Tuesday, 29 November 2016

The Reality

Some people always like to blame themselves or start to blame people around them as soon as anything bad happens. Betul tak?? yup almost every time kan..

Sama macam coding, apabila anything error or problem muncul, kita tak boleh nak salahkan sesiapa, betul tak?? But we must take a break, talk to ourself and think what we have done before. Kita tak boleh nak menunding jari bahawa computer ataupun program tu yang membuatkan coding kita tu salah (but sometime adalah jugak kan, computer ataupun system ni buat hal, itu tak dapat dinafikan), tapi how we plan to coding itu yang kita kena telitikan balik. "Betul ke coding aku ni???" macam gitu baru betul. 



So if we have some error when we run our coding, we must check line by line (every single line) apa yang membuatkan result kita tu error, betul tak?? so klau tak jumpa, menangis dalm sendu la jawabnya..hihi.. Sso kalau dah buntu sangat, jangan dipaksa otak tu, nanti kan ada pulak yang gelak sorang-sorang dalam bilik nanti, hihi. Jangan buat-buat pandai, so tanyalah yang pakar, misalnya our lecturers ker, our friends ke or en google ker,, atau sesiapa yang boleh bantu korang.


Apa yang nak disampaikan kat sini sebenarnya, dalam kehidupan kita ni, kita tak dapat nak lari dari sebarang masalah. Masalah kesihatan, masalah dengan kawan, masalah jiwa dan lain-lain lagi masalah. Dan bila kita ada masalah jangan pulak kita nak marah-marah atau nak salahkan oarang lain pulak. Tak ada gunanya. Cuba untuk duduk bertenang, cuba muhasabah diri balik, apa yang kita dah buat sebelum ni yang membuatkan kita mendapat masalah tersebut.

Sebagai seorang muslim, YES! we must SABR, sabar dengan sebaik-baik sabar, dan anggaplah masalah itu sebagai ujian untuk kita ataupun ia adalah sebagai kaffarah dosa. Perbanyakkan mengingati Allah dan beristighfar.

Apabila dilihat makna di sebalik ungkapan ISTIGHFAR, “Aku memohon keampunan dari Allah swt.”; dapat dilihat bahawa ungkapan ini adalah suatu lafaz bertaubat dari dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seorang hamba kepada Tuhannya. Jelas sekali bahawa lafaz yang sangat pendek ini amat besar nilainya di sisi Allah swt iaitu sama besarnya dengan taubat seperti dalam firmanNya:
"Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat". (Surah An-Nasr: 3)

Jangan pernah putus asa untuk mencari solusi


Alhamdulillah, 80% sudah siap, nak menangis pun ada rasa, tapi cuba jugak untuk senyum.. dalam kesibukan yang tak menetu ini. sempat juga diri ini jadi urusetia untuk program cuti sekolah, insyaAllah dilain masa jika ada peluang lagi, insyaAllah  akan berkongsi pengalaman berprogram dengan ana-anak syurga ni, InsyaALLAH..

Thursday, 24 November 2016

Nafas Baru


Sambil menghirup secawan coklat panas, kepala aku ligat memikirkan sesuatu, mungkin lebih tepat dengan perkataan mengimbau. "Alhamdulillah, yey.. aku dah graduated".. hatiku separuh menjerit. Tetiba jiwaku rasa sebak dan sesak, dan aku tak dapat nak membendung lagi air mata yang akhirnya jatuh jua.

Keluarnya aku dari dewan, aku kuatkan jua langkahku, aku tahu aku tidak kuat untuk melangkah. Mataku hanya tertumpu kepada sahabatku sahaja, sedangkan mata-mata lain melilau pandangan mereka mencari family masing-masing.



Aku tahu, dan aku sedar bahawa selangkah aku keluar dari dewan tiada siapa yang menungguku bahkan menanti-nanti kehadiranku. aku hanya mampu fokus kepada kelibat sahabatku sahaja. Sehinggalah ada yang menepuk bahunya,, "Aishah!!" separuh terkejut sahabatku itu. Rupa-rupanya abang sulungnya yang menyapa. Setengah jam juga kami mencari-cari keluarga aishah, disebabkan telefon tidak bersama kami, jadi kami menghadapi masalah untuk menjejak kedudukan familynya.

