Showing posts with label tip-tips. Show all posts
Showing posts with label tip-tips. Show all posts

Saturday, 21 September 2013

Bedak tanaka

ok Uols, nak panjangkan entry kali ini.. nak kongsi-kongsi sikit.

meh nak bagi review ckit pasal bedak tanaka ni..hihi.. 

actually, Iols ni peminat tegar badak sejuk.. x kiralah bedak sejuk apa je,, InsyaAllah Iols dah pernah pakai(kebanyakannya, tp x semualah),, 

kalau yang dulu2 tu.. bedak sejuk yang mak Iols selalu beli kat kedai-kedai kampung tu, Iols rembat je yang mak punyer,hihi.. sekarang pun dah dikomersialkan secara meluas..

mcm ni la rupanyer,, yg mak Iols beli tu, dia
bungkus lam plastik yang diikat dengan getah

pastu lepas beli, mak Iols selalu letak lam bekas, lebih kurang mcm ni la,
senang nk ambil bila nk pakai

sekarang ni lau p mana2 market or mini market, dia packing bedak tu mcm ni pulak,
tapi, sangat beza dengan yang mak Iols beli yang buatan orang kampung tu,
yang ni mcm pekat semacam je, macam kapur makan tu.
budak kecik pun pakai bedak sejuk, comel ^^

see, ano pun pakai,, tabik spring- Toing~

So x pelik la, opah2 kitew, mak cik2 kitew &  pak cik2 kitew, mak2 kitew, ayah2 kitew pakai, sbb budak kecik pun pakai.. tabik spring! Toing~

lepas tu, kakak Iols pulak pakai Bedak Kulit Rambai a.k.a Bedak Tanjung, so tradisi tu diturunkan kepada Iols.. so, bila pakai, muka jadi keras dan tegang gitu,, coz bedak tu kan mengering dimuka, dan Iolas jadikan ia sebagai scrub,, kat badan pun boleh letak,, lepas gosok kat muka, kulit jadi lembut dan  licin bak sutera, huhu..so sesuai la lau nak buang kulit mati kat muka tu, nak buang daki kat badan pun boleh..
bila pakai, nak cakap pun susah,,hihi.. lau ketawa or buat mimik muka yang entah apa-apa tu, alamatnya, pecah berkecai la bedak kat muka tu, jadilah salji kuning yang bertaburan..


ni yang biasa Iols pakai dulu2, baunyer macam herba la sikit,
struktur serbuknyer agak kasar berbanding yang gambar kat bawah ni
(ni pun kira halus dah)
(kurang menyenangkan cikit la)


macam ni la rupanyer,, baunyer wangi..sangat2 wangi,
strukturnyer sesangat la halus, Iols suka yang atas berbanding  yg ni,
coz kesan yang ats tu bila gosok2 kat muka, terasa halus gitu..
selepas zaman berzaman berlalu macam la berzaman sangat yang atas-atas tu dilupakan, biasalah, bila dah ada yang baru, yang lama ditinggalkan, kejam , x dek la,,hihi sebenarnya,, bila dah mula masuk matrik dulu, susah nak dapat benda-benda macam ni, so selalu la jugak bawa dari rumah, tu pun lau balik umah n sempat p beli.

n then lepas tu, kakak Iols yang sorang tu, a.k.a Kakak Cantik, bagi la produk De wajah dia, sangat berkesan padanya, tapi, muka dia dah x ada jerawat, so pakai la set De Wajah yang lain, dan Complex Jerawat tu x habis, ada baki lagi.. so, kakak Iols tu bagi la kat Kitew..so, kitew dengan hati yang mekar mengembang lah, lalu menerimanya..

ni la dia complex jerawat, baunya.. hanya  Tuhan sajalah yang tahu,,
tapi Iols ni sanggup jgk pakai, sampai la habis.


bedak sejuk happy- Thailand
bedak sejuk ni ada sorang mak cik ni suggest kat Iols, katanya muka Iols banyak jerawat. anak lelakinya pun pakai bedak sejuk ni, kata mak cik tu, jerawat anak nyer tu jadi kurang.
Iols n ditemani mak Iols trus la p kedai runcit, beli la bedak ni.. wow, bila pakai, sangat sejuk dan berangin, baunya pun ok la.. dia kena goncang dulu,, kesannya, muka Iols jerawat makin berkurang n mengering,, Iols terus pakai,, smpai satu tahap tu, bedaj sejuk ni dah macam tak berfunction jer (nampaknya muka Iols ni dah permanent agaknyer) sabor je la,, tapi masih pakai sehingga kehari ini, tapi pakai jarang-jarang la bila bedak fav Iols tu habis.

