Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts

Saturday, 19 May 2012

Wanita Memakai Selipar Bersama Stokin


Wanita memakai selipar bersama stokin nampak AWKWARD PADA PANDANGAN MASYARAKAT??? :)

kpd muslimat yg pernah mghadapi situasi sedemikian;
1. jgn rasa benci/marah pada mrk, krn mungkin dia jahil, tidak tahu.
2. jelaskan mengenai aurat dgn hemah dan hikmah sebagaimana method yg Nabi Muhammad SAW ajarkan.

inshaallah mrk akan faham tentang pemakaian stokin yg sebenarnya satu KEWAJIBAN bukan KEHENDAK MASING2,, :).. Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam .. muslimah, its not a bad thing to cover your aurat fully, you showed your love towards Allah if you do so..

Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].
Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].
copy dari : Doodle Dakwah
 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=235111679935878&set=o.245276678825476&type=1&ref=nf
(sumber: http://www.mykhilafah.com/fikih-muslimah/1273-aurat-wanita-muslimah-menurut-syarak )

Tuesday, 15 May 2012

Titipan Buat Saudari Permata Hati


Perkara yang paling utama yang ku ingin dalam hidupku ialah..mencintai dan dicintai oleh Allah dan Rasulullah. Aku ingin menjadi anak yang solehah buat ibu bapaku,, aku sayang mereka.. mungkin aku tidak dapat berikan kepada mereka kepuasan didunia,,tapi aku janji,,aku tidak akan hampakan mereka untuk akhirat kelak..aku bukanlah yang terbaik dari yang baik,,bahkan aku lebih terbelakang dari mereka itu, tapi, aku sentiasa berusaha untuk menjadi Hamba Allah yang baik..Ya Allah, bantulah aku, hambaMu ini..



Aku bersyukur kepada Allah atas nikmat yang telah diberikan kepadaku yang tak mampu terhitung oleh ku.. aku bersyukur sekarang ini, kerna aku masih tetap bernafas dalam nikmat agama islamMu, ya Allah.. walaupun terkadang aku sering lupa kepadaMu, tapi peringatanMu tidak pernah sunyi dari bertandang dalam jiwaku,,dan aku menyambutnya dengan rendahnya hati.




Dalam aku merenung melihat langit nan luas terbentang, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar,, aku amat bersyukur kepadaMu, Wahai tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. aku bersyukur dengan apa yang telah Engkau tetapkn dalam hidupku.. terima kasih ya Allah..


Aku ingin sekali bisikkan ayat-ayatMu dalam jiwa hamba-hambaMu, moga mereka lena dalam CintaMu, Cinta Illahi..

Firman Allah s.w.t:
maksudnya:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.


Ya Allah, sedih sekali bila ku lihat bunga-bunga seusiaku, merendahkan diri rebah ke bumi, duri-durinya tidak lagi melindungi dirinya,, bahkan mereka lebih jauh cantik daripadai cantiknya permata.. Dan aku akui, semua makhluk ciptaanMu,adalah sempurna.. dan aku bersyukur dengan apa yang telah Engkau kurniakan kepadaku.. walaupun kelopak bungaku tidak semekar bunga-bunga yang lain, dan warnanya tidak menarik,,aku cuba perkuatkan duri disekeliling tubuhku,, kerna hanya bila waktu itu kan tiba, aku akan hanya benarkan yang halal bagiku untuk memetik diriku..



wahai sang bunga-bunga yang indahnya dirimu, mekarmu mempesonakan, harumanmu sungguh mengasyikkan.. budi pekertimu sangat lembut,terkadang engkau tegaskan dirimu mempertahankan hakmu,,bicaramu sungguh merdu bak buluh perindu,gerak-gerimu sungguh teratur, berwaspada pada yang melihat dirimu,,lirikan matamu bak tajamnya pedang,memerhati kebesaran Allah..



wahai saudari-saudariku, jagalah dirimu,,tidak ada sedikit kerugian bagimu bila engkau menjaga syariat islam yang telah digariskan keatasmu duhai saudari-saudariku yang hatinya sangat lembut bak sutera..terkadang aku iri hati melihat kecantikan dirimu,,dan pada masa yang sama aku menangis simpati kepadamu,,kerna engkau mempamer-pamerkan hiasan indahmu itu pada manusia yang rakus untuk mendapatkan madumu itu,,sedangkan engkau sepatutnya, melindunginya, menjaganya,,biar tiada siapa yang tahu betapa indahnya perhiasan pada dirimu,,



tidakkah engkau terasa malu wahai saudari yang ku sayangi,,hiasilah perasaan malu dalam jiwamu,, kerna engkaulah sebaik-baik wanita,, aku tahu, dalam dirimu masih ada lagi benih iman, tapi tidak engkau sirami ia dengan butir-butir Cinta Allah.. sehinggakan ia tidak lagi bercambah dalam jiwamu. Wahai saudari permata hati, belum terlambat lagi buat dirimu untuk menyiramkan benih itu agar ia tumbuh indah kukuh dalam dirimu.. dan dirimu mekar mewangi sebagai muslimah solehah..insyaAllah..

