Sunday, 17 March 2013

KARNIVAL MAINS- FLASHMOB PALESTIN USIM

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. nervous yang teramat bila berada diatas pentas, macam kanak2 ribena pun ada rasanya---> pegang poster. Alhamdulillah, masa yang Allah berikan, diisi dgn sebaiknya. sejak akhir-akhir ni terlalu sibuk dgn task. Alhamdulillah,, semalam hadir kuliah maghrib di surau KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH, yang disampaikan oleh Ustaz Razif Fuad, banyak yang dapat untuk pengisian hati.

moga diri ini tidak lalai dari tanggungjawab sebagai Hamba ALLAH.. moga Allah sentiasa menjaga hati ini. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Engkau selalu berikan sesuatu yang baik untukku, tetapi aku selalu lalai dari mengingatiMu ya Allah. moga aku ditetapkan hati untuk sentisa berada diatas jalan Allah..Allahuakbar-

di KARNIVAL MAINS-15/3/2013
setelah selesai persembahan

Sunday, 10 March 2013

Tahniah Semua- Flashmob Palestin USIM

like3

Alhamdulillah..Allah permudahkan untuk semua.. Sesungguhnya, usaha ini tidak cukup, tapi, moga ia  memberi kesedaran kepada kita semua..sumbangan kami buat Islam.

Terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu menjayakan.. respond dari seorang sahabat:
bestt sngat.. mmg tersmpai mesej yng nak disampaikan .. mabrukk semua.. "
- terima kasih sekali lagi diucapkan,,terutama team FlashMob Palestin Usim dan team2 yang lain (volunteer palestin).. mereka banyak membantu,,tak lupa juga orang kuat team Flashmob Palestin- kak myla ,sahabat ana yang banyak membantu Afifah , Aisyah ,taqia dan my roomate, sudi menjadi sebahagian dari kami -misbah

dan InsyaAllah kami akan membuat Flash Mob di :
KARNIVAL MAINS
tarikh: 15 MAC 2013
tempat: kompleks belia paroi, Seremban
masa: 8-11 malam (ada konsert SAVE GAZA bersama inteam dan Muadz Dzulkefly)
- moga Allah permudahkan urusan kami-- moga Allah redha

bergambar setelah selesainya Flash Mob- 8/3/2013

K-E-T-I-K-A




Saturday, 2 March 2013

Cerita Itu Antara Aku dan Dirimu

Cerita itu sangat bermakna,
Kerna cerita itu terukir antara aku dan dirimu,
Entah bila cerita itu lesap,
Yang pasti, cerita itu berlaku..
Yang kurasa seperti semalam cerita itu bermula..

Aku cuba menarik hela nafas yang panjang,
Tetapi, nafasku disentak akan cerita itu.
Mungkinkah aku masih berharap, 
Tapi, yang pasti cerita itu sudah berlalu..



Hari-hari yang kurasa, cerita itu bersamaku,
Segar dalam ingatan dan perjalananku,
Berdamping seiring denganku,

Tapi...
Bila ku toleh padanya,,
Cerita itu lesap..
Entah kemana ia menghilang,
Aku lihat disekelililngku..
Yang ada hanyalah bukan cerita itu..



Aku cuba mencari,,
Tapi, bila aku berhenti,,
Yang aku lihat dan rasa..
Ruang yang kosong bersama deruan angin yang menyapa,,
Membelai lembut tubuhku..


Bila aku membuka mata, Aku mula menyedari bahawa Cerita Itu tidak lagi bermakna..aku menerima kenyataan itu,, dan hati aku semakin hangat bersama Cerita Cinta yang tak pernah pudar yang sentiasa tertanam kukuh dalam diriku,,Yang ku harapkan, Bukan insan yang dapat memberikan cintanya padaku, cukuplah cintanya diberikan kepada Yang maha Esa, kerna aku akn merasa tempias Cinta itu darinya,, yang menerima diriku kerana Cintanya Pada Yang Satu..Allah.. Kerna aku selamanya tidak akan pernah sempurna..dan aku selalu berusaha untuk jadi yang terbaik. Itulah persiapanku..

Tuesday, 26 February 2013

Berzikir Mengingati Allah


“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Ar-Ra’d 13:28)
via- Stellar -Tumblr

Sunday, 24 February 2013

Puisi Hatiku




Wahai langit malam ,
Sudikah engkau mendengar lagi puisi hatiku,
Puisi luahan jiwaku,

Wahai angin malam,
Inginkah engkau menyelimuti jiwaku ketika ini,
Supaya luka dijiwaku terubat,

Wahai Bintang malam, 
Ingin sekali aku mahu engkau hiburkan jiwaku ketika ini,
Rentak kelipanmu,
membuatkan senyuman terukir indah dibibirku..

Duhai Rembulan,
Wajahmu cukup indah untuk ku selami,
Membuatkan aku sedar,
Betapa besarnya kuasa Sang Pencipta..
Membuatkan aku rebah sujud kepadaNya,
Tanda tunduk mengalah,
Aku hamba yang lemah lagi hina dihadapanNya..

Maafkan aku wahai Pemilik Cinta,
Seringkali aku tersasar dari arus ombak,
Aku tidak berniat Wahai kekasih hatiku,
Apa yang kudambakan hanya menikmati cinta denganMu,,

Aku pasrah, aku redha,
Siapalah diriku ini,
Seorang HambaMu yang tidak lekang dari membuat dosa..

Tapi, aku tidak mahu,
Kerana itu,
Aku semakin jauh dariMu,
Wahai pemilik Hati ini..

Walau seringkali aku rebah tersungkur,
Akan ku kuatkan tubuhku untuk bangun,

Biarlah aku dipandang hina dihadapan MakhlukMu,
Tapi tidak bagiMu,,

Ya Allah, Engkau yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Tuntunlah hatiku ini,
Supaya aku sentiasa dalam RahmatMu..
Bersama kasih sayangMu,
Wahai Tuhan Semesta Alam..



Draft-Sunday, March 18, 2012
10:53 PM 
NUR FARHANA MOHD NAZIR
ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com