Terik mentari makin meninggi, dan aku mula rasa berpeluh dan mukaku rasa hangat dan perit. Sempat juga hatiku mengeluh "huhu,,, habislah lepas ni,, sunburn teruk muka nnt, dah lah muka tak cerah mana, makin gelap la jawabnya.."

semasa aku sibuk bersalam dengan saudara maranya, sempat aku menoleh belakang, dan aku tertunduk malu dan segan,, "Nah bunga untuk aishah.. Tahniah aishah" kakaknya memberi sejambak bunga yang terisi dalamnya penuh dengan coklat-coklat. "kenapalah aku ada dekat sini, aku ni menyibuk jer!!" rasa nak lari dari situasi tu. Tak lama lepas tu, kakaknya tadi memanggilku dan menghulurkan sejambak bunga yang dalamnya penuh dengan coklat-coklat, aku rasa macam nak nangis, lepastu aku ucap terima kasih, dan dia terus peluk dan berbisik kepadaku,"Tahniah farhana!!"



Bukan satu bunga yang aku dapat, bukan dua tapi tiga jambak. terharu yang amat. Dua jamabak dari family aisah, satu dari pensyarahku. Terima Kaih semua..

Sesampainya aku dibilik, aku terus menelefon abah, " Abah..... Terima Kaih atas segala-galanya,," Air mataku mula jatuh dan aku tidak tahu kenapa ia makin deras. "Tahniah!! abah bukan tak nak pergi, tapi kalau abah cerita, semua akan nangis pulak.." Aku tahu, dan aku redha, kerana kesihatan ayahku yang tidak mengizinkannya untuk datang melihat anak bongsunya ini menerima segulung ijazah diatas pentas. Aku akui itu. Dan walaupun jiwaku sedih, tapi aku cuba untuk kuat, kuat untuk ibu bapaku... dan kejayaan ini adalah khas buat mereka berdua.

Segulung ijazah ini bukan titik noktahku, insyaALLAH aku akn terus melangkah selagi aku masih punya kekuatan itu, bukan pangkat yang aku kejar, tetapi sumbangan ilmu itu yang menjadi cita-citaku. 

Sempat seorang sahabatku menceriakan suasana, "Nanti kalau ana dah sambung master 'bakal zauj' nanti susahlah nak masuk minang ana." "kenapa pulak mcm tu???" aku kehairanan. "yelah, ana kan master, lainlah kalau bakal zauj tu lebih dari ana.." Aku tersenyum.. Aku ni, master pun belum tentu lepas, ni baru je register.



Sejujurnya, dalam memilih teman hidup, aku langsung tidak memandang kepada ketinggian, rupa, pangkat dan harta. tapi cukuplah dengan agamanya yang dapat membahagiakan aku. tidak kisah jika ia adalah seorang pengembala kambing sekalipun, yang dia dan keluarganya dapat menerima kekurangan dan kelebihanku. yang betul-betul ikhlas untuk jadikan aku suri hatinya...

Keesokan harinya, setibanya aishah dirumah setelah sehari bersama keluarganya di KL, Aishah sempat berbisik kepadaku yang maknya berkenan dengan aku untuk dijadikan anak angkat, mak dia kata aku pandai melayan orang tua.. huhu, aku tidaklah berapa pandai sebenarnya, banyak lagi yang aku perlu belajar, tetapi aku cuba utk terapkan apa yang ayah dan ibuku ajar kepadaku..
Alhamdulillah, jika itu yang dirasakan dan diperkatakan oleh beliau. Katanya lagi, "kalaulah abang hang tu tak ada calon lagi, mak nak je calonkan dia dengan abang hang.." Huhu, aku hanya mampu diam dan tersengih shj,, terkedu sebenarnya.

Apa-apa pun terima kasih aishah sekeluarga sebab layan farhana macam sebahagian keluarga kalian.

