Sunday 29 September 2013

Senyumlah Wahai Hati

“Bila hidup kita kerna manusia, memang mudah akan jatuh kecewa. Kerna kadang - kadang manusia langsung tidak menghargai kita walaupun kita buat kebaikan kepadanya sebesar rumah
Tapi bila kita hidup kerna Allah, lakukan sesuatu kerna Allah walaupun kita lakukan kebaikan sebesar zarah sahaja, Allah menghargainya dengan ganjaran pahala.”
— (via errasyahyra)



 If someone’s just feeling down, it’s great to try to cheer them up! But then there’s a different kind of sadness which is harder to get rid of, and then as a friend you just have to be understanding.
-chibird.com





Percaya.

“Bila kali terakhir seseorang menyentuh hatimu?
Dan bila pula kali terakhir,
Kamu menyentuh hati seseorang?
Dengan perilaku mu yang baik.
Senyuman mu yang manis,
Kamu menyenangkan hati nya.
Tak semua ‘sentuhan’ itu mampu menyembuhkan.
Tapi terkadang ketahuilah,
Bahawa ia akan dapat meredakan. ”
— (via tersenyum-melihat-langit)




Redho Allah, bisa buat kau rasa bahgia.
sekalipun luka yang kau peroleh.
Tuhan
akan selalu uji, hingga sempurnalah cintaNya ke atasmu.
Bahgialah, dalam kasih Allah. :’)



Tuesday 24 September 2013

Lewat Malam

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua,, Alhamdulillah,, siap sudaaa my task- mind map subjek tarannum. sape suruh tidoo tadi, kan dah kena berjaga lewat malam... huhu. fifi, bi, aishah dah siap, ayu tadi lam kul 12 lebih, dia tengah buat,, chaiyyok!! nabila Zzzzzz... hihi, katanya nak bangun malam, nak siapkan..



ok jadi kitew ni sorang je yang start lambat, disebabkan terlena lepas solat maghrib, mengaji semua.. bangun2.. huhu,, kelam kabut la,,, terlepas study group bersama mereka-mereka tu,, so yang kitew siap dalam pukul 2.50 am td, sambil-sambil tu macam biasa lah...dengan my lovely sites, kitew akn bertandang selalu,,huhu,,jenguk-jenguk, takut-takut dah bersawang.. Tumblr- Little Thing To Do -----> jemputlah melawat

Saturday 21 September 2013

Allah itu, tidak pernah salah tunjuk.




Allah itu, tidak pernah salah tunjuk.
Allah itu,tidak pernah salah susun.
& Allah itu, tidak pernah salah dalam perancanganNya.
Allah, yang kasih sayangnya melebihi ibu,
tidak akan pernah menganiayai hambaNya.
Ya Allah, jangan pernah Engkau serahkan urusan kami, kepada kami, walaupun hanya dengan sekelip mata, atau sekadar masa yang lebih pendek daripada itu.
aamiiin~

Bedak tanaka

ok Uols, nak panjangkan entry kali ini.. nak kongsi-kongsi sikit.

meh nak bagi review ckit pasal bedak tanaka ni..hihi.. 

actually, Iols ni peminat tegar badak sejuk.. x kiralah bedak sejuk apa je,, InsyaAllah Iols dah pernah pakai(kebanyakannya, tp x semualah),, 

kalau yang dulu2 tu.. bedak sejuk yang mak Iols selalu beli kat kedai-kedai kampung tu, Iols rembat je yang mak punyer,hihi.. sekarang pun dah dikomersialkan secara meluas..

