubhanAllah,, 
Allah hadirkan perasaan ikhlas dalam diri.
tidak dapat menggambarkannya.
sesungguhnya, 
yang aku lakukan adalah kerana Allah,, 
tidak mengharap apa-apa balasan, 
ikhlas dari diri, 
kerana diri ini percaya, itu semua bukan milik kita..
usaha-usaha yang dilakukan ini bukanlah milikku,,
bahkan diri ini akan tinggalkannya pada suatu hari nanti,
jadi aku ikhlaskan..
dan aku rela lepaskan suatu hari nanti.


 moga Allah merahmatiku dan kalian.
Tahniah kepada ahli-ahli baru yang telah dilantik dalam organisasi QM Tahun 2 SESI 2013/2014.
Moga kalian sentiasa dalam rahmat Allah..


Saturday, 21 September 2013

Welcome back 'Hujung Minggu'

Assalamualaikum,, Alhamdulillah... syukur sangat-sangat kepada Allah kerna diberi lagi peluang untuk bernafas dalam iman. Apa khabar Uols,, harapannya.. harap semua sihat-sihat, yang kurang sihat , La Tahzan,Innallaha Ma'ana. Sesungguhnya sakit itu merupakan ujian dari Allah kepada kita supaya kita sentiasa ingat kepadanya, kita ni, bila sakit baru nak ingat Allah,,, Allah! betapa lemahnya kita.. moga-moga kita sentiasa ingat kepada Allah tidak kiralah waktu kita senang ataupun susah #muhasabahDiri


ber'blog' sambil sarapan

ヽ(^o^)丿yey... Rasa macam baru sekarang baru sempat nak update blog,, setelah sekian lama meyepi macam la lama sgt , huhu..

Alhamdulillah sem 3 sedang ditempuh, sebagai pelajar USIM. Dan Allah itu Maha Mengetahui akan keadaan hambaNya, dan tanpa dipinta, Bagaikan mimpi menampar kuat jasad lantas roh terasa menggeletar,lalu peluh mula keluar dari setiap ruang romaku.. SUBHANALLAH!  Tanggungjawab yang berat Allah hadiahkan kepada diri.. ALLAHUAKBAR! Sesungguhnya Allah itu Maha Besar. Aku percaya sepercayanya kepada Allah sepenuh hatiku, aku tahu dan yakin bahawa Allah sedang merancang sesuatu untukku. Aku selaku hamba yang lemah dan hnya penuh dengan kekurangan, hanya mampu mengalirkan air mata dan memanjatkan doa kepadaNya, agar aku sentiasa dibukakan hati, diberikan kefahaman bahawasanya, hikmah disebalik tabir amanah itu,, betapa besar rahsia yang tersirat itu.. Lantas aku redha, dan terima.. ALHAMDULILLAH..

Dan Alhamdulillah, perjumpaan pertama dengan barisan ahli jawatankuasa QM tahun 3dengan Pengerusi dan Tim. Pengerusi yang baru, Allah permudahkan.

Dan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang banyak memberi semangat kepada diri, agar Aku tabah memegang amanah ini. Dan tunjuk ajar dari sahabat-sahabat semua, sangatlah diharpkan.




subjek-subjek arab (ada ag yg xada kt situ- tannum & Dabt, Rasm, Fawassil)



p lbrary pastu jumpa buku2 ni untuk buat Assignment,
moga membantu ^^

Huhu,, entry mcm dah lari dengan tajuk jer..  Apa-apapun gunakanlah hujung minggu ini dengan sebaiknya (Assignment mula bertimbun). sem 3 ni semua subjek-subjek arab kecuali satu jer,,hihi, biasalah graphic..


Sunday, 1 September 2013

Kunci-kunci kebahgiaan

(′ε`) Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. moga semuanya sihat..

Semua nk bahagia kn.. admin pun nak jugak.. Uols pun mesti nak bahagia jugak kan??? - semestinya adaaabi..hehe

Ok2.. kalau kita nak bahagia.. kita mestilah berfikiran positif dan selalu senyum - laaaa... mcm mana nak senyum kalau hati tak gembira a.k.a bahagia. 

