Tuesday 27 November 2012

Sahabat



Aku sayang sahabatku,

Kerana merekalah yang selalu mengingatkan aku ketika aku leka.. 
Agar aku sedar bahawa hidup ini hanyalah sementara.

Merekalah yang membuatkan aku menangis,
Agar aku dapat mengetahui bahawa hidup ini tak selalunya indah.

Merekalah yang membuatkan aku gelak ketawa,
Agar aku bersyukur kerana kebahagiaan itu tidak selalunya hadir.
Merekalah yang membuatkan aku marah, 
Agar aku belajar erti kesabaran kerana marah itu bukan jalan penyelesaiannya.
Mereka amat bermakna bagi driku..
Dan aku akan selalu memutarkan filem memori agar aku sedar,
Sahabat itu bukan untuk dimiliki.

Tetapi untuk dikongsi agar persahabatan itu menjadi indah,
Ukhwah kerana Allah itu sangat indah dan membahagiakan..

Thanks for be my friends~
-Nur Farhana MN-

Sunday 25 November 2012

Catatan Kecil Seorang Pengembara




Dalam hidupku..
Banyak tempat yang aku jelajahi,
Tetapi, tak sebanyak Pengembara.
Aku banyak memerhati dari berbicara,
Betapa indahnya ciptaan Illahi..

Bila diriku melihat ragam manusia,
Aku akan tersenyum..
Diriku mudah untuk jatuh cinta,
Jatuh cinta pada Hamba Allah yang gerak gerinya, bicaranya, pandangannya semata-mata kerana Allah..

Aku masih tetap bermusafir,
Mencari kasih Illahi pada HambaNya.

Semalam aku menaiki train,
Aku melihat seorang ibu bersama dua orang anak lelakinya.
Kanak-kanak itu tidak henti bergurau senda antara satu sama lain..
Aku masih memerhati gelagat mereka sambil tersenyum..
Indahnya pertalian mereka..
Dalam mereka bergurau senda,
Tanagn si abang tidak semena-mena hinggap di wajah adiknya,,
Si abang terkedu kerana dia tidak sengaja,,
Adiknya terus menahan kesakitan,,
Tapi tiada sedikit suara pun yang keluar dari bibinya..
Si ibu melihat anaknya yang kecil itu terus mengusap lembut wajah anaknya yang terdiam kesakitan,,
Terselah pada wajah si abang perasaan bersalah..
Dia terus memukul wajahnya sendiri,
Ibunya hanya melihat tanpa menghiraukannya,
Tetapi tangan si ibu tidak henti megusap wajah anaknya yang kesakitan itu,,
Si adik mengangkat wajahnya sambil tersenyum..
Dia memandang wajah abangnya,,
Si abang tidak henti memukul wajahnya sendiri,,
Si adik menarik tangan abangnya menjauhi muka..
Dia menggosok wajah abangnya sambil melemparkan senyuman,,
Aku terharu melihat mereka berdua,,
Tiba-tiba si adik menampar wajah abangnya..
Si ibu terkejut,,
Dan mereka bertiga ketawa gembira bersama-sama..
*adiknya bergurau( mereka berdua masih kecil)sweetnya

Tiba-tiba, disebalik senyumanku itu,
Aku terasa kelopak mataku seolah-olah berat,,
Berat menanggung air jernih yang mahu keluar.
Aku mengucap syukur kepada Allah tanpa henti..
Betapa indahnya,jika mereka juga menganggapMu sebagai Tuhan mereka..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Sesungguhnya, Hidayah itu milik Allah..
Aku hanya mampu melemparkan senyuman pada si ibu.

Aku berhenti antara persimpangan landasan train,
Menunggu perjalanan yang seterusnya.
Bola mataku tidak henti-henti mencari..
Tiba-tiba pandanganku terhenti pada satu tubuh yang membuatkan hatiku tertunduk malu,
Wanita itu memakai pakaian yang serba hitam,
Wajahnya yang nan indah dilindungi oleh sehelai kain hitam.
Disampingnya, suaminya menemani,
Aku melihat wajah sang suami itu,
Subhanallah.. Bercahaya..
Aku melihat mereka berdua..
Alhamdulillah..
KasihMu, RahmatMu terzahir pada hambaMu.
Engkau telah memberikannya kepada mereka.

