Showing posts with label puisi hatiku. Show all posts
Showing posts with label puisi hatiku. Show all posts

Tuesday, 8 October 2013

Maafkan Aku Teman.. Dan Terima Kasih Atas Segala-galanya.





Aku Sayang Mereka -_-
Entah kenapa aku rasa tersangat menyayangi mereka.
Dan entah bila rasa itu muncul dalam diriku..
yg aku sedar,
rasa itu sudah aku nikmati bersama mereka.
Aku amat perlukan mereka.
Menjadi pendengar setia setiap suka duka ku.
Bagiku, sudah cukup kebahgiaan itu,
bahkan walaupun aku trpksa menghadapi saat getir keseorangan..
aku rela.
Kerana mereka masih setia pnjdi pndngrku.
Dan kini aku sedar bahawa mereka sengsara mndengr keluhanku..
dan aku mengundur diri..
kerna aku syg mereka.
Aku x nk, krn msalahku,
mereka juga turut menderita.
Dan kini aku menderita bersendirian.
Bahkan lebih perit kurasa tanpa mereka berbnding masalah yg aku hadapi sblm ini.
Yg aku harap adalah shbt yg setia mnjadi pndgr ceritaku,
biarlah masalah itu aku tanggung sendirian..
dan aku sekarang bukanlah seperti aku yang dahulu..
aku perlukan waktu,,
untuk aku ubati hati yang lara..
untuk bisa kembali tersenyum,
meskipun senyuman itu adalah topeng belaka..
-anaHubbuLillah-

Saturday, 2 March 2013

Cerita Itu Antara Aku dan Dirimu

Cerita itu sangat bermakna,
Kerna cerita itu terukir antara aku dan dirimu,
Entah bila cerita itu lesap,
Yang pasti, cerita itu berlaku..
Yang kurasa seperti semalam cerita itu bermula..

Aku cuba menarik hela nafas yang panjang,
Tetapi, nafasku disentak akan cerita itu.
Mungkinkah aku masih berharap, 
Tapi, yang pasti cerita itu sudah berlalu..



Hari-hari yang kurasa, cerita itu bersamaku,
Segar dalam ingatan dan perjalananku,
Berdamping seiring denganku,

Tapi...
Bila ku toleh padanya,,
Cerita itu lesap..
Entah kemana ia menghilang,
Aku lihat disekelililngku..
Yang ada hanyalah bukan cerita itu..



Aku cuba mencari,,
Tapi, bila aku berhenti,,
Yang aku lihat dan rasa..
Ruang yang kosong bersama deruan angin yang menyapa,,
Membelai lembut tubuhku..


Bila aku membuka mata, Aku mula menyedari bahawa Cerita Itu tidak lagi bermakna..aku menerima kenyataan itu,, dan hati aku semakin hangat bersama Cerita Cinta yang tak pernah pudar yang sentiasa tertanam kukuh dalam diriku,,Yang ku harapkan, Bukan insan yang dapat memberikan cintanya padaku, cukuplah cintanya diberikan kepada Yang maha Esa, kerna aku akn merasa tempias Cinta itu darinya,, yang menerima diriku kerana Cintanya Pada Yang Satu..Allah.. Kerna aku selamanya tidak akan pernah sempurna..dan aku selalu berusaha untuk jadi yang terbaik. Itulah persiapanku..

Sunday, 24 February 2013

Puisi Hatiku




Wahai langit malam ,
Sudikah engkau mendengar lagi puisi hatiku,
Puisi luahan jiwaku,

Wahai angin malam,
Inginkah engkau menyelimuti jiwaku ketika ini,
Supaya luka dijiwaku terubat,

Wahai Bintang malam, 
Ingin sekali aku mahu engkau hiburkan jiwaku ketika ini,
Rentak kelipanmu,
membuatkan senyuman terukir indah dibibirku..

Duhai Rembulan,
Wajahmu cukup indah untuk ku selami,
Membuatkan aku sedar,
Betapa besarnya kuasa Sang Pencipta..
Membuatkan aku rebah sujud kepadaNya,
Tanda tunduk mengalah,
Aku hamba yang lemah lagi hina dihadapanNya..