Ni la yang admin nak kongsikan.. bila dalaman kita bahagia, automatiknya.. yg zahir pun turut terpamer.. bahkan..orang yang disekeliling Uols yang melihat dan bersama Uols akan tempias merasa kebahgiaan itu.. Allah.. Sungguh hebat bukan.. jom kita intip

screen captured dari watsaap kakak
jom kita amalkan..


Saturday, 31 August 2013

Merdeka???

Admin mulakan dan tinggalkan post kali ini dengan soalan yang ditujukan kepada diri masing2,, mcm mana yang ingin Uols jawabkan, silalah,, jawab dalam hati sudaa..

Anda lihat, Anda tafsirkan..

Sudah MERDEKA kah kita???

Thursday, 22 August 2013

Melawan Nafsu

Assalamualaikum dan salam aidilfitri( mcm dah lmbat jer) hehe, x pe lah.. yg pasti kita sekarang ni dalam bulan syawal.. dah puasa 6 ke?? (Ambe?? Hehe, in progress) moga sempat.

Pejam celik pejam celik, tup2 dah nak balik U dah. Ini bermkna,masa untuk goyang kaki dah x ada..masa untuk berkemas mental dan fizikal meninggalkan tabiat drumah sudah bermula..huhu

Dan Alhamdulillah, time bln pose aritu dpt khatam Al-quran( time sblm ni susah nk khatam2.. hehe) smngt yang baru. Dan time bulan pose aritu jgk my ma n abah balik dgn slmt dr mengerjakan umrah.

Dan dalam sepanjang cuti sem ni, banyak belajar dari ujian, terutama ujian hati( perasaan amarah, lagha, dan sewaktu dgnnya) dan bila kita diuji dan kita cuba hadapi dan melepasi dgn jayanya, seolah2 perasaan yg hidup dalam jiwa kita, sentiasa mengingtkan diri kita kepada Allah itu semakin kuat.

Banyak lagi yang perlu perbaiki diri. Dan kita selaku manusia yang lemah dan tidak dapat lari dari sifat lalai, lupa dan alpa.. sentiasalah memuhasabah diri. Kerna dgn cara itu, iman kita yg sntiasa ada pasang surutnya ini, dapat kita tingkatkan.. lawan nafsu, lawan hasutan syaitan.. ( admin kn, lau ada bisikan2 'halus' yg berbisik.. admin terus menjerit, yarrrghhhhh.... hey syaitan durjana. Jgn kau pernah hasut diri ini.. ALLAHUAKBAR!)

Pe2 pun melawan nafsu bukanlah perkara yang mudah, dan perangi nafsu itu merupakan jihad.

Nafsu sebagai highway syaitan.

Sebagian orang bijak berkata, “Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya.” [Imam Al-Ghazali, Muksyafah al-Qulb, h. 17]

tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang membinasakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga perkara yang menyelamatkan, iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”

Setiap orang mempunyai keinginan untuk membuat kejahatan atau kita lebih kenal ia sebagai hawa nafsu. Ia merupakan musuh utama anak adam dari syaitan. Dengan ini kekuatan syaitan itu terletak pada hawa nafsu. Hawa nafsu selalu mengajak manusia kepada melakukan kemungkaran dan meninggalkan kebaikan, dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti akan binasa.

Saturday, 15 June 2013

Rezeki Dari Allah

2nd price for Musabaqah Aflam Qasirah (MUSAQ 2013). Walaupun berita kegembiraan ini sudah berlalu, tapi banyak memberi pengajaran dan pengalaman yang sangat terkesan. apa-apapun, syukur Alhamdulillah kepada Allah kerna telah memberikan hadiah yang sangat istimewa bagi kami..
terima kasih kepada kengkawan yang sangat berbakat dan banyak membantu dalam proses pembikinan video pendek ini - Nabila - Hasbi - Zulli - Najah - Hafiz - Asyraf - Fazwan - Ustaz Aizuddin - Kawan-kawan BQB3 - Semua yang terlibat -

Walaupun banyak kekurangan yang terdapat dalam video ini, ia sebenarnya melambangkan identiti kumpulan kita, selaku manusia yang selalu melakukan kesilapan. kami semua memang tak jangka langsung yang video kami akan terpilih dalam senarai pemenang kerana persembahan video dari kumpulan lain sangat hebat. dan ini membuatkan diri ini terasa sangat kecil, dan kami telah berusaha yang terbaik untuk video kumpulan kami, dan kami hanya mampu berserah kepada Allah..

