Monday, 19 March 2012

Random

Assalamualaikum.. tinggal beberapa minggu je lagi nk PSPM II.. x ready lagi!. tp, pe2 pun, kena hadapinya jgk.. hujung minggu je dpt luangkan masa utk study properly, hari2 kuliah dipenuhi dgn krtas2 assignments.. doakan ana moga dipermudahkan segla urusan ye..x dpt nak menaip entry yang bgus lagi,, potongn2 ayat 2 dah ada dlm draft,, cuma x completekn lagi.. InsyaAllah,,jika diberikan kesempatan olh Allah,, jari jemari akan menari laju diatas keyboard.. ^_^

kat bawah ni sempat lagi snapshoot.. hoho

sambil-sambil buat mind map chemistry, rehat sebentar dgn snap.. hehe

nampk  x jam kul brapa 2,,,teka? bukan ptg.. tapi pagi..

nilah antara kerja yg selalu ana buat kalau dah boring mengadap buku
pastu sambung balik study..hehe

Akhir kata buat entry kali ni yang entah apa2 je,,jaga iman kita semua...ayuh kawan2...^_^

Sunday, 4 March 2012

Inilah sahaja yang aku mampu wahai sahabat



Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah,, aku memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada Pemilik Cinta..Allahu..

Engkau memberikan aku nikmatMu tanpa henti, sebaliknya, aku sentiasa leka dari nikmat yang Engkau berikan kepadaku. Sedang aku membilang butiran tasbih,, air mata aku mengalir, kerna penyesalanku dari kesilapan yang sentiasa ku ulangi...Ampunilah dosa hambaMu ini ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang..


Ya Allah..tiada lagi tempat untukku meluahkan segala isi hatiku ini, selain hanya kepadaMu, setiap hembusan nafasku adalah tanda cinta kepadaMu. Aku tidak mahu, walaupun sedetik dalam hidupku, aku alpa dariMu..aku mohon ya Allah..

aku punyai ramai sahabat,mungkin kerna banyak tempat aku berhijrah, bukan tempat tinggal yang aku berpindah randah,,tapi,, Sekolah menjadi pilihanku.. dari satu sekolah pergi kesatu sekolah..dan disitulah juga aku mengenalimu wahai sahabat..mengenali akan ragam kehidupan, mengenali ragam manusia yang bergelar 'SAHABAT'..

Dalam hidupku, Sahabat memang terkesan dalam jiwaku,, bicaranya, senyumannya, langkahnya,,pandangannya..aku melihat dengan teliti, tapi bukan untuk berwaspasa,,menghargai kurnian sahabat dalam hidupku.. walaupun ada juga sahabat yang 'tersalah langkah', membuatkan hidupku hujan ditengah hari,,tapi,, aku terimanya, kerna aku tahu janji Allah pasti berlaku,, ' Pelangi sesudah hujan'.. aku menyayangi mereka kerana Allah.. aku tidak mahu apa-apa balasan dari sahabat..tapi aku perlu, bila saat aku menadah tangan kepada Pemilik Cinta, ada nama sahabat yang aku doakan, kerna aku tahu, Allah tak akan mensia-siakannya,,


 terkadang aku bersedih, bukan kerana luka yang dulunya sahabat pernah ukir pada jiwaku, tapi.. luka itu kian pudar..aku merindui gelak tawa sahabat, ku merindui suara tegasnya, aku merindui cubitannya,, kerna, tanpa itu.. aku semakin lalai, semakin jauh dengan Allah,yang berlaku tanpa aku sedari..aku takut ya Allah..


dan.. inilah sahaja yang aku mampu wahai sahabat,, mengulangi detik lalu, mustahil bagiku.. tapi.. mengimbau secebis kenangan kau dan aku, itu yang termampu bagiku..
hanya mencari dan menyimpan photo sahabat dari laman2 sesawang, itu yang aku lakukan..







terima kasih kepada sahabat-sahabat..aku sayang kalian 

Friday, 2 March 2012

Jarak Itu Menjaga Aku dan Dia

Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.

Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]


Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku

Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.

Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.



Saat aku dan dia menjauh

Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.

Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.



Jarak ini menjaga aku dan dia

Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.

"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )

Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia


Sunday, 26 February 2012

Rentetan memori

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum w.b.t.. pertama kali, ana ingin luahkan rasa kesyukuran yang tak terhingga kepada yg Maha Pemilik Hati atas apa yang telah berlaku dalam hidup ana,,ptg tadi, rasa rinduku kepada ma dan abah membuak-buak..mungkin setelah sekian lama tak balik rumah..dan paling menyedihkan tiada cuti sehinggalah exam terakhirku pd bulan April..

dan sudah lama x update my lovely blog ni, sbnrnya sudah banyak kali buka, tapi bila click new post, tiba2 jadi mati akal,, dn skrang ni,Alhamdulillah, diberi kesemptn untuk berkongsi serba sedikit ceritaku.. 

24-25/02/2012 berlangsungnya kem ibadat - ada praktikal penyembelihan ayam, yg sedihnya, diri ini tak dapat nak merasai,, takut asthma nanti coz, bulu2 ayam berterbangan bila pegang ayam,, cuma ada experience menyiang ayam..huhu, time nak tarik isi perut ayam,,hempedunya pecah..kata ustaz, cepat pergi basuh bahagian yg terkena hempedu tu, hempedu kan pahit..hehe,,daripada pagi sampailah tengh hari, x berhenti tugasan,,penat pun ada,,apa2 pun rasa gembira tu hadir, hilang penat..


bersama-sama sahabat2 kem- sibuk..

lambat sampai, dah ramai org,,
ada yg dah start-sembelih ayam kat ASTAKA

ustaz khairi memberi tunjuk ajar kpd muslimat


last task-aktiviti menyiang ayam

banyak sgt pengalam dapt..apa2 pun time 2,happy sgt..ni kawn ana-XPDT..thnks kepada sahabt2 yg menceriakan hidup ana~~



macam kumpulan nasyid pun ada kn,,
style pakaian sama,,ana je tak termasuk..
ni lah kawan2 seangkatan dgn ana-XPDT

Sunday, 12 February 2012

selamat ulang tahunku yang ke-20

Assalamualaikum ..mga shj hati kita sihat.. Alhamdulillah,,genaplh umurku 20 thun,, terasa dri semkin hmpir dengn hariNya.. x sngka sngt tarikh lahir ana sma dengan tarikh lhir Ustaz Azhar Idrus dan juga IM Asyraf..12 Februari.. poster ni sbnrnya hadiah drpd syabab musafir kasih untuk Ustaz dan juga IM Asyraf.. secara tidak langsung juga, ia merupakan hadiah yg bermkna bg ana..sngt bermkna.terima kasih syabab musafir kasih..
terasa sgt bertuah coz sama trikh lahir dengan orang ilmuan seperti mereka...



sempat menelefon ma dan abah,, kata ma.." nor nak apa untuk b'day ni..x payah la minta dari ma, tapi, nor mintalah dari Allah.." itulah kata2 yg sgt terkesan daripada ibuku.. abah kata, "selamatlah,,,jga diri demi Allah.." terima kasih ma n abah..kerna memberi kata2 yg sgt terkesan buat nor...


Hari ini.. 12 Februari. Pada tahun 1949, tarikh yang sama, seorang pejuang Islam, antara tokoh agama yang disegani dan banyak berjasa pada abad ke-20; As-Syahid Al-Imam Hassan Al Banna Rahimahullah 'Alaihi telah dibunuh. Beliau telah syahid menemui Allah di atas nama jihad dan gerak kerja dakwah islamiyyah.

"Jadilah kamu seperti pohon, dilontarkan batu kepadanya akan tetapi mereka membalasnya dengan buah." [Hassan Al-Banna]
InsyaAllah, marilah kita sama-sama menghayati wasiat, pegangan serta kata-kata nasihat beliau.perkongsian dari blog Para PencintaMu (klik untuk membacanya)

ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com