sebelum Iols kenal bedak fav Iols tu...Iols pakai bedak sejuk berherba dari D'HERBS. sangat berkesan, jerawat jadi kecut, dan mula mengering,, warna dia kuning, tapi bila pakai kat muka, kawan Iols kata warna hijau buruk benoo rupe Iols,,sedih,huhu.. tapi, Iols berhati kental,,hihi

bedak sejuk berherba D'Herbs

kan Iols dah bgtau dmula-mula entry lagi yang Iols ni PEMINAT TEGAR BEDAK SEJUK (aacecehhh, siap bold n wrna merah ag tu, Iols mention) so, bila peminat tegar, Iols ni lau pakai bedak sejuk bukan sekali seminggu, bukan 3 kali semnggu, dan buka sekali sehari..(kalau macam tu, dasyatnyer Iols ni,,huuuuuu) Iols akan pakai x kira masa bila sahaja Iols free( x berada diluar la mknanyer, x kan la, muka bertempek bedak sejuk nk p kedai runcit kot, lari bertempiaran la budak2 ni nampaknyer)

so, bila Iols ni pakai sokmo la katakan,, kesan dia pun mungkin dah x beri kesan kat muka Iols,, dah permanent la tu. jadi Iols masih gunakan, tapi kadang-kadang je la..

n then... ok, tiba masanyer... Iols memperkenalkan,, bedak sejuk fav Iols... tepuk tangan la dulu...(akhirnya,,) krik-krik,,, krik-krik,,, =_+ apa la korang ni,, sporting la cikit,,huhu..
ok la, disebabkan Uols setia membaca entry Iols ni yang berliku-liku,, Iols bagitau la jugak,,yey ヽ(^o^)丿 (x payah nak suka la sangat..)

ok ini dia.. BEDAK TANAKA,

Suka2 ^^
harganya berpatutan, senang dipakai, wangi, tidak mengeras dimuka (so, nak buat muka entah apa-apa tu...silakan,,,,) bedak ni dari myammar. jangan risau, ia halal lagi selamat,, pakai pun, selesa jer, jeraawat jadi mengecut.. so sesuai la Iols ni sebagai peminat tegar bedak sejuk. pakai sokmo pun x ada masalah,, lagi kerap pakai, lagi cepat nampak kesannya,, yang hijau tu, perisa limau, bila pakai nak tidoo tu, tenang je rasa... cubalah pakai, x kan menyesal la punyer.. nak tahu function dia a.k.a khasiat or apa2 mengenai bedak tanaka ni, search je kat google , maklumat kan dihujung jari..

p/s: jangan risau, bedak sejuk ni lau tukar-tukar pun x bagi effect apa yang buruk, sebab, kebiasaanya bedak sejuk ni diperbuat dari bahan yang selamat iaitu bahan semula jadi,, so natural la..

#entry diatas ni adalah atas pengalaman Iols sendiri, x dek kena mengena dengan mana-mana pihak, k ^^




Sunday, 1 September 2013

Kunci-kunci kebahgiaan

(′ε`) Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. moga semuanya sihat..

Semua nk bahagia kn.. admin pun nak jugak.. Uols pun mesti nak bahagia jugak kan??? - semestinya adaaabi..hehe

Ok2.. kalau kita nak bahagia.. kita mestilah berfikiran positif dan selalu senyum - laaaa... mcm mana nak senyum kalau hati tak gembira a.k.a bahagia. 

Ni la yang admin nak kongsikan.. bila dalaman kita bahagia, automatiknya.. yg zahir pun turut terpamer.. bahkan..orang yang disekeliling Uols yang melihat dan bersama Uols akan tempias merasa kebahgiaan itu.. Allah.. Sungguh hebat bukan.. jom kita intip

screen captured dari watsaap kakak
jom kita amalkan..


Thursday, 22 August 2013

Bagaimana Cara Mengendalikan Hawa Nafsu?

Assalamu’alaikum

Bagaimana cara mengendalikan hawa nafsu agar tidak terjerumus ke dalam perbuatan yang dibenci Allah.

terima kasih
------------------------------
Saudaraku yang dirahmati Allah SWT, hidup ini adalah perjuangan melawan hawa nafsu (syetan). Kadangkala kita menang dan kadangkala kita kalah melawan hawa nafsu syetan kita.

Imam Ghazali menyebut ada tiga bentuk perlawanan manusia terhadap hawa nafsu:
Yang pertama, nafsu muthmainnah (nafsu yang tenang), yakni ketika iman menang melawan hawa nafsu, sehingga perbuatan manusia tersebut lebih banyak yang baik daripada yang buruk.
Yang kedua, nafsu lawwamah (nafsu yang gelisah dan menyesali dirinya sendiri), yakni ketika iman kadangkala menang dan kadangkala kalah melawan hawa nafsu, sehingga manusia tersebut perbuatan baiknya relatif seimbang dengan perbuatan buruknya.
Yang ketiga adalah nafsu la’ammaratu bissu’ (nafsu yang mengajak kepada keburukan), yakni ketika iman kalah dibandingkan dengan hawa nafsu, sehingga manusia tersebut lebih banyak berbuat yang buruk daripada yang baik.
Coba Anda renungkan, termasuk manakah Anda?

