Saturday, 15 June 2013

Peringatan Buat Diri


Rezeki Dari Allah

2nd price for Musabaqah Aflam Qasirah (MUSAQ 2013). Walaupun berita kegembiraan ini sudah berlalu, tapi banyak memberi pengajaran dan pengalaman yang sangat terkesan. apa-apapun, syukur Alhamdulillah kepada Allah kerna telah memberikan hadiah yang sangat istimewa bagi kami..
terima kasih kepada kengkawan yang sangat berbakat dan banyak membantu dalam proses pembikinan video pendek ini - Nabila - Hasbi - Zulli - Najah - Hafiz - Asyraf - Fazwan - Ustaz Aizuddin - Kawan-kawan BQB3 - Semua yang terlibat -

Walaupun banyak kekurangan yang terdapat dalam video ini, ia sebenarnya melambangkan identiti kumpulan kita, selaku manusia yang selalu melakukan kesilapan. kami semua memang tak jangka langsung yang video kami akan terpilih dalam senarai pemenang kerana persembahan video dari kumpulan lain sangat hebat. dan ini membuatkan diri ini terasa sangat kecil, dan kami telah berusaha yang terbaik untuk video kumpulan kami, dan kami hanya mampu berserah kepada Allah..

'MENANG' tidak menjadi impian utama kami, tetapi kami merasakan Allah telah menghadirkan kemenangan kepada kami terlebih dahulu lagi kerana dengan izinnya, kami berjaya menyiapkan video pendek ini. Dan hadiah ini, selalu mengingatkan kepada diri ini agar sentiasa menjaga diri, tidak kisah lah apa keadaan sekalipun. dan yang penting pengharapan yang tak putus kepada ALLAH itu, membuatkan diri ini sentiasa meletakkan itu sebagai peringatan kepada diri.


klik disini untuk link video kami:  http://www.youtube.com/watch?v=TOk0fBkkFL8

-ALHAMDULILLAH-

Saturday, 8 June 2013

Keterbatasan dengan teknologi??



Moga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.. kali ini agak kelainan bagi nor meng'update' my blog.. kebiasaannya skrin laptop menjadi tatapan bg nor.. ttp, kali ini lain pula.. skrin yg besar saiznya telapak tangan menjadi tempat nor menekan-nekannya.. (phone baru la katakan).. sudah lama nor tak update with any entry.. rindu sgt2..
Untuk pengetahuan, lusa merupakan 1st my paper.. mgkin dah jarang luangkan masa disini dsebabkan kesibukan diri dengan task2 U..
apa2 pun banyak sangat yang mahu dkongsi dsini..  ttp, oleh kerana keterbatasan dengan teknologi.. merasakan agak sunyi dan sepi dr orang2 yg tercinta.. rasa rindu utk brtemu dgn keluarga tercinta smakin hangat terasa..
walau khadiran teknologi dpt menjadi pengubat rindu.. sejauh manakah ia dapat menjadi penawar rindu ini..
tnpa kta sedari, kita dah smakin jauh ktinggalan dibelakang bersama2 teknologi yg slama ini kta agung2kan.. kta lupa penawar yg mujarab dan tdk merugikan kita apa2.. iaitu DOA. Doa kita kpd Allah buat orang2 yang kita sayang.. dan dsitulah bicara kata yang benar2 ikhlas terpancul dr bibir kita.. dan dgn doa itulah yg akan membuat kita merasakan kita smakin dekat dgn pencipta kita.. bahkan kita smakin maju khadapan kerna kyakinan dan kpercayaan kta kpd Allah.. kita serahkan segala-galanya dlm khdpn kita hanya kpd yg satu, Yang Maha Berkuasa,ALLAH.
 

Sunday, 28 April 2013

Explorace TOPV USIM


Alhamdulillah,,hari ini telah selesai Rehlah TOPV @ Taman Botani, banyak sangat perkara yang perlu diambil berat. setiap checkpoint banyak menyedarkan diri, terutama mengenai apa yang berlaku di palestin.. farhana telah diletakkan didalam kump 2- warna pink- seronok sangat bersama-sama sahabat baru.

Semoga kita semua lebih cakna kepada saudara kita disana~


kami ditugaskan untuk menghafal ayat 4-8 surah Al-Isra'

peserta n urusetia Rehlah TOPV @Taman Botani

Friday, 29 March 2013

Nikmat Yang Tak Pernah Putus

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,, Subhanallah, Alhamdulillah..
Sesungguhnya nikmat yang Engkau berikan kepadaku, tidak pernah putus.

“Jika kamu menghitung-menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya (menghitungnya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” QS. An Nahl : 18.

“Mereka mengetahui nikmat Allah kemudian mereka mengingkarinya, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir.” QS. An Nahl : 83.


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (QS. Ibrahim: 7).




Syukuri yang Sedikit

Dari An Nu’man bin Basyir, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ لَمْ يَشْكُرِ الْقَلِيلَ لَمْ يَشْكُرِ الْكَثِيرَ
“Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak.” (HR. Ahmad, 4/278. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasansebagaimana dalam As Silsilah Ash Shohihah no. 667).

“…Sesungguhnya jika kamu bersykur niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” QS. Ibrahim : 7.

ya Allah, ujian yang Engkau berikan dalam hidupku, aku redha dan aku terima dengan hati terbuka, yang ku harapkan moga dimana tika aku diuji olehMu, kuatkan Hatiku, dan lepaskanlah aku dari ujian itu..
dan semoga ujian itu mendekatkan aku kepadamu bukan sebaliknya.. Na'uzubillah.
ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com