Sunday, 5 June 2016

Aku


"Ya Rabb, tidak apa jika aku tidak menikah dengan lelaki yang kucintai. Tetapi, cintakanlah aku pada lelaki yang Kau putuskan untuk menikahiku. Hingga tak sebutir lubangpun di hatiku yang terisi oleh nama lain, seindah apapun kisahnya. Dan cintakanlah dia pada-Mu, lalu padaku."
— 
(via jagungrebus)

Pernahkah kau jatuh cinta pada seseorang, tetapi ada rasa tidak ingin menggenggamnya, tak ingin mengikatnya. Bahkan ketika kau tau tahu, memilikinya adalah niscaya, tapi kau tak peduli. Kau tetap saja menaruh dia di sebagian besar hatimu, membiarkan rasa itu ada, mungkin terus tumbuh dan bertambah. Tetap, tanpa kau ingin dia tahu, kalau kau ada. pernahkah?
— aku bodoh? terserah. Tapi begitulah… Aku hanya percaya Tuhan, Ia tak akan salah memberi. (via rantingkecil)
--------------

Setelah sekian lama aku berjuang menjaga hati ini.
dan sekian lama aku menepis semua perasaan,
walau aku terpaksa derita
sehingga sering kali air mataku jatuh tanpa diseka dihadapan Tuhan

aku kuatkan diri untuk berdiri,
dan kali ini dengan izin Tuhan aku membuka hatiku ketika cinta datang mengetuk,
aku taruhkan harapan,
hari-hariku berbunga mekar.
tapi aku takut, takut bila cinta itu hanya aku sahaja yang rasa.
aku beranikan diri untuk kedepan, 
menghadirkan rasa ini dan melafazkan..

tapi yang ku dapat adalah rasa itu hanya pada aku seorang,
tekaanku salah.
aku cuba kuat, dan terus kuat,
seolah tiada apa yang terjadi padaku..

dan sekarang ini mungkin sudah sampai waktunya untukku menutup kembali pintu hatiku ini dari perasaan cinta yang harapannya tidak mungkin untukku.
kerna aku takut harapan yang ku taruhkan semakin tinggi akhirnya aku jatuh dari tinggi nya harapan itu,
sakit..

Dan mungkin aku senang begini seperti dulu, hanya aku dan Tuhan..
Aku akan terus menunggu dan menunggu bila sampai waktu yang diizinkan Tuhan untuk dia yang diizinkan Tuhan untuk datang melamar hatiku,
dan aku akan menjaga diriku, menjaga hatiku..
Aku hanya percaya Tuhan, Ia tak akan salah memberi.

Dan aku akan terus berdoa dan berdoa.. dan aku serahkan segalanya kepada Tuhan.

Dalam Diam


Biarlah aku disini begini, sehingga sampai waktu yang diizinkan Tuhan..
Biarlah aku menjadi orang yang setia menjagamu dengan doa.
Biarlah aku menjadi orang yang mengagumi senyummu dari jauh.
Selagi aku masih ada disini.
Selagi hati ini masih belum mampu melupakanmu.
Sehingga waktu yang diizinkan Tuhan. =)
— (via penulisbuta)

Thursday, 2 June 2016

Harapan, Doa dan Impian


Moga dalam diammu,
ada doa yang tulus untuk aku.
moga saat kita tak saling menyapa,
tetap masih ada namaku dalam hatimu.

Aku hanyalah wanita yang sedang belajar untuk menjadi lebih baik, agar kelak bisa menjadi tempat untukmu berteduh dari gundah gelisahmu. Meski tak pernah mampu sehebat ibumu, namun aku ingin menjadi wanita yang sanggup menjagamu. Menjadi wanita pertama yang kamu tatap pertama kali saat membuka mata, serta wanita yang berusaha menjagamu dalam setiap lewat doa-doa.

Yang aku dambar hanyalah untuk punya manusia yang dihatinya hanya ada aku dan tidak segan dengan kurangnya aku.. dan denganmulah aku ingin menghabis sisa usia..

If you love me..
Take me with you to Jannah.

Itu saja permintaanku.

Semoga tidak ada yang sia-sia, dan semoga harapanku sama seperti yang Tuhan restukan.
Halalkan rasa Cinta dan Rinduku ini..

Monday, 30 May 2016

The Story in My Life

-the story of my life is not like a flower, honey or even chocolate.. but it is like a rainbow in a rainy day which soon gone away by sunshines..-



Alhamdulillah, aku bersyukur kehadrat illahi kerna aku masih diberi peluang untuk bernafas dalam nikmat islam.. aku juga bersyukur kerna diurniakan nikmat hidup sebagai seorg muslim,,,insyaAllah..