Kalau saya bersangka baik kepada Anda, maka saya menilai Anda masih termasuk kelompok yang pertama, yaitu nafsu muthmainnah. Memang salah satu ciri orang yang termasuk nafsu muthmainnah adalah segera sadar dan gelisah terhadap perbuatannya yang buruk. Walaupun ia melakukan perbuatan buruk yang kecil, tetapi sudah dianggapnya besar, sehingga ia selalu hati-hati dalam melangkah. Menurut saya, Anda perlu bersyukur kepada Allah SWT karena Anda memiliki ‘sensifitas yang tinggi’ terhadap perbuatan dosa. Dan ini adalah ciri orang-orang yang bertaqwa.

Jadi saran saya, sebaiknya kita segera meninggalkan perbuatan yang dibenci Allah sebelum jauh melangkah. Sebab kalau sudah menjadi kebiasaan akan sulit untuk menghilangkannya.

Sedangkan untuk mengendalikan hawa nafsu, sebaiknya Anda melakukan langkah-langkah sebagai berikut : 1. Banyak melakukan ibadah, terutama ibadah-ibadah sunnah (sholat dhuha, tahajud, baca Al Qur’an, dll). Sebab makanan hati yang bersih adalah ibadah. 2. Minta kepada Allah dengan sungguh-sungguh (berdoa) agar keinginan Anda semakin kuat untuk meninggalkan hal-hal yang buruk.

Saya doakan semoga Anda menjadi orang yang lebih sholih dan mampu meninggalkan kebiasaan yang buruk. Amiin ya Robbal Alamin.

Salam Berkah!

(Satria Hadi Lubis)

Sumber: http://m.eramuslim.com/konsultasi/motivasi/bagaimana-cara-mengendalikan-hawa-nafsu.htm

Melawan Nafsu

Assalamualaikum dan salam aidilfitri( mcm dah lmbat jer) hehe, x pe lah.. yg pasti kita sekarang ni dalam bulan syawal.. dah puasa 6 ke?? (Ambe?? Hehe, in progress) moga sempat.

Pejam celik pejam celik, tup2 dah nak balik U dah. Ini bermkna,masa untuk goyang kaki dah x ada..masa untuk berkemas mental dan fizikal meninggalkan tabiat drumah sudah bermula..huhu

Dan Alhamdulillah, time bln pose aritu dpt khatam Al-quran( time sblm ni susah nk khatam2.. hehe) smngt yang baru. Dan time bulan pose aritu jgk my ma n abah balik dgn slmt dr mengerjakan umrah.

Dan dalam sepanjang cuti sem ni, banyak belajar dari ujian, terutama ujian hati( perasaan amarah, lagha, dan sewaktu dgnnya) dan bila kita diuji dan kita cuba hadapi dan melepasi dgn jayanya, seolah2 perasaan yg hidup dalam jiwa kita, sentiasa mengingtkan diri kita kepada Allah itu semakin kuat.

Banyak lagi yang perlu perbaiki diri. Dan kita selaku manusia yang lemah dan tidak dapat lari dari sifat lalai, lupa dan alpa.. sentiasalah memuhasabah diri. Kerna dgn cara itu, iman kita yg sntiasa ada pasang surutnya ini, dapat kita tingkatkan.. lawan nafsu, lawan hasutan syaitan.. ( admin kn, lau ada bisikan2 'halus' yg berbisik.. admin terus menjerit, yarrrghhhhh.... hey syaitan durjana. Jgn kau pernah hasut diri ini.. ALLAHUAKBAR!)

Pe2 pun melawan nafsu bukanlah perkara yang mudah, dan perangi nafsu itu merupakan jihad.

Nafsu sebagai highway syaitan.

Sebagian orang bijak berkata, “Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya.” [Imam Al-Ghazali, Muksyafah al-Qulb, h. 17]

tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang membinasakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga perkara yang menyelamatkan, iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”

Setiap orang mempunyai keinginan untuk membuat kejahatan atau kita lebih kenal ia sebagai hawa nafsu. Ia merupakan musuh utama anak adam dari syaitan. Dengan ini kekuatan syaitan itu terletak pada hawa nafsu. Hawa nafsu selalu mengajak manusia kepada melakukan kemungkaran dan meninggalkan kebaikan, dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti akan binasa.

ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com