Wednesday, 2 May 2012

CINTA NAILAH AL-FARAFISHAH

Tamadhar, isteri mulia, Abdurrahman ibn 'Auf berkata kepada Usman ibn Affan Radiyallahu 'anhu, "Bersediakah engkau menikah dengan puteri pamanku, seorang gadis yang cantik, tubuhnya padat, pipinya lembut dan fikirannya cerdik?"

"Insya Allah", jawab Usman, "Siapakah dia?"

"Nailah binti al-Farafishah al-Kalbiyah"



Sesudah menikah, Usman bertanya pada Nailah, "Pastinya kau tidak suka melihat ketuaanku ini?"

Nailah tersenyum dan menunduk sambil berkata, "Saya termasuk wanita yang lebih suka memiliki suami lebih tua."

"Tapi aku telah jauh melampaui ketuaanku?"

Kembali Nailah tersenyum dan berkata, "Tapi masa mudamu sudah kau habiskan bersama Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Dan itu jauh lebih aku sukai dari segala-galanya."


Dia seorang wanita yang cantik dan akhlaknya,isteri Khlifah Uthman bin Affan.Seorang isteri yang ikhlas,setia dan taat pada suami.Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy,mempunyai ayah penganut agama nasrani namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu.Inidisebabkan kelebihan kecantikkan,kebijaksanaan,kefasihan lidahnya serta kematanganfikirannya.

Nailah hidup dirumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan.Ketika pengepungan selama 50 hari,rumah Khalifah Uthman,org yg tidak berengang daripadaKhalifah Uthman ialah Nailah.Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumahKhalifah dengan batu-batu dan panah.Tiga orang telah terbunuh.Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah,namun masih ada dua orang yg melanggar perintah itu.Muhammad binAbu Bakar yg mengetuai pembelotan itu.Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah danmemanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yg ikal.Khalifah menegurnya

"Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripadanyawaku".

Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah,yg penting baginya ketikaitu adalah melindungi suaminya.Kedua lelaki tersebut telah berada dihadapannya.Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya.Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut.Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar,dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jaritangan yang lain.Muhammad mencabut janggut Khalifah,memukul kepala dan menikamnya.Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup .Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah,badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah.Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak.

Sesudah pembunuhan itu,tidak seorg pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau.sehingga Nailah menghantar utusan kepada Jubair binHizam dan Huwaitib bin Abd Uzza.mereka tidak berani mengebumikannya di waktusiang.Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazahKhalifah.Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umatislam. Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi

"Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jikayang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggar perjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah".

Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut olehMuhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong. Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak danmematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya,

"Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?".

Lalu Nailah menjawab,

"Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".

Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nailah banyak mengubah sajak dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman.Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya.

~Ya Allah,jadikanlah hati hamba sekuat & seindah hati NAILAH AL-FARAFISHAH.Amin...~

Tuesday, 27 March 2012

Agar bidadari cemburu kepadamu

Berdoa memohon kepada Allah dengan hati tertunduk dan dilinangi air mata kekhusyukan yang mendalam, berharapkan Allah memberi kekuatan untuk menjadi wanita solehah



Agar Bidadari Cemburu Padamu – Women of Heaven

Oleh : BroHamzah

Dedikasi buatmu Muslimah Solehah,
Untuk saudariku, yang telah berikrar setia dan menunaikan tugas mulia sebagai Muslimah
Bersabar menghadapi berbagai rintangan hidup
Yang sentiasa berupaya mewujudkan cita-cita mulia dan hanya mengharapkan keridhaan Allah SWT.



Akhlakmu begitu indah, sopan dan sejuk mata memandang
Tutur bicaramu tersusun atur mudah berkata-kata indah
Penampilanmu menepati syara dan malu menjadi pakaian utamamu
Perjalanan hidupmu dihiasi dengan perjuangan hakiki

Akhlakmu adalah perhiasan yang bersinar cerah menyinari alam ini.



Ketahuilah wahai saudariku muslimah solehah,
Tidak akan pernah kita temui kenikmatan hakiki tanpa perjuangan sejati, tidak pernah kita jumpai kebahagiaan tertinggi tanpa pengorbanan tiada henti. Apa yang kita persembahkan untuk meninggikan agama Allah tidak pernah sia-sia.
Ibarat cahaya, ia akan sentiasa menerangi,
Ibarat pohon rindang, ia akan menaungi,
Ibarat bunga mawar, ia sentiasa harum mewangi

Di mana jua ia berada, dia adalah muslimah sejati


Senyumanmu, akhlakmu, budi pekertimu, sahsiahmu adalah kekuatan, kemewahan dan kekayamu yang sebenar.
Jadilah dirimu yang sebenar sesuci fitrah insani, agar disayangi makhluk duniawi dan dirindui hati-hati yang mencintai Ilahi.
Agar Bidadari di syurga, mencemburui mu kerana mutiara berharga yang terpendam di dalam dirimu
Peliharalah dirimu dan perindahkanlah keperibadian mu
Agar dirimu menjadi wanita muslimah solehah yang sebenar.

ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com