" hidup ini trlalu indah untuk diteroka.."

itulah satu ungkapan yg menjadi semangat dalam hidupku..
aku selalu mengharap kebahgiaan akan bertandang dalam hidupku,, dan kesedihan akan berlalu pergi, jauh dari hidupku.. tapi, itu mustahil bagi dunia realiti.. pada dunia yang nyata, kebahgiaan dan kesedihan merupakan ramuan hidup yang menjadikan hidup itu bermakna,,

"pabila ku lihat laut, ku berdoa moga-moga hidupku tak sepertinya, pasan dan surut silih berganti,, lalu ku berdoa agar ia seperti sungai Nil yang tetap mengalir deras hingga saat ini.."

ku berharap imanku akan tetap teguh dalam menghadapi dugaan hidup..

(bawa dari blog lama) 29 May 2011 00.06 - Tinta Nur

Titik Hitam Semalam


tersedar aku dalm hembusan nafas semalam..
akan titik2 hitam yang pernah ku lakarkan dahulu 
dalam kertas perjalanan hidupku..
bila saat aku mengadap penciptaku,,
air mata berlinangan..
dan aku selalu berharap 
agar air mata itu 
akn memadamkn lakaran titik hitam 
dalam kertas perjalan hidupku...♥

Bila Hati Mula Berbicara


Aku dan jiwaku sentiasa ingin bersamaMu ya Allah..jangan pernah meninggalkanku walau sesaat..
kerna jika ia terjadi..tiadalah nafas dari jasadku..sungguhpun, aku terlalu lemah ya Allah..
seorang hmba yang selalu dahagakan kasih sayang,,

dan janganlah Engkau kurniakan orng yang akan menyalurkan kasih sayangnya kepadaku hanya berteraskan nafsu dan cinta dunia semata-mata,,akan tetapi Engkau kurniakanlah orang yang selayaknya menyalurkan kasih sayangnya kepadaku bersulamkan cinta kepadaMU...
kerna itulah membuatkan aku bahagia..


kerna ku tahu,aku tiada rupa..aku bukanlah seperti wanita2 lain yang berada diuar sana yang memiliki wajah yang cantik,,
akan tetapi,,aku tetap bersyukur ats kejadianku...bersyukur ats agama dan iman yang ku miliki,,,
kernaMu ku jaga imanku,kernaMu,aku menjaga maruahku..

aku memilih untuk dicemuh oleh orang2 yang tiada mata hati didunia,,tetapi,biarlah aku mendapat tempat disisiMu,,

ingin sekali ku jadi seperti Rabiatul adawiyh,,cintanya yang satu hanya kepadaMu,, tetapi apakan dayaku..tidak dapat ku tandingi sama sekali,,,

pakaianku dipandang sinis oleh sesetengah org disekelilingku adakah kerana warna hitam yang ku kenakan,,tatapi,,aku tidak endahkan,,kerna disitulah ada ketenangan bagiku,,,kernaku tahu,,'tiadalah pandangn nafsu yang dilemparkan pada sehelai kain buruk',,,



Aku memilih hijab untuk menjaga pandanganku..biarlah pandangan manusia menyatakan aku adalah seperti lembaga hitam yang berjalan,,,kerna ia mengingatkanku untuk mnundukkan pandanganku..sekaligus,,menghadirkan perasaan betapa kerdilnya diriku dihadapan Illahi..insyaALLH dpat menjaga pandangan mata2 yang memandangku,,, kerna ku tahu, pandangan matalah yang akn menambahkan gelapnya hati,,,

Cemuhan di dunia menjadikn aku sentiasa sedar,,sedangkan pujian didunia menjadikan aku semakin lupa kepadaMu,,ya Allah, oleh itu aku memilih cemuhan daripada pujian,,asalkan aku tidak dicemuh olehMu,,,kerna tiada yang paling indah selain menikmati cinta denganMu…subhanallah,,


Ya Allah,,sesungguhnyah aku jatuh cinta pada salah seorang hambaMu..tetapi tidak menandingi cintaku kepadaMu…ingin sekali aku menikmti cintaMu bersamanya..memimpinku ketika menjani jalan2 mahabbahMu..menyedarkan aku ketika aku alpa…mendengar ayat2 cintaMu dari bicara hatinya,,,,ingin sekali aku,,walaupun aku tiada dalam hatinya..aku akan tetap berdoa,,dan segalanya aku berserah kepadaNya yang Maha Esa..