Maafkan aku wahai Pemilik Cinta,
Seringkali aku tersasar dari arus ombak,
Aku tidak berniat Wahai kekasih hatiku,
Apa yang kudambakan hanya menikmati cinta denganMu,,

Aku pasrah, aku redha,
Siapalah diriku ini,
Seorang HambaMu yang tidak lekang dari membuat dosa..

Tapi, aku tidak mahu,
Kerana itu,
Aku semakin jauh dariMu,
Wahai pemilik Hati ini..

Walau seringkali aku rebah tersungkur,
Akan ku kuatkan tubuhku untuk bangun,

Biarlah aku dipandang hina dihadapan MakhlukMu,
Tapi tidak bagiMu,,

Ya Allah, Engkau yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Tuntunlah hatiku ini,
Supaya aku sentiasa dalam RahmatMu..
Bersama kasih sayangMu,
Wahai Tuhan Semesta Alam..



Draft-Sunday, March 18, 2012
10:53 PM 
NUR FARHANA MOHD NAZIR

Tuesday, 1 January 2013

Bicara Aku Buat Diri Mu..



aku selalu cuba untuk jadi yang lebih baik,
tapi dalam usaha itu, aku selalu terjatuh,,
maafkan aku wahai teman andai aku pernah melukai dirimu,
kerana aku tidak sekali berniat untuk menykiti dirimu..
aku hanya mahu dipandang oleh Pencipta kita,
semoga kita lebih diredhai,,

aku mungkin insan yang serba kekurangan dan selama-lamanya aku dalam kekurangan..
aku cuba bawa dirimu bersamaku,
sentiasa bersama dalam doaku,

dan aku terpaksa mengalah,
kerana hal yang jelas itu aku takut,
takut Allah akan murka kepadaku..
murka kepada kita..
oleh itu aku menjauhi dirimu,

kerna aku takut,
bila aku bersamamu,
ia membuatkan aku semakin jauh dengn CINTA ku..



bukan maksudku untuk meninggalkan dirimu,
tapi untuk mentarbiahkan dirimu,,
moga dirimu juga berusaha mendapatkan CINTA Illahi..



walaupun dimata dunia,
aku sakit berjauhan daripada mu,
hakikatnya aku bahagia tenggelam dalam lautan CINTA Illahi..

Aku selalu berharap, dirimu juga sedang BERBAHAGIA.

#Nota Kaki: hehe,puisi berani mati,,puisi yang diluar dugaan,,
tetibe dapat ilham,, moga dapat manfaat.. ^_^ (tak percaya lak dapat ilham tulis puisi mcm ni)

Tuesday, 27 November 2012

Sahabat



Aku sayang sahabatku,

Kerana merekalah yang selalu mengingatkan aku ketika aku leka.. 
Agar aku sedar bahawa hidup ini hanyalah sementara.

Merekalah yang membuatkan aku menangis,
Agar aku dapat mengetahui bahawa hidup ini tak selalunya indah.

Merekalah yang membuatkan aku gelak ketawa,
Agar aku bersyukur kerana kebahagiaan itu tidak selalunya hadir.
Merekalah yang membuatkan aku marah, 
Agar aku belajar erti kesabaran kerana marah itu bukan jalan penyelesaiannya.
Mereka amat bermakna bagi driku..
Dan aku akan selalu memutarkan filem memori agar aku sedar,
Sahabat itu bukan untuk dimiliki.

Tetapi untuk dikongsi agar persahabatan itu menjadi indah,
Ukhwah kerana Allah itu sangat indah dan membahagiakan..

Thanks for be my friends~
-Nur Farhana MN-

Monday, 19 November 2012

Terima Kasih

me n my friends(quran multimedia 1st year-1st sem)
at Family Day FPQS


terima kasih kerana mengisi ruang hidup nor dan menjadiknnya indah,,,
Cinta yang terindah, 
bilamana kehangatan Cinta seorang hamba kepada Penciptanya,,
terima kasih kerana selalu mengingatkan nor kepada Allah..

Alhamdulillah,,, TERIMA KASIH YA ALLAH~
ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com