Tuesday, 17 April 2012

aku berserah kepada Allah

takut..esk 1st paper- English ..doakan nor ye,,,

hehe, sempat ag, snap n edit photo...
tapi,pe2 pun sempat lagi update blog,,, doakan nor..


"Tiadalah ssuatu urusan itu mudah, melainkn Engkau jadiknnya mudah,dan Engkaulah yg mnjdkn ksukaran itu mudah, apabila Engkau khndki..mudhknlh urusan ppriksaan kmi ya Allah..terangilh hati kami dgn chya ptnjukMu sbgmana Engkau mnerangi bumi dgn matahariMu slma-lmanya.."
allahumma amiin.
Slm imtihan..

Monday, 16 April 2012

Pn. Dzulfaezah datang!

mesti tertanya, siapakah Pn. Dzulfaezah???? dia merupakan lecturer math kitorang (S1T2a), tapi hanya pada tahun 2010/2011..sekarang , beliau merupkan Tim. Pengarah di kolej matrikulasi P. Pinang. time ni study week.. (14/4/2012),, sanggup datang ke KMPk dari P.Pinang semata-mata untuk wish kepada kami untuk PSPM II..kami sayang Bonda kami~
insya Allah.. moga kami dapat buat yang terbaik!


nor x ada time ni, huhu, sedih,,masa ni, tengah berlari ke bilik, sebab tertinggal hadiah yang nak bagi kat Bonda. memang letih..sampai2 je,,,huhu,,diorang dah bergambar...


kek Bonda bawakkan siap belanja KFC lagi..
ni time pagi2 lagi,,sblm Bonda sampai..macam2 gelagat..

time ni, tengah lepaskan lelah,,huhu,,
baru sampai dari berlari pergi ambil hadiah yang tertinggal..
2 yang x ada lam gambar ni,,,
apa2 pun,,moga semua ini menjadi sweet memory.. gud luck kpd kengkawan..buat yang terbaik...

Tuesday, 10 April 2012

Minggu last kuliah sesi 2011/2012



Assalamualaikum ..Alhamdulillah,aku bersyukur kepada Allah kerana atas segala nikmat yang dikurniakan olehnya.. Hari ni baru sempat update..photo kat bawah ni merupakan hari terakhir kuliah kitorang 6/4/2012,,



Tinggallah sebuah kenangan yang pernah ku ciptakan seketika dahulu bersama-sama sahabat..
2 tahun aku membawa diri di tanah gopeng,,dan disini, banyak pengalaman suka dan duka yang aku pelajari membuatkan aku semakin kenal dengan ragam manusia.. Trima kasih ku ucapkan kepada sahabat-sahabatku..aku sayang kalian kerana Allah..istiqamahlah dalam mencari keredhaan Allah.. Moga dirimu menemukan kebahagian yang hakiki, yang tiada bandingannya..

Keberangkatan kepulanganku dari tanah gopeng membuatkan air mataku jatuh dari kelopak mataku.. Bukan kerana sayang untukku meninggalkannya,,dan telah menjadi lumrah kehidupan, sesuatu dalam kehidupan kita, bila ia datang, dan ia akn kembali pada tempat asalnya..teteapi,,membuatkan aku takut akan liku-liku kehidupan yang akan ku tempuhi selepas ini,,, dalam hatiku, apa yang aku harapkan moga Allah mengistiqamahkan hatiku dalam mencari keredhaanNya..


Tuesday, 27 March 2012

Agar bidadari cemburu kepadamu

Berdoa memohon kepada Allah dengan hati tertunduk dan dilinangi air mata kekhusyukan yang mendalam, berharapkan Allah memberi kekuatan untuk menjadi wanita solehah



Agar Bidadari Cemburu Padamu – Women of Heaven

Oleh : BroHamzah

Dedikasi buatmu Muslimah Solehah,
Untuk saudariku, yang telah berikrar setia dan menunaikan tugas mulia sebagai Muslimah
Bersabar menghadapi berbagai rintangan hidup
Yang sentiasa berupaya mewujudkan cita-cita mulia dan hanya mengharapkan keridhaan Allah SWT.



Akhlakmu begitu indah, sopan dan sejuk mata memandang
Tutur bicaramu tersusun atur mudah berkata-kata indah
Penampilanmu menepati syara dan malu menjadi pakaian utamamu
Perjalanan hidupmu dihiasi dengan perjuangan hakiki

Akhlakmu adalah perhiasan yang bersinar cerah menyinari alam ini.



Ketahuilah wahai saudariku muslimah solehah,
Tidak akan pernah kita temui kenikmatan hakiki tanpa perjuangan sejati, tidak pernah kita jumpai kebahagiaan tertinggi tanpa pengorbanan tiada henti. Apa yang kita persembahkan untuk meninggikan agama Allah tidak pernah sia-sia.
Ibarat cahaya, ia akan sentiasa menerangi,
Ibarat pohon rindang, ia akan menaungi,
Ibarat bunga mawar, ia sentiasa harum mewangi

Di mana jua ia berada, dia adalah muslimah sejati


Senyumanmu, akhlakmu, budi pekertimu, sahsiahmu adalah kekuatan, kemewahan dan kekayamu yang sebenar.
Jadilah dirimu yang sebenar sesuci fitrah insani, agar disayangi makhluk duniawi dan dirindui hati-hati yang mencintai Ilahi.
Agar Bidadari di syurga, mencemburui mu kerana mutiara berharga yang terpendam di dalam dirimu
Peliharalah dirimu dan perindahkanlah keperibadian mu
Agar dirimu menjadi wanita muslimah solehah yang sebenar.

Monday, 26 March 2012

Tahajjud Cinta



Tidur aku dalam rahmatMu,
Tekad untukku bangun,
Bila mana ada hamba-hambaMu yang masih lena diulik buai mimpi,
Ingin aku sujud kepdaMu.

Tika dahi bertemu sejadah,
Aku bertahajjud kepadaMu,
Betapa indahNya CintaMu,
Tiada ungkapan yang dapat ku ungkapkan untuk menggambarkan rasa itu,

Apa yang ku harapkan,
Bila aku terjaga dari lena tidur,
Aku dapat sujud kepadaMu.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Engkau rahmatilah aku,
Pimpinlah hatiku supaya sentiasa aku didalam rahmatMu..

Betapa indahnya bertahajjud kepadaMu..
ALLAHU..

ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com