Akan tetapi,Engkaulah yng maha Mengetaui akan prjalanan hidupku…dan itulah yang membuatkan aku selalu berdoa kepdaMu..doaku membuatkan aku merasakan aku berada dekat denganMu,,sesungguhnya tiadalah tempat untukku memohon dan meminta selain dariMu ya Allah,,hanya kepadaMu tempat satu2nya untukku bergantung…Engkaulah yang Maha Besar..Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,,,

------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bila hati mula berbicra, moga imanmu sentiasa segar seperti manisnya madu,tiada berita darimu yang mmbuatkan diriku sedih kecuali satu hal,,jika ku mendengar khabar bahawa imanmu semakin rapuh..hal itulah yang akan membuatkan aku menangis..

Tuesday, 26 April 2016

Keindahan yang Sementara


Hari demi hari, detik demi detik, kita menjalani kehidupan yang kita tidak tahu apa yang akan berlaku dihadapan kita.. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mengetahui,


dalam hidup kita, suka dan duka datang silih berganti tanpa dipinta, betapa rahsia dan hebat aturan Allah.
Cuma kita selaku hamba yang kerdil lagi lemah dan terbatas akan kemampuan tidak dapat untuk meneka dan mengagaknya bahkan pula mengetahuinya. hanya kepada Allah jualah tempat untuk kita bersandar dan berharap. Allah yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa.


Moga saat ini nafas kita masih lagi diiringi dengan benih-benih Cinta Illahi..



Saturday, 26 December 2015

Memori antara kita

Terima kasih atas pertemuan yang kita tak pernah jangka ini, kita bersahabat atas dasar keikhlasan, kekurangan antara kita kita topup bersama,, dan semua kenangan kita tempuhi bersama tidak mungkin lagi akan berulang kerana kita bakal berpisah jasad membawa hala tuju yang masing-masing..

Akan ku doa moga kalian sentiasa dalam jagaan Allah, gud luck ye ^_^

Thursday, 26 November 2015

Dengarkan Suara Hatimu


“Dengarkan suara hati, lebih dari suara-suara lain yang sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang diri kita”

Wednesday, 15 April 2015

Memori 15 Apr 2015


Siapa sangka kita dapat bertemu kan..

walaupun kami satu kuliah, satu negeri, tapi, kami tidak pernah jumpa ni bumi negeri sendiri..
berjumpa hanya dalam kuliah,,,
.
now.. happy gathering, last minute rancang.. tup2 jumpa..
.
thnks cik bi n cik mas sudi bawa kita jejalan hari ni...
.
sekarang ni tengah tungkus lumus siapkan assignment.. jumaat malam ni dah nak bertolak balik nilai... bermakna, gi berapa hari je ada masa untuk duk umah ..

gid luck kawan2..

Friday, 19 December 2014

'CODING' is Half of My Life


CODING??? yup 'coding'! that is enough for my brain, i can't stand up more... i can see it everywhere. everywhere i go, i can see it..
wait!!! i want close my eyes for awhile.. please 'coding', please be nice to me T_T
just let me go, even for a while.. zzzZZZZZZ

hhee.. Assalamualaikum semua,, fuhhh... lama sudah tak ku menaip coretan kat blog kesayangan ni.. bukan malas menjadi alasanku, tapi tangan dan otak tidak mahu untuk jari-jemariku mula bermain-main dengan keyboard untuk menge'post' sebarang entry dalam blog ni... 

Alhamdulillah, my life is going well.. how about your life, how is it going? harap2 your life is better even sometimes you feel like you want to run far away.. stop!! you must stop now.  just close your eyes and concentrate on your breathing.. feel it, you must throw away your problem,negative thinking, just fill up your brain with positive thinking and the good thing..

-------------------------------------------------------------

sebenarnya.. tengah memerah otak untuk coding... just want finish my assignment.. coding oh coding...