mcm ni la rupanyer,, yg mak Iols beli tu, dia
bungkus lam plastik yang diikat dengan getah

pastu lepas beli, mak Iols selalu letak lam bekas, lebih kurang mcm ni la,
senang nk ambil bila nk pakai

sekarang ni lau p mana2 market or mini market, dia packing bedak tu mcm ni pulak,
tapi, sangat beza dengan yang mak Iols beli yang buatan orang kampung tu,
yang ni mcm pekat semacam je, macam kapur makan tu.
budak kecik pun pakai bedak sejuk, comel ^^

see, ano pun pakai,, tabik spring- Toing~

So x pelik la, opah2 kitew, mak cik2 kitew &  pak cik2 kitew, mak2 kitew, ayah2 kitew pakai, sbb budak kecik pun pakai.. tabik spring! Toing~

lepas tu, kakak Iols pulak pakai Bedak Kulit Rambai a.k.a Bedak Tanjung, so tradisi tu diturunkan kepada Iols.. so, bila pakai, muka jadi keras dan tegang gitu,, coz bedak tu kan mengering dimuka, dan Iolas jadikan ia sebagai scrub,, kat badan pun boleh letak,, lepas gosok kat muka, kulit jadi lembut dan  licin bak sutera, huhu..so sesuai la lau nak buang kulit mati kat muka tu, nak buang daki kat badan pun boleh..
bila pakai, nak cakap pun susah,,hihi.. lau ketawa or buat mimik muka yang entah apa-apa tu, alamatnya, pecah berkecai la bedak kat muka tu, jadilah salji kuning yang bertaburan..


ni yang biasa Iols pakai dulu2, baunyer macam herba la sikit,
struktur serbuknyer agak kasar berbanding yang gambar kat bawah ni
(ni pun kira halus dah)
(kurang menyenangkan cikit la)


macam ni la rupanyer,, baunyer wangi..sangat2 wangi,
strukturnyer sesangat la halus, Iols suka yang atas berbanding  yg ni,
coz kesan yang ats tu bila gosok2 kat muka, terasa halus gitu..
selepas zaman berzaman berlalu macam la berzaman sangat yang atas-atas tu dilupakan, biasalah, bila dah ada yang baru, yang lama ditinggalkan, kejam , x dek la,,hihi sebenarnya,, bila dah mula masuk matrik dulu, susah nak dapat benda-benda macam ni, so selalu la jugak bawa dari rumah, tu pun lau balik umah n sempat p beli.

n then lepas tu, kakak Iols yang sorang tu, a.k.a Kakak Cantik, bagi la produk De wajah dia, sangat berkesan padanya, tapi, muka dia dah x ada jerawat, so pakai la set De Wajah yang lain, dan Complex Jerawat tu x habis, ada baki lagi.. so, kakak Iols tu bagi la kat Kitew..so, kitew dengan hati yang mekar mengembang lah, lalu menerimanya..

ni la dia complex jerawat, baunya.. hanya  Tuhan sajalah yang tahu,,
tapi Iols ni sanggup jgk pakai, sampai la habis.


bedak sejuk happy- Thailand
bedak sejuk ni ada sorang mak cik ni suggest kat Iols, katanya muka Iols banyak jerawat. anak lelakinya pun pakai bedak sejuk ni, kata mak cik tu, jerawat anak nyer tu jadi kurang.
Iols n ditemani mak Iols trus la p kedai runcit, beli la bedak ni.. wow, bila pakai, sangat sejuk dan berangin, baunya pun ok la.. dia kena goncang dulu,, kesannya, muka Iols jerawat makin berkurang n mengering,, Iols terus pakai,, smpai satu tahap tu, bedaj sejuk ni dah macam tak berfunction jer (nampaknya muka Iols ni dah permanent agaknyer) sabor je la,, tapi masih pakai sehingga kehari ini, tapi pakai jarang-jarang la bila bedak fav Iols tu habis.

sebelum Iols kenal bedak fav Iols tu...Iols pakai bedak sejuk berherba dari D'HERBS. sangat berkesan, jerawat jadi kecut, dan mula mengering,, warna dia kuning, tapi bila pakai kat muka, kawan Iols kata warna hijau buruk benoo rupe Iols,,sedih,huhu.. tapi, Iols berhati kental,,hihi