'MENANG' tidak menjadi impian utama kami, tetapi kami merasakan Allah telah menghadirkan kemenangan kepada kami terlebih dahulu lagi kerana dengan izinnya, kami berjaya menyiapkan video pendek ini. Dan hadiah ini, selalu mengingatkan kepada diri ini agar sentiasa menjaga diri, tidak kisah lah apa keadaan sekalipun. dan yang penting pengharapan yang tak putus kepada ALLAH itu, membuatkan diri ini sentiasa meletakkan itu sebagai peringatan kepada diri.


klik disini untuk link video kami:  http://www.youtube.com/watch?v=TOk0fBkkFL8

-ALHAMDULILLAH-

Friday, 29 March 2013

Nikmat Yang Tak Pernah Putus

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,, Subhanallah, Alhamdulillah..
Sesungguhnya nikmat yang Engkau berikan kepadaku, tidak pernah putus.

“Jika kamu menghitung-menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya (menghitungnya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” QS. An Nahl : 18.

“Mereka mengetahui nikmat Allah kemudian mereka mengingkarinya, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir.” QS. An Nahl : 83.


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (QS. Ibrahim: 7).




Syukuri yang Sedikit

Dari An Nu’man bin Basyir, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ لَمْ يَشْكُرِ الْقَلِيلَ لَمْ يَشْكُرِ الْكَثِيرَ
“Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak.” (HR. Ahmad, 4/278. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasansebagaimana dalam As Silsilah Ash Shohihah no. 667).

“…Sesungguhnya jika kamu bersykur niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” QS. Ibrahim : 7.

ya Allah, ujian yang Engkau berikan dalam hidupku, aku redha dan aku terima dengan hati terbuka, yang ku harapkan moga dimana tika aku diuji olehMu, kuatkan Hatiku, dan lepaskanlah aku dari ujian itu..
dan semoga ujian itu mendekatkan aku kepadamu bukan sebaliknya.. Na'uzubillah.

Saturday, 2 March 2013

Cerita Itu Antara Aku dan Dirimu

Cerita itu sangat bermakna,
Kerna cerita itu terukir antara aku dan dirimu,
Entah bila cerita itu lesap,
Yang pasti, cerita itu berlaku..
Yang kurasa seperti semalam cerita itu bermula..

Aku cuba menarik hela nafas yang panjang,
Tetapi, nafasku disentak akan cerita itu.
Mungkinkah aku masih berharap, 
Tapi, yang pasti cerita itu sudah berlalu..



Hari-hari yang kurasa, cerita itu bersamaku,
Segar dalam ingatan dan perjalananku,
Berdamping seiring denganku,

Tapi...
Bila ku toleh padanya,,
Cerita itu lesap..
Entah kemana ia menghilang,
Aku lihat disekelililngku..
Yang ada hanyalah bukan cerita itu..



Aku cuba mencari,,
Tapi, bila aku berhenti,,
Yang aku lihat dan rasa..
Ruang yang kosong bersama deruan angin yang menyapa,,
Membelai lembut tubuhku..


Bila aku membuka mata, Aku mula menyedari bahawa Cerita Itu tidak lagi bermakna..aku menerima kenyataan itu,, dan hati aku semakin hangat bersama Cerita Cinta yang tak pernah pudar yang sentiasa tertanam kukuh dalam diriku,,Yang ku harapkan, Bukan insan yang dapat memberikan cintanya padaku, cukuplah cintanya diberikan kepada Yang maha Esa, kerna aku akn merasa tempias Cinta itu darinya,, yang menerima diriku kerana Cintanya Pada Yang Satu..Allah.. Kerna aku selamanya tidak akan pernah sempurna..dan aku selalu berusaha untuk jadi yang terbaik. Itulah persiapanku..