Dan aku masih tetap berjalan bermusafir,,
Mencari kasihMu pada hambaMu,
Kerna itu, aku merasakan seolah-olah aku berada dekat denganMu, Ya Allah..


24 NOV 2012- KTM NILAI
-Catatan Kecil Seorang Pengembara
  Nur Farhana Mohd Nazir

Nota Buat Diri

kata orang, hidayah tidak datang sendiri, tapi dgn usaha.. benarlah,, bahkan ia selalu hadir dalam diri kita bila kita cuba untuk mendekati Pencipta Yang Maha Agung, Allah.. dan mungkin kita akan dapat merasai kehadirannya, ataupun sebaliknya..

selalu ataupun kadang-kadang kita mersakan diri kita dah lakukan yang terbaik, walhal.. usaha itu tidak dipandang disisi Allah,,, na'uzubillah.. moga kita jauh dari itu semua.. lakukanlah sesuatu dalam hidupmu untuk mendapatkan keredhaan Allah.. tolonglah wahai hati,, jika dirimu tundukkan hatimu itu untuk mendapatkan keredhaan Allah semata-mata, pengakhiran atau hasilnya,, kita akan merasakan seolah-olah diri kita dibaluti dengan satu ketenangan yang tidak dapat dihuraikan,, itulah Rahmat Allah,,

nota kaki: diri ini sedang berusaha untuk bersihkan jiwa dari permainan dunia yang kotor,, 

*“Pujuk Pada Hati, Jangan Lama Bersedih Kerana Allah Masih Tetap Bersama Dengan Kita.” ^_^

Tuesday 20 November 2012

Short Film akan Datang

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah,,, moga nafas yang menghembus ini dapat memperjuangkan Islam,, moga Allah permudahkan urusan kami untuk menghasilkan short film dakwah,, moga usaha yang tidak seberapa ini dapat dimanfaatkan oleh ramai orang.. doakan moga ia berjalan lancar..

'English Discussion Group'

sempat lagi snap
kul 8-10 mlm tadi kls BI Madam K..ada group discussion's test.. group nor dpt task 'the way to improve english language profiency of student'.. hoho.. dalam group nor ada 4 org dan nor sorang2nya perempuan dalam group 2,,, menakutkan,,apa2 pun terima kasih kepada 3 org jejaka coz saling bantu membantu,, i'm feeling well.. dalam gambar tu bukan group nor, but classmate yg comel2..

Monday 19 November 2012

No TITTLE

My wallpaper phone
hoho...bila boring,,cam ni lah jadinya,,,kelas kul 8-10 mlm ni. ada test speaking( group discussion).. ari ni ada pc fair and book store kat PKP,,, nak p..mgkin esk kot..

Tidak akan aku lupakan


M1T6a&b at Physics Lab

tinggal kenangan.. penuh memori tercipta dikala menimba ilmu di Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng.. Terima kasih kepada sahabat semua.. sekarang dah beralih bidang,,kenangan belajar dalam bidang sains jadi sejarah dalam hidup. tidak dapat lupakan pengalaman yang bermakna,,


at Chemistry Lab




Terima Kasih

me n my friends(quran multimedia 1st year-1st sem)
at Family Day FPQS


terima kasih kerana mengisi ruang hidup nor dan menjadiknnya indah,,,
Cinta yang terindah, 
bilamana kehangatan Cinta seorang hamba kepada Penciptanya,,
terima kasih kerana selalu mengingatkan nor kepada Allah..

Alhamdulillah,,, TERIMA KASIH YA ALLAH~

miss my mum n dad

rindu yg teramat kepada ma dan abah..doa nor selalu mengiringi ma dan abah.. moga ma dan abah selalu berada dalam kesihatan yang baik.. i luv u

Sunday 18 November 2012

curently

apa khabar kalian?? lama sudah x update blog ni,, sebenarnya farhana busy sgt,, tugasan dari lecturer,,,hoho.. nak dekat dah final exam,, so,,smkin sibuk la,, doakan farhana ye,,moga dipermudahkan segla urusan,, insyaAllah jika berkesempatan lagi nak update pasal short film yang crew production  farhana ditugaskan,,*cipta short film
ALL RIGHT RESERVED.Copyright@adapadengandiriku.blogspot.com