bedak sejuk berherba D'Herbs

kan Iols dah bgtau dmula-mula entry lagi yang Iols ni PEMINAT TEGAR BEDAK SEJUK (aacecehhh, siap bold n wrna merah ag tu, Iols mention) so, bila peminat tegar, Iols ni lau pakai bedak sejuk bukan sekali seminggu, bukan 3 kali semnggu, dan buka sekali sehari..(kalau macam tu, dasyatnyer Iols ni,,huuuuuu) Iols akan pakai x kira masa bila sahaja Iols free( x berada diluar la mknanyer, x kan la, muka bertempek bedak sejuk nk p kedai runcit kot, lari bertempiaran la budak2 ni nampaknyer)

so, bila Iols ni pakai sokmo la katakan,, kesan dia pun mungkin dah x beri kesan kat muka Iols,, dah permanent la tu. jadi Iols masih gunakan, tapi kadang-kadang je la..

n then... ok, tiba masanyer... Iols memperkenalkan,, bedak sejuk fav Iols... tepuk tangan la dulu...(akhirnya,,) krik-krik,,, krik-krik,,, =_+ apa la korang ni,, sporting la cikit,,huhu..
ok la, disebabkan Uols setia membaca entry Iols ni yang berliku-liku,, Iols bagitau la jugak,,yey ヽ(^o^)丿 (x payah nak suka la sangat..)

ok ini dia.. BEDAK TANAKA,

Suka2 ^^
harganya berpatutan, senang dipakai, wangi, tidak mengeras dimuka (so, nak buat muka entah apa-apa tu...silakan,,,,) bedak ni dari myammar. jangan risau, ia halal lagi selamat,, pakai pun, selesa jer, jeraawat jadi mengecut.. so sesuai la Iols ni sebagai peminat tegar bedak sejuk. pakai sokmo pun x ada masalah,, lagi kerap pakai, lagi cepat nampak kesannya,, yang hijau tu, perisa limau, bila pakai nak tidoo tu, tenang je rasa... cubalah pakai, x kan menyesal la punyer.. nak tahu function dia a.k.a khasiat or apa2 mengenai bedak tanaka ni, search je kat google , maklumat kan dihujung jari..

p/s: jangan risau, bedak sejuk ni lau tukar-tukar pun x bagi effect apa yang buruk, sebab, kebiasaanya bedak sejuk ni diperbuat dari bahan yang selamat iaitu bahan semula jadi,, so natural la..

#entry diatas ni adalah atas pengalaman Iols sendiri, x dek kena mengena dengan mana-mana pihak, k ^^




Welcome back 'Hujung Minggu'

Assalamualaikum,, Alhamdulillah... syukur sangat-sangat kepada Allah kerna diberi lagi peluang untuk bernafas dalam iman. Apa khabar Uols,, harapannya.. harap semua sihat-sihat, yang kurang sihat , La Tahzan,Innallaha Ma'ana. Sesungguhnya sakit itu merupakan ujian dari Allah kepada kita supaya kita sentiasa ingat kepadanya, kita ni, bila sakit baru nak ingat Allah,,, Allah! betapa lemahnya kita.. moga-moga kita sentiasa ingat kepada Allah tidak kiralah waktu kita senang ataupun susah #muhasabahDiri


ber'blog' sambil sarapan

ヽ(^o^)丿yey... Rasa macam baru sekarang baru sempat nak update blog,, setelah sekian lama meyepi macam la lama sgt , huhu..

Alhamdulillah sem 3 sedang ditempuh, sebagai pelajar USIM. Dan Allah itu Maha Mengetahui akan keadaan hambaNya, dan tanpa dipinta, Bagaikan mimpi menampar kuat jasad lantas roh terasa menggeletar,lalu peluh mula keluar dari setiap ruang romaku.. SUBHANALLAH!  Tanggungjawab yang berat Allah hadiahkan kepada diri.. ALLAHUAKBAR! Sesungguhnya Allah itu Maha Besar. Aku percaya sepercayanya kepada Allah sepenuh hatiku, aku tahu dan yakin bahawa Allah sedang merancang sesuatu untukku. Aku selaku hamba yang lemah dan hnya penuh dengan kekurangan, hanya mampu mengalirkan air mata dan memanjatkan doa kepadaNya, agar aku sentiasa dibukakan hati, diberikan kefahaman bahawasanya, hikmah disebalik tabir amanah itu,, betapa besar rahsia yang tersirat itu.. Lantas aku redha, dan terima.. ALHAMDULILLAH..