Sunday, 24 February 2013

Puisi Hatiku




Wahai langit malam ,
Sudikah engkau mendengar lagi puisi hatiku,
Puisi luahan jiwaku,

Wahai angin malam,
Inginkah engkau menyelimuti jiwaku ketika ini,
Supaya luka dijiwaku terubat,

Wahai Bintang malam, 
Ingin sekali aku mahu engkau hiburkan jiwaku ketika ini,
Rentak kelipanmu,
membuatkan senyuman terukir indah dibibirku..

Duhai Rembulan,
Wajahmu cukup indah untuk ku selami,
Membuatkan aku sedar,
Betapa besarnya kuasa Sang Pencipta..
Membuatkan aku rebah sujud kepadaNya,
Tanda tunduk mengalah,
Aku hamba yang lemah lagi hina dihadapanNya..

Maafkan aku wahai Pemilik Cinta,
Seringkali aku tersasar dari arus ombak,
Aku tidak berniat Wahai kekasih hatiku,
Apa yang kudambakan hanya menikmati cinta denganMu,,

Aku pasrah, aku redha,
Siapalah diriku ini,
Seorang HambaMu yang tidak lekang dari membuat dosa..

Tapi, aku tidak mahu,
Kerana itu,
Aku semakin jauh dariMu,
Wahai pemilik Hati ini..

Walau seringkali aku rebah tersungkur,
Akan ku kuatkan tubuhku untuk bangun,

Biarlah aku dipandang hina dihadapan MakhlukMu,
Tapi tidak bagiMu,,

Ya Allah, Engkau yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Tuntunlah hatiku ini,
Supaya aku sentiasa dalam RahmatMu..
Bersama kasih sayangMu,
Wahai Tuhan Semesta Alam..



Draft-Sunday, March 18, 2012
10:53 PM 
NUR FARHANA MOHD NAZIR

Tuesday, 12 February 2013

12/2

Assalamualaikum.. moga kita semua dirahmati Allah.. moga setiap amal perbuatan kita, kita niatkan kerana Allah,, dan setiap gerak-geri kita dalam jagaan Allah,, Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, manakan tidak, kita sekarang bernafas dengan keizinan Allah, kerna Allah masih memberi peluang kepada diri kita untuk memperbaiki mana yang rosak, menambah mana yang kurang, memimpin tangan kita tika kita semakin jauh dariNya,, tidakkah kita merasa cukup akan nikmatNya,, betapa banyak sehinggakan tidak mampu dihitung oleh jari hakta kalkulator sekalipun.. ucaplah Alhamdulillah disetiap detik dalam kehidupan kita,, moga kehidupan kita lebih diberkati, tenang dan mendapat jiwa yang tenang, yang jauh dari keluh kesah. yang kita kejar selama ini adalah kehidupan akhirat,dan kita bercucuk tanam selama ini dunia(amal kebajikan), tak lain dan tak bukan adalah untuk mendapat, dan memungut hasil di akhirat kelak..

nota kaki:/pesanan buat kalian, terutama buat diriku yang selalu alpa.

Selamat Hari Lahir Buat Diriku, Nur Farhana Mohd Nazir dan juga SELAMAT HARI LAHIR BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA 12/2. Moga kalian mengucapkan Alhamdulillah, tanda syukur kepada Allah, dan berterima kasih kepada Ibu danAyah anda, kerana sanggup melahirkan(Ibu je la),menjaga dan mendidik kita..
12/2-8 shaaban 1412

Wednesday, 30 January 2013

Diluar Dugaan

sampai sehingga kehari ini, aku sgt bersyukur kerna Allah hadiahkan sesuatu kepadaku yang diluar dugaanku„terima kasih ya Allah, setiap aturannya, aku teliti, subhanallah„Sungguh besar cintaMu pada HambaMu„semuanya untuk mengingatkn aku kepadaMu, bahawasanya, tiada yang lebih besar kuasanya, selain dariMu ya Allah.. ALLAHUAKBAR!

