Tuesday 26 February 2013

Berzikir Mengingati Allah


“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Ar-Ra’d 13:28)
via- Stellar -Tumblr

Sunday 24 February 2013

Puisi Hatiku




Wahai langit malam ,
Sudikah engkau mendengar lagi puisi hatiku,
Puisi luahan jiwaku,

Wahai angin malam,
Inginkah engkau menyelimuti jiwaku ketika ini,
Supaya luka dijiwaku terubat,

Wahai Bintang malam, 
Ingin sekali aku mahu engkau hiburkan jiwaku ketika ini,
Rentak kelipanmu,
membuatkan senyuman terukir indah dibibirku..

Duhai Rembulan,
Wajahmu cukup indah untuk ku selami,
Membuatkan aku sedar,
Betapa besarnya kuasa Sang Pencipta..
Membuatkan aku rebah sujud kepadaNya,
Tanda tunduk mengalah,
Aku hamba yang lemah lagi hina dihadapanNya..

Maafkan aku wahai Pemilik Cinta,
Seringkali aku tersasar dari arus ombak,
Aku tidak berniat Wahai kekasih hatiku,
Apa yang kudambakan hanya menikmati cinta denganMu,,

Aku pasrah, aku redha,
Siapalah diriku ini,
Seorang HambaMu yang tidak lekang dari membuat dosa..

Tapi, aku tidak mahu,
Kerana itu,
Aku semakin jauh dariMu,
Wahai pemilik Hati ini..

Walau seringkali aku rebah tersungkur,
Akan ku kuatkan tubuhku untuk bangun,

Biarlah aku dipandang hina dihadapan MakhlukMu,
Tapi tidak bagiMu,,

Ya Allah, Engkau yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Tuntunlah hatiku ini,
Supaya aku sentiasa dalam RahmatMu..
Bersama kasih sayangMu,
Wahai Tuhan Semesta Alam..



Draft-Sunday, March 18, 2012
10:53 PM 
NUR FARHANA MOHD NAZIR

Saturday 23 February 2013

Kami Bersama

Alhamdulillah,,semuanya baik-baik.. suka bila tengok kawan dah advanced.. cantik2 semua blog diorang.. dari pg sampai skrg ,,non stop with wani - aishah - fifi - semoga semua dapat memanfaatkannya..kepada kawan2 yang lain gud luck..

me-wani-aishah-fifi

Friday 22 February 2013

1st Assignment for SKM1383

Setelah sekian lama meluangkan masa untuk touch up ckit blog, hehe,,jeng3.. ------------> BLOG CREATION is the 1st Assignment that lecturer give to us to do.. oh,,so unexpected.. anyway.. gud luck ^_^
Thanks to Madam Fathihin 


2nd semester

Alhamdulillah,, dah masuk sem yang ke-2. result sem 1, Allah telah beri yang terbaik.. sangat bersyukur, untuk sem 2 ni, usaha yang lebih sgt diperlukan,, semester 2 bagi student QM 2012/2013 ada 7 subject yang telah didaftar:
  1. Prinsip Pengurusan Perniagaan
  2. Bahasa Inggeris untukKeperluan Akademik
  3. Bahasa Arab III (Sains Sosial)
  4. Prinsip dan Amalan Komunikasi Dakwah
  5. Grafik Web I
  6. Ilmu Tajwid
  7. Sistem Pengurusan Pangkalan Data Multimedia
moga dapat lakukan yang terbaik. terasa agar mencabar sebab tetibe pulak subject Prinsip Pengurusan Perniagaan termasuk lam list course..lari dari bidang pulak 2. Apa2 pun, think +ve, ok? smile ^_^ 




tahun ni dapat BB1M. sempat p POPULAR dgn kawan2.. hehe, beli 2 buah buku jer,, baucer yg selebihnya, nak simpan,, waiting for JUALAN BUKU PERDANA.


Tuesday 12 February 2013

12/2

Assalamualaikum.. moga kita semua dirahmati Allah.. moga setiap amal perbuatan kita, kita niatkan kerana Allah,, dan setiap gerak-geri kita dalam jagaan Allah,, Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, manakan tidak, kita sekarang bernafas dengan keizinan Allah, kerna Allah masih memberi peluang kepada diri kita untuk memperbaiki mana yang rosak, menambah mana yang kurang, memimpin tangan kita tika kita semakin jauh dariNya,, tidakkah kita merasa cukup akan nikmatNya,, betapa banyak sehinggakan tidak mampu dihitung oleh jari hakta kalkulator sekalipun.. ucaplah Alhamdulillah disetiap detik dalam kehidupan kita,, moga kehidupan kita lebih diberkati, tenang dan mendapat jiwa yang tenang, yang jauh dari keluh kesah. yang kita kejar selama ini adalah kehidupan akhirat,dan kita bercucuk tanam selama ini dunia(amal kebajikan), tak lain dan tak bukan adalah untuk mendapat, dan memungut hasil di akhirat kelak..

nota kaki:/pesanan buat kalian, terutama buat diriku yang selalu alpa.

Selamat Hari Lahir Buat Diriku, Nur Farhana Mohd Nazir dan juga SELAMAT HARI LAHIR BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA 12/2. Moga kalian mengucapkan Alhamdulillah, tanda syukur kepada Allah, dan berterima kasih kepada Ibu danAyah anda, kerana sanggup melahirkan(Ibu je la),menjaga dan mendidik kita..
12/2-8 shaaban 1412

Monday 11 February 2013

Kek paling simple dan mudah

tgh hari tadi buat kek,,kek biasa2 jer,,disebabkan ma baru beli ketuhar pemanggang yang baru.jadi,,test2..

nilah rupanya

yang warna coklat tu, bkn guna coklat, tapi guna vico..huhu,,ganti milo..pun boleh

ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com