Dan Alhamdulillah, perjumpaan pertama dengan barisan ahli jawatankuasa QM tahun 3dengan Pengerusi dan Tim. Pengerusi yang baru, Allah permudahkan.

Dan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang banyak memberi semangat kepada diri, agar Aku tabah memegang amanah ini. Dan tunjuk ajar dari sahabat-sahabat semua, sangatlah diharpkan.




subjek-subjek arab (ada ag yg xada kt situ- tannum & Dabt, Rasm, Fawassil)



p lbrary pastu jumpa buku2 ni untuk buat Assignment,
moga membantu ^^

Huhu,, entry mcm dah lari dengan tajuk jer..  Apa-apapun gunakanlah hujung minggu ini dengan sebaiknya (Assignment mula bertimbun). sem 3 ni semua subjek-subjek arab kecuali satu jer,,hihi, biasalah graphic..


Sunday 1 September 2013

Kunci-kunci kebahgiaan

(′ε`) Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. moga semuanya sihat..

Semua nk bahagia kn.. admin pun nak jugak.. Uols pun mesti nak bahagia jugak kan??? - semestinya adaaabi..hehe

Ok2.. kalau kita nak bahagia.. kita mestilah berfikiran positif dan selalu senyum - laaaa... mcm mana nak senyum kalau hati tak gembira a.k.a bahagia. 

Ni la yang admin nak kongsikan.. bila dalaman kita bahagia, automatiknya.. yg zahir pun turut terpamer.. bahkan..orang yang disekeliling Uols yang melihat dan bersama Uols akan tempias merasa kebahgiaan itu.. Allah.. Sungguh hebat bukan.. jom kita intip

screen captured dari watsaap kakak
jom kita amalkan..


Timetable app

Alhamdulillah..Allah masih beri kesempatan untuk bernafas menghirup udaranya..

Ok Uols ^^, kali ini ambe nk kongsi satu benda yang boleh membuatkan Uols jadi semangat untuk belajar...yuhuuu...

kepada Uols..(hanya pengguna smartphone sahaja yang menggunakan platform android)kpd Uols yg blum ada.. x pe, InsyaAllah, ada rezeki, jangan sedih-sedih tau

Nah! Ini dia benda yang admin bagitau tu.. Uols search je kat play store yang ada lam phone Uols tu..

Alaa... yang mcm timetable yg Uols selalu buat secara manual tu(admin pun suka buat timetable secara manual, boleh hias2.. tantik tangat kn) App ni, Uols blh masukkan jgk bila exam Uols n homework Uols pun boleh.. so Uols dptlah alert ckit kn.. x la nnt...

"Waduh2 sik.. gimana ni..tasknya blum disiapi nya lagi.. gawat2.. lagi an esok sudah guwe in hantar...sudah marah sama ieee nya ibu cikgu ni.. waaaa..." -sila abaikan bahasa yg digunakn

So..untuk mengelakkan terjadinya keadaan itu, kebiasaannya admin buat note kecil 'peringatan' n tampal didahi kepala dinding..jgn letak didahi kepala Uols plk...nnt jadi mcm hantu cina( pengaruh cite cina lam tv la ni) hehe.. ^^

Uols blh try app ni.. memandangkan Uols kn anak2 IT gitu. (+- 24 hours bertempek dengan phone kesayangan Uols tu.) Admin x sabar nk guna app ni.. memandangkan timetable admin lambat lagi dkluarkan.. Moga bermanfaat ^^

Flip casing Ninetology Insight

Assalamualaikum.. just nk berkongsi kt cini.. sape2 yg nak.dapatkan flip case or any accesseries for ninetology phone -------klik sini----> ssecret.closet.fb
Admin dah dapatkan.. 2 bulan lbh ninetology insight admin x berbaju..akhirnya..ada jgk
. Susah nk bli scara mnual sbnrnya.. lau online sng..
ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com