Tuesday, 1 January 2013

Bicara Aku Buat Diri Mu..



aku selalu cuba untuk jadi yang lebih baik,
tapi dalam usaha itu, aku selalu terjatuh,,
maafkan aku wahai teman andai aku pernah melukai dirimu,
kerana aku tidak sekali berniat untuk menykiti dirimu..
aku hanya mahu dipandang oleh Pencipta kita,
semoga kita lebih diredhai,,

aku mungkin insan yang serba kekurangan dan selama-lamanya aku dalam kekurangan..
aku cuba bawa dirimu bersamaku,
sentiasa bersama dalam doaku,

dan aku terpaksa mengalah,
kerana hal yang jelas itu aku takut,
takut Allah akan murka kepadaku..
murka kepada kita..
oleh itu aku menjauhi dirimu,

kerna aku takut,
bila aku bersamamu,
ia membuatkan aku semakin jauh dengn CINTA ku..



bukan maksudku untuk meninggalkan dirimu,
tapi untuk mentarbiahkan dirimu,,
moga dirimu juga berusaha mendapatkan CINTA Illahi..



walaupun dimata dunia,
aku sakit berjauhan daripada mu,
hakikatnya aku bahagia tenggelam dalam lautan CINTA Illahi..

Aku selalu berharap, dirimu juga sedang BERBAHAGIA.

#Nota Kaki: hehe,puisi berani mati,,puisi yang diluar dugaan,,
tetibe dapat ilham,, moga dapat manfaat.. ^_^ (tak percaya lak dapat ilham tulis puisi mcm ni)

Silent Mode

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

kali ini aku biarkan gambar berbicara..

-
-
-
-
-
-
-
-
-


kali ini, biarlah gambar yang berbicara- in silent mode-

Sunday, 30 December 2012

Musim Exam



Tiket bas balik kelantan dah beli, sudah berapa lama tak balik kampung halaman,, rindu dengan buminya.. Subhanallah..
2/1/2012 dah start exam- first paper.. study week ni terasa sgt compact,, kadang-kadang bersama kawan-kawan tenangkan fikiran dengan berkumpul bersama, gurau senda, berkongsi cerita,, teringat waktu di Matrik dulu..rindunya,, moga kalian tabah menghadapi imtihan dunia ini..

Tuesday, 27 November 2012

Sahabat



Aku sayang sahabatku,

Kerana merekalah yang selalu mengingatkan aku ketika aku leka.. 
Agar aku sedar bahawa hidup ini hanyalah sementara.

Merekalah yang membuatkan aku menangis,
Agar aku dapat mengetahui bahawa hidup ini tak selalunya indah.

Merekalah yang membuatkan aku gelak ketawa,
Agar aku bersyukur kerana kebahagiaan itu tidak selalunya hadir.
Merekalah yang membuatkan aku marah, 
Agar aku belajar erti kesabaran kerana marah itu bukan jalan penyelesaiannya.
Mereka amat bermakna bagi driku..
Dan aku akan selalu memutarkan filem memori agar aku sedar,
Sahabat itu bukan untuk dimiliki.

Tetapi untuk dikongsi agar persahabatan itu menjadi indah,
Ukhwah kerana Allah itu sangat indah dan membahagiakan..

Thanks for be my friends~
-Nur Farhana MN-

Sunday, 25 November 2012

Catatan Kecil Seorang Pengembara




Dalam hidupku..
Banyak tempat yang aku jelajahi,
Tetapi, tak sebanyak Pengembara.
Aku banyak memerhati dari berbicara,
Betapa indahnya ciptaan Illahi..

Bila diriku melihat ragam manusia,
Aku akan tersenyum..
Diriku mudah untuk jatuh cinta,
Jatuh cinta pada Hamba Allah yang gerak gerinya, bicaranya, pandangannya semata-mata kerana Allah..

Aku masih tetap bermusafir,
Mencari kasih Illahi pada HambaNya.