Monday, 6 October 2014

Mengingati Mati


Menunda taubat dan menyangka masih banyak kesempatan untuk peluang terakhir padahal setiap hari berlalu tanah di perkuburan memanggil, bahkan mengancam manusia yang degil.

Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya:
"Bahawasanya tidak berlalu satu hari ke atas kubur melainkan kubur berkata (kepada manusia): Akulah rumah pengasingan, akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat. Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur berkata kepadanya: Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Wednesday, 30 April 2014

Rindu.. aku juga merasai..


Cinta itu fitrah. Rindu itu lumrah. Lagi indah jika kedua-duanya untuk Allah..
bila mencintai, rindu akan hadir bersama..

Sunday, 20 April 2014

Ujian Itu Membuatkan Aku Lebih Dekat Dengan Allah

 Bismillahirrahmanirrahim,,,
Setelah sekian lama diri ini tak menulis di ruangan blog ini,, dan dalam tempoh waktu itulah macam2 hal yang berlaku,, dan sehingga kehari ini dan saat ini, hembusan nafas dan deruan darah yang mengalir dalam tubuh ini tidak terucap rasa bersyukur akan segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepadaKu..

ketika ini pun, demam masih belum kebah sepenuhNya,, dan Aku mengucap Syukur KepadaMu Ya Allah, Engkau Datangkan Ujian kepadaku sejurus aku hampir-hampir lemas dengan lautan dunia..
dan Engkau Datangkan kepingan kayu untukku berpaut, walau aku kadang tenggelam timbul dengan pukulan ombak lautan,, tapi aku masih dapat berpaut pada kepingan kayu itu..

Ya Allah.. Janganlah pernah Engkau meninggalkan aku walau sesaat, bahkan sedetik waktu.. kerna aku tidak tahu hidupku tanpaMu pada waktu itu..
dan janganlah Engkau meletakkan kecintaan dalam hatiku selain hanya kepadaMu, walaupun hanya secebis rasa,,, kerana yang aku mahu hatiku hanya dipenuhi dengan CintaMu Ya Allah...

Sunday, 9 February 2014

sangat-sangat merindui

ambil dr entry yg lama.. Rindu -_-
snapshoot dari jendela hostel


Allah, tidak terungkap oleh kata-kata rindu yang kurasa ketika ini.. Rindu pada Bumi KMPK..
aku rindu suasana tenang disana,
aku rindu zaman belajar aku dimatrik
aku rindu pada kawan-kawan,,
aku rindu segala-galanya mengenai KMPK..


Thursday, 6 February 2014

Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah..

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian,, aceceh.. cam teruja je pulak,, asal dari si gadis comel mun namanya.. mun tinggal jejak kat chatbox farhana, jadi apa lagi,,, klik la, nk tau sapa cik mun ni, hihi..tup2.. ternampak segmen menarik,,wow..tetibe cam hati ni terbuka utk masuk segmen by Abak "Ramaikan Follower, Raikan Ukhuwah".. terbaiklah abak!

actually, farhana ni suka sgt berblog, baca post kat blog kengkawan,,tapi lam banyak2 segmen yg diorng buat, satu pun farhana tak pernah sertai,, tapi kali ni,, tajuk segmen abak ni telah membuka pintu hati farhana untuk sertai..

nak tahu kenapa.. bukan perkataan Follower yg membuatkan farhana tertarik, tapi perkataan Ukhuwah sangat memberi 1001 erti buat farhana,, tak kisahlah,, follower bnyk mana pun,, yg penting ukhwah yang terbina itu bermakna,,sentiasa ingat menginagti.. huhu,, masa dah suntuk ni,,huhu,, nak kena siapkan entry ni cecepat,,haha.. apa2 pun ukhuwah itu sangat indah ^^, moga kita semua dalam jagaan Allah.. salam sayang dari farhana buat semua,,

eh2,,lupa lak,, baner!!!!! jap abak.....

thnk u abak for this segmen, n for this terciptanya ukhwah ^^
ok dah siap abak.. ^^

dari mun----> abak

terima kasih for this ukhuwah.

Monday, 3 February 2014

Pray



Sometimes there are pictures that do not need words to deliver its message. 

Pray, because you are most in need of it, dear. 
ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com