Semalam aku menaiki train,
Aku melihat seorang ibu bersama dua orang anak lelakinya.
Kanak-kanak itu tidak henti bergurau senda antara satu sama lain..
Aku masih memerhati gelagat mereka sambil tersenyum..
Indahnya pertalian mereka..
Dalam mereka bergurau senda,
Tanagn si abang tidak semena-mena hinggap di wajah adiknya,,
Si abang terkedu kerana dia tidak sengaja,,
Adiknya terus menahan kesakitan,,
Tapi tiada sedikit suara pun yang keluar dari bibinya..
Si ibu melihat anaknya yang kecil itu terus mengusap lembut wajah anaknya yang terdiam kesakitan,,
Terselah pada wajah si abang perasaan bersalah..
Dia terus memukul wajahnya sendiri,
Ibunya hanya melihat tanpa menghiraukannya,
Tetapi tangan si ibu tidak henti megusap wajah anaknya yang kesakitan itu,,
Si adik mengangkat wajahnya sambil tersenyum..
Dia memandang wajah abangnya,,
Si abang tidak henti memukul wajahnya sendiri,,
Si adik menarik tangan abangnya menjauhi muka..
Dia menggosok wajah abangnya sambil melemparkan senyuman,,
Aku terharu melihat mereka berdua,,
Tiba-tiba si adik menampar wajah abangnya..
Si ibu terkejut,,
Dan mereka bertiga ketawa gembira bersama-sama..
*adiknya bergurau( mereka berdua masih kecil)sweetnya

Tiba-tiba, disebalik senyumanku itu,
Aku terasa kelopak mataku seolah-olah berat,,
Berat menanggung air jernih yang mahu keluar.
Aku mengucap syukur kepada Allah tanpa henti..
Betapa indahnya,jika mereka juga menganggapMu sebagai Tuhan mereka..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Sesungguhnya, Hidayah itu milik Allah..
Aku hanya mampu melemparkan senyuman pada si ibu.

Aku berhenti antara persimpangan landasan train,
Menunggu perjalanan yang seterusnya.
Bola mataku tidak henti-henti mencari..
Tiba-tiba pandanganku terhenti pada satu tubuh yang membuatkan hatiku tertunduk malu,
Wanita itu memakai pakaian yang serba hitam,
Wajahnya yang nan indah dilindungi oleh sehelai kain hitam.
Disampingnya, suaminya menemani,
Aku melihat wajah sang suami itu,
Subhanallah.. Bercahaya..
Aku melihat mereka berdua..
Alhamdulillah..
KasihMu, RahmatMu terzahir pada hambaMu.
Engkau telah memberikannya kepada mereka.

Dan aku masih tetap berjalan bermusafir,,
Mencari kasihMu pada hambaMu,
Kerna itu, aku merasakan seolah-olah aku berada dekat denganMu, Ya Allah..


24 NOV 2012- KTM NILAI
-Catatan Kecil Seorang Pengembara
  Nur Farhana Mohd Nazir

Nota Buat Diri

kata orang, hidayah tidak datang sendiri, tapi dgn usaha.. benarlah,, bahkan ia selalu hadir dalam diri kita bila kita cuba untuk mendekati Pencipta Yang Maha Agung, Allah.. dan mungkin kita akan dapat merasai kehadirannya, ataupun sebaliknya..

selalu ataupun kadang-kadang kita mersakan diri kita dah lakukan yang terbaik, walhal.. usaha itu tidak dipandang disisi Allah,,, na'uzubillah.. moga kita jauh dari itu semua.. lakukanlah sesuatu dalam hidupmu untuk mendapatkan keredhaan Allah.. tolonglah wahai hati,, jika dirimu tundukkan hatimu itu untuk mendapatkan keredhaan Allah semata-mata, pengakhiran atau hasilnya,, kita akan merasakan seolah-olah diri kita dibaluti dengan satu ketenangan yang tidak dapat dihuraikan,, itulah Rahmat Allah,,

nota kaki: diri ini sedang berusaha untuk bersihkan jiwa dari permainan dunia yang kotor,, 

*“Pujuk Pada Hati, Jangan Lama Bersedih Kerana Allah Masih Tetap Bersama Dengan Kita